Having An Awesome 'Me Time' at Dal.Komm Coffee

by - Monday, February 17, 2020

Hai Sabtu hari tu, aku bawak anak-anak, Kakak FL dan Leeya pergi main-main kat Kidzooona. Dah lama sangat diaorang tak keluar main. Selalu hari-hari keluar rumah pergi-balik sekolah dan kelas-kelas jer. Pergi playground atau swimming tak.

Lately kat KL selalu hujan petang-petang, sebab tu tak dapat keluar. Pastu last week Kakak FL demam. So, ni bila dia dah baik demam, ajdi boleh lah keluar. Lepaskan gian diaorang nak main-main. Jadinya, hari Sabtu tu pergilah ke Kidzooona. Dapatlah main-main kat indoor playground.




 

Aku pun dah lama tak keluar sorang-sorang dan ada 'me time'. Selalu kalau duduk rumah pun, pasti tak boleh nak rehat, macam-macam benda nak buat rumah tu. Pastu tambah pulak dengan Leeya yang duk asyik nak berkepit dengan mommy jer. 

Jadinya, Hari Sabtu tu juga, aku ambik kesempatan untuk 'berseorangan'. Sementara anak-anak having fun kat Kidzooona, aku pun buatlah hal aku sendiri, having 'me time' kat mall tu - pergi shopping dan lepak minum kopi sorang-sorang kat cafe Dal.Komm Coffee. 



Masa aku 'bersendirian' hari tu , Kakak FL dan Leeya dijaga oleh Part Time Babysitter dari Kiddocare.my. Aku book babysitter tu sehari sebelum. Ini Babysitter Aina, dia selalu dah jaga anak-anak aku. So, Leeya dan Kakak FL dah kenal dan biasa dengan dia. Alhamdulillah! Sofar, Aina dan juga babysitter yang lain jaga anak-anak aku dengan elok. Kalau ada apa-apa yang tak puas hati, boleh jer report kat company Kiddocare tu. Tapi Alhamdulillah, so far aku tak pernah report apa-apa. Diaorang semua bagus dan boleh dipercayai. 


 Yeaaayy! Dapat makan New York Cheese Cake tanpa gangguan anak-anak =)).. Korang yang jadi fulltime housewife pasti tahu macam mana rasa nikmatnya dapat 'me time' tanpa gangguan anak-anak. Kan? Kan? hehe..


Fuhh! Nikmatnya hidup walaupun sekejap =)). Hari tu en.suami kerja. So, aku keluar bertiga je lah bawak anak-anak. 


InshaAllah, nanti-nanti bolehlah lagi 'me time' macam gini. hehe. Thank you Kiddocare for helping me up in taking a good care of my children =)). 

You May Also Like

1 comments

  1. wahhh best jgk me time mcm ni..
    ank2 pon happy dpt main.. kita pon happy dpt me time..

    ReplyDelete