Baru Beli Mesin Gunting Rambut

by - Saturday, June 06, 2020

Disebabkan PKP, kedai gunting rambut semua diarahkan tutup. Jawabnya, tak berguntinglah rambut masing-masing. Kalau orang perempuan tak gunting rambut OK lagi, boleh simpan panjang macam Rapunzel. Kalau orang lelaki , nanti jadi macam penyanyi rock kapak pulak.

Ada sesetengah lelaki memang suka dengan rambut panjang, ada tu bila ikat rambut lagi terserlah kehenseman nya. Tapi ada lelaki (ramai lelaki) yang langsung tak sesuai dengan style rambut panjang. Pastu pulak, rimas bila rambut panjang ni. Betl tak kaum lelaki?

Setelah lebih 2 bulan tak bergunting rambut, jadi en.suami decide untuk beli Mesin Gunting Rambut dan dia suruh isterinya ni guntingkan rambut dia.... Masalahnya, pandai ke isteri dia ni nak gunting rambut orang? Seumur hidup tak pernah lagi aku gunting rambut orang walaupun rambut anak sendiri.. Errrrrmmm... Tengoklah nanti macam mana. Nak senang, aku botakkan jer rambut tu 😁.


En.suami beli ni seminggu sebelum Hari Raya hari tu. Ingatkan bolehlah dapat rambut baru masa Hari Raya. Tapi malangnya baru semalam sampai. Redho jer lah. Beli kat Lazada. Rupanya barang tu dari Shenzen, China. Patutlah lama kena tunggu. 



Murah jer mesin ni. RM 30 jer. Ada 4 piece guide comb. Siap bagi gunting dan sikat rambut lagi.Nak guna masa Covid19 ni jer, so beli murah-murah cukuplah. Nanti bila kedai gunting dah bukak, gunting jer kat kedai. 

So, malam ni buat projek gunting rambut 😐.


You May Also Like

16 comments

  1. Wah semalam menjadi barber tau.. lepas ni anak2 dah tak nak p.kedai dah. Heeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOW! hebat tu UN. jimat duit tak yah gi kedai kan

      Delete
  2. Wah jd tkg gunting pula. Itulah rimas plak rambut panjang

    ReplyDelete
  3. Dni duk potong manual ja kat anak teruna smpai umur 6 tahun. Sejenis takut dengan mesin rambut πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚skarang dah 8tahun, baru dia suka mesin rambut kat kedai. Tiba2 musim pkp. Hahaha. Baru sempat 2x dia pegi kerdai gunting rambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahh! mesti Dini dah expert bab gunting rambut ni

      Delete
  4. Wak pun dah 2 kali pn is3 potongkan rambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Wak! Tugas baru para isteri sekarang - jadi barber. hahaha

      Delete
  5. Kitaorg pun beli mesin gunting rambut masa pkp 1 LG. Gunting sendiri je..hasil boleh la tahan hahaha

    ReplyDelete
  6. Huda potongkan rambut anak2 dan suami guna gunting jer.. pernah 2 kali beli, pakai x lama.

    ReplyDelete
  7. Marsha memang dah lama potong rambut suami dah 3 tahun...memang berbaloi la beli

    ReplyDelete
  8. Ptong rambut husband ke? Kly husband Iq xnak Iq ptogkan..risau la kot tu..haha

    ReplyDelete
  9. Ala xpe.. Boleh simpan untuk masa depan. Lagipun jimat gunting sendiri

    ReplyDelete
  10. Kedai gunting dah boleh buka dah.. hihihi

    ReplyDelete
  11. Husband memang dah lama beli mesin rambut sendiri. Botakkan rambut sendiri

    ReplyDelete
  12. Saya pun husband suruh guntingkan. Sebab takde mesin, terpaksa guna gunting. Siap tengok tutorial kat Youtube. Nasib baik hasil okay haha

    ReplyDelete