Terharunya Mommy Bila Dapat Duit Raya

by - Thursday, May 28, 2020

Mommy Dapat Duit Raya .. Yeaayy! Ya be da be doooooo!..

Terharunya mommy bila Kakak FL bagi duit raya kat mommy masa raya pertama hari tu. 

Fuhh! Rasa nak menangis. Terima kasih Kakak! Sayangnya Kakak kat mommy.. So sweeet.



Bila mommy tanya kakak kenapa bagi duit kat mommy, jawapan dia - 'sebab mommy tak kerja, mommy ambiklah duit ni  untuk beli apa-apa'. 

Fuhh! Lagi double sebak. Tapi control. Buat-buat muka ayu gitu =)).

Mana Kakak FL dapat duit tu?

Dia guna duit raya yang orang bagi kat dia 😊.

Bila mommy cakap - 'nanti habislah duit kakak kalau kakak bagi kat mommy'. Dia jawab - 'Takpe mommy, sikit jer kakak bagi tu. Duit kakak ada lagi. Nanti Allah bagi lagi kat kakak duit banyak-banyak'. 

Uhh!. Padahal duit raya dia tahun ni tak banyak mana pun. Al-maklumlah, tahun ni kan Raya PKP, duduk rumah jer, mana nak dapat kumpul duit raya macam tahun-tahun sebelum ni. 

Baguslah kalau Kakak tak berkira. Semoga keikhlasan hati kakak memberi pada mommy akan kekal sampai bila-bila, sampai kakak dah besar nanti. 

Walaupun hanya RM 10, besar maknanya untuk mommy tu sayang. Mommy tak kisah nilai wangnya, yang penting ikhlas dan sayang mommy sampai bila-bila.  Mommy terharu sangat-sangat. Terima kasih sayangku Kakak FL.

You May Also Like

11 comments

  1. Alhamdulillah
    Contoh teladan yang baik

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. ank yg baik kakak FL..
    snggup dia bg duit raya dia kat mommy.. =')

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah syg sungguh FL kat mama dia

    ReplyDelete
  4. insya allah untung mommy dpt anak solehah tu

    ReplyDelete
  5. Syukur.
    Acik PC pun jadi sebak pulak.

    ReplyDelete
  6. huhu, bagusnya kakak FL, good girl sangat!

    ReplyDelete
  7. hehe. berkongsi rezeki dengan mommy. mesti banyak lagi yang akan dapat nanti.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya
    Tapi memang senyum lebar lah dapat duit raya

    ReplyDelete
  9. alaahai anak.. comelnya. insyallah anak solehah Kak FL ni..

    ReplyDelete
  10. Terharunya baca sebab kakak ingat kat Mommy dia ...

    ReplyDelete
  11. ala.. comelnya kakak.. hee~ semoga kakak jadi anak solehah penyejuk hati mommy abah..

    ReplyDelete