Hari Pertama Persekolahan Tadika 2020

by - Thursday, January 02, 2020

Hari ni hari pertama sesi persekolahan untuk Ngeri Selangor dan kebanyakan negeri di Malaysia. Pasti banyak kenangan indah terpahat masa hari pertama ni. Confirm ada banyak drama kan? Kat Tadika Kakak FL pagi tadi pun banyak drama air mata dan ada jugak yang tantrum.. Itulah sebahagian ragam anak-anak masa masuk sekolah ni dan itulah namanya kehidupan.hehe..

Kakak FL bersemangat nak pergi sekolah hari ni, sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Almaklumlah sebulan tak dapat jumpa kawan-kawan, jadi rindu lah. Rindu nak main ngan kawan-kawan dan rindu nak bersembang dan membawang 😁😁😁. 



Hari ni dia datang sekolah awal, antara yang terawal masuk kelas. Alhamdulillah! Permulaan yang terbaik untuk kakak. Moga-moga teruskan istiqomah bangun awal dan datang awal ke sekolah =)). 

Mommy cuma risau takut dia bangun lambat jer. Almaklumlah dah sebulan cuti, hari-hari bangun lambat jam 11 am -12 pm.huhu.. Berkali-kali ingatkan dia hari ni kena bangun awal sebab nak kena pergi sekolah. 

Tup-tup hari ni, awal giler dia bangun - jam 5.45 pagi - Win pertama - dapat bangun awal. Fuhh! Awalnya. Dia pulak yang kejutkan mommy bangun tidur . hahhaha. Bangun tidur, mula-mula dia minum air kosong dulu macam biasa. Dah jadikan minum air tu rutin setiap hari. Kena wajib minum air kosong sebelum tidur dan bangun tidur - petua awek muda. 

Lepas minum air, mommy suruh dia naik ke katil mommy. Sebab takut dia tertidur balik kalau stay kat tempat tidur dia. Pastu dia minum susu dalam cawan yang mommy buatkan. Fuhh! Win kedua dapat minum susu dalam cawan!. Azam tahun 2020, sebab dah umur 6 tahun, so tak boleh minum susu dalam botol lagi. hehe. 

Habis jer minum susu, dia terus masuk bilik air , mandi sendiri - Win ketiga! . Biasanya, pagi-pagi mommy atau daddy yang kena mandikan dia. Hari ni dia boleh mandi sediri. Good job Kakak (thumbs-up). Dah habis mandi pun , pakai baju sekolah sendiri - Win keempat!. Fuhh!. Banyak betul kemenangan yang Kakak FL cipta hari ni. Bangga mommy (walaupun hanya benda simple). Nampak sangat yang Kakak dah makin besar, dan dah boleh belajar berdikari =)).. 

Hari ni, tepat jam 7 pagi, kami keluar rumah, hantar Kakak FL pergi tadika. Leeya pun ikut sekali. Dan win jugak untuk Leeya sebab hari ni dia pun bangun awal. hehe. 

Memang susah nak ambik gambar sama-sama =))

Adik teringin nak masuk kelas jugak =))

Nah! bagi lah dia rasa sekejap duduk dalam kelas. 
Ambik aura dulu.. Nanti bila dah ready baru adik pergi school =))

You May Also Like

14 comments

  1. Hari pertama ramai yg excited.. Nnti next week.. Hmmm habis semua kena paksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. hari pertama semua excited... tengok jer lah nanti, bulan-bulan akan datang, masih excited lagi tak. hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah. Senyum ceria ja dia 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dia happy. sejenis yang suka pergi sekolah

      Delete
  3. seronok bila da mula sekolah kan? semoga istiqamah kakak FL

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah seronok dia. dah hilang rasa bosan masa cuti sekolah tu. hehe

      Delete
  4. Wahhh terbaik lah kakak FL, bersemangat betul nak pergi sekolah tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sekarang tadika dia bersemangat. Nanti bila sekolah rendah tak tahu la macam mana

      Delete
  5. Wow semangatnya dia! Alhamdulillah, semoga konsisten sentiasa bersemangat and happy pergi sekolah sampai hujun tahun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Harapnya semoga terus kekalkan konsistensi tu sampai hujung tahun 2020 lah..

      Delete
  6. wah excited dia yg bangun dulu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semangat tu bangun awal..semangat tahun baru ni semua pun semangat nak buat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, semangat tahun baru. alhamdulillah, hopefully dia kekal istiqomah sampai hujung tahun nanti

      Delete