Perintah Kawalan Pergerakan - Duduk Jer Di Rumah!

by - Thursday, March 19, 2020

Start semalam berkuat kuasalah Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Wabak Virus Covid19. Bagus gak ada arahan sebegini rupa. Sepatutnya dah lama Perdana Menteri kuat kuasakan Arahan ni.

 Tapi almaklumlah, masa mua-mula Covid19 datang Malaysia, semua politician duk sibuk dengan agenda politik sendiri, duk sibuk nak kuasa, nak jadi menteri. Tak fikir soal kebajikan rakyat ni. Masa tu aku duk follow Press Conference Bekas Menteri Kesihatan duk buat hari-hari. Memang nampaklah yang YB Dr Dzulkefly Ahmad ni buat kerja dengan ikhlas, tanpa pedulikan kemelut politik ketika itu. Pastu pulak, masa dunia duk kisahkan pasal Wabak Covid19 ni, sesenang jer bekas PM letak jawatan.. huhuhu. Bengang jugaklah masa tu. 



Ni sekarang bila angka kes positif Covid19 dah naik mendadak baru nak bertindak. Tapi OK lah, at least adalah jugak tindakan sebelum beratus-ratus atau beribu-ribu nyawa yang mati. Tapi jujur aku cakap, akutak kenal Menteri Kesihatan yang baru ni. Selalu duk tengok TV, tengok Muka Ketua Pengarah Kesihatan jer yang keluar TV. Menterinya tak nampak =((. Mungkin ada keluar TV, tapi tak perasan sebab tak kerap sangat keluar. 

Perintah Kawalan Pergerakan 2 minggu jer, tak lama pun. Tapi ada pulak yang jenis DEGIL duk balik Kampung, pergi cuti-cuti Malaysia. Nasib baik hotel pun kena tutup, kalau tak ada yang bawak suami,isteri anak-anak pergi bercuti. Mentang-mentanglah kerajaan bagi cuti bergaji 2 minggu, joli katak pulak!. Langsung tak kisah akan sebaran virus ni. Selagi ahli keluarga sendiri TAK MATI, selagi tulah diaorang ni tak beringat.

Bengang pulak aku tengok orang duk berpusu-pusu balik kampung. Stress pun ada jugak. 

Aku kesiankan kat paramedik yang bertugas kat hospital tu. Kita semua cuti, tapi diaorang tak boleh cuti. Katil kat hospital pun dah tak cukup, staff hospital pun tak cukup, ini Rakyat Malaysia sesuka hati pulak pergi berjalan kesana-kemari. huhu.. 

Kalau kat Itali tu, sampai diaorang dah tak cukup hospital nak cater pesakit Covid19 ni. So, diaorang terpaksa pilih pesakit untuk dirawat dengan harapan pesakit tu akan sembuh. Kalau warga emas yang kena, diaorang biarkan mati jer, sebab staff hospital tak cukup, katil pun tak cukup =((. So, korang nak ke tengok mak ayah korang mati macam tu jer sebab Covid19 ni? Tentunya TAK Kan? 

So, kalau tak nak tengok ahli keluarga sendiri mati, jomlah sama-sama bantu kerajaan untuk redakan wabak Covid19 ni. Sure boleh punya kalau semua Rakyat Malaysia walau dimana sahaja bersatu. Tengok kat China tu, dah langsung tak de kes baru Covid19 dah. Even sekarang Rakyat China dah boleh jalani rutin asal diaorang. 

So, kita pun boleh. Yang penting, semua orang kena mainkan tanggungjawab masing-masing.

Jadinya, duduk jer lah rumah diam-diam. Macam-macam boleh buat kat rumah tu. Kemas lah rumah tu, buang apa yang boleh dibuang - buat spring cleaning, lipat baju yang berlambak-lambak tak sempat nak lipat sebelum ni, cuci peti ais, dan macam-macam lagilah boleh buat. Just be creative and start thinking!.

Aku buat apa kat rumah? Aku kan housewife, so dah biasa duduk rumah. Dah ada jadual tetap pun kat rumah ni. Jadi bila dapat 'Perintah Kawalan Pergerakan' No Hal lah. Kacang jer. Tak sempat nak boring pun. Tengok-tengok tup-tup dah 11 malam - masa untuk tidur =))..


Masa cuti ni aku habiskan baca buku ni =)). Buku ni beli last week kat MPH. Memang beli untuk bacaan masa cuti sekolah ni. Ni sebenarnya Buku Kakak FL. Dia suka cerita-cerita Nabi, sebab cerita Nabi ni ialah dia punya 'bedtime story'. So belikan dia buku ni. Dia baca tau. Tapi bila dia penat, dia suruh mommy bacakan untuk dia 😃😃😃😁. Mommy baca, tak sampai seminggu dah habis 😁. Ni tangan rasa gatal nak beli buku lain pulak. Kena beli online kalau nak beli. 

Boleh baca ni - ' OUR BEDTIME STORY'.



 Cuti ni luangkan masa dengan anak-anak kat rumah =))


You May Also Like

5 comments

  1. semoga kita smua dilindungi dr wabak covid19

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi drop komen =)). InshaAllah, semoga kita semua dilindungi dari wabak ini

      Delete
  2. semoga kita semua dilindungi olehNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah smeoga kita semua dilindungi Allah. Banyakkan berdoa dan buat solat hajat

      Delete
  3. makin berlanjutan tapi insyallah its for the best..
    semoga cepat ujian ni berlalu..

    ReplyDelete