Jangan Sesekali Panggil 'Awak'... !

by - Wednesday, January 01, 2020

Aku panggil Kakak FL dengan panggilan ama dia sendiri -  'Leena' atau 'Kakak'.


Tapi, kadang-kadang tersasul terpanggil atau tercakap , bahasakan diri dia -  'awak'.

Kadang dia ok jer bila sebut 'awak' tu, tapi kebanyakkan masanya dia tak suka bila mommy panggil dia 'awak'. 

Dan semalam baru aku tahu, yang rupa-rupanya dia memang langsung tak suka mommy atau daddy dia panggil dia 'awak'.  Aku memang tak pernah dengar perkataan 'awak' dari mulut daddy dia. Aku jer yang selalu cakap 'awak-awak' ni dengan kawan-kawan aku. 

Semalam, masa mommy tengah penat dan stress, tetiba Kakak FL cakap pasal gam (glue), untuk projek art & craft dia. Pastu terus mommy cakap 'awak letak lah pistol (gam) tu kat suis tu'. 

Pastu dia terus menangis, dan dalam nada macam marah dia cakap - ' janganlah cakap awak'.

Terus mommy mintak maaf. Tak sangka pulak perkataan 'awak' tu sangat sensitif untuk dia. 

Dulu aku pernah tanya dia 'kenapa mommy tak boleh cakap awak?'. Pastu dia kata, 'sebab 'awak' tu kawan jer boleh cakap macam tu'. Maksudnya, 'awak' tu hanya untuk bahasa dengan kawan-kawan , bukan bahasa dengan keluarga. OOhhh. macam tu, OK mommy faham. Lepas ni, mommy tak guna 'awak' lagi dengan anak-anak =)).



You May Also Like

4 comments

  1. ingat tu mummy jngan tersasul lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kena sentiasa beringat jer ni.. =))

      Delete
  2. alolo sensitif kakak.. agaknya kenapa ye

    ReplyDelete
  3. Ohh..macam tu rupanya..ingatkan tak boleh 'awak' lansung. :)

    ReplyDelete