Juadah Berbuka Puasa - Puding Karamel Yang Sangat Sedap

by - Monday, April 20, 2020

Resepi Puding Karamel Yang Sangat Sedap | Hari ni first time buat puding karamel sepanjang MCO ni. Alhamdulillah! 'Sedap', kata en.suami 😊 . Sampai bertambah-tambah sampai habis licin karamel ni =)). Anak-anak pun suka. Nanti nak kena buat lagi lah. Boleh buat masa Ramadhan nanti jadi juadah untuk buka puasa. 



Ini Resepinya. Aku cedok resipi ni kat Youtube. hehe. 
Boleh jer korang tengok kat Youtube macam mana diaorang buat. Tapi takpelah, aku share kat sini juga (untuk rujukan aku juga kelak). 

Nak buat Puding Karamel senang sangat. Orang tak pandai masak pun boleh buat. So, adik-adik yang duduk kat rumah masa MCO ni bolehlah cuba-cuba buat puding ni, tambat hati mak-ayah.. gituu.. 


Resipi Puding Karamel :

A) Mula-mula buat gula hangus dulu - kuah.

1. Masukkan gula dalam periuk, dan panaskan. Sukatan - ikut selera masing-masing. Kalau nak manis, letak banyak, kalau tak nak manis, letak sikit.
2. Masak sampai gula tu cair dan bertukar ke warna coklat / perang.
3. Tutup api dapur. Tambahkan air. 
4. Biarkan seketika.

B) Buat Puding.

1. Dalam bekas, masukkan 2 biji telur - gaulkan sampai hancur.

2. Dalam periuk , atas dapur, guna api kecik jer :
2.1 Masukkan susu cair 1 tin (kalau nak buat banyak, masukkan 2 atau 3 tin). 
2.2. Masukkan 2-3 sudu susu pekat.
2.3 Kacau sehingga sebati.
2.4 Masukkan 1 sudu vanilla essence.
2.5 Tutup api dapur. Biarkan sekejap.

3. Campur susu yang dimasak tadi dengan telur tadi.
3.1 Gaulkan sampai sebati.
3.2 Lepas tu, tapis, guna ayak tepung. Buatlah 2-3 kali. 

4. Gula yang dah masak tadi, masukkan dalam bekas dadih atau apa-apa bekas.
4.1 Lepastu, campurkan dengan puding tadi.
4.2 Tutup bekas puding tu dengan penutup atau plastik.

5. Kukus

6. Lepas dah kukus/masak (pastikan puding tu keras, dan bukan bersifat cecair lagi). Biarkan seketika sampai sejuk.

7. Then, masukkan dalam peti ais, at least 1 jam.

8. Siap! Dan boleh dimakan! 😊


Aku kukus guna rice cooker jer. 


Buat juadah buka puasa confirm mesti best, anak-anak pasti suka. Selamat mencuba!

You May Also Like

3 comments