Bercuti Ketika Wabak Covid19 di 101 Resort, Janda Baik

by - Wednesday, June 24, 2020

Weekend baru-baru ni aku bercuti ke Janda Baik, Pahang seperti yang aku bagitau dalam post-post sebelum ni. Hotel yang dipilih ialah 101 Resort, yang terletak di Pulau Santap, Janda Baik, Pahang.





Ini kali kedua aku bercuti kat Janda Baik. Yang first dulu kat Resort Tanah Aina Farah Soroya. Kali ni pilih resort yang bukan dalam hutan sangat. Boleh parking kereta kat dalam resort tu terus. 

Kat Tanah Aina tu best, cuma tak de line telifon, sebab resort tu jauh ke dalam hutan - kena naik truck / four-wheel drive, dan kereta parking kat bawah (tempat parking disediakan). Untuk yang sukakan adventure, OK sangat pergi sana. Aku pun suka tempat tu. Nanti nak repeat kesana lagi.

 Yang 101 Resort ni best jugak, dan cantik. Resort ni betul-betul depan sungai. Nak picnic tepi sungai pun boleh, nak buat BBQ pun tersangat boleh. 


Ini bilik/rumah yang aku stay. Kat atas tu. So, setiap 1 blok ni ada 4 rumah. Aku book resort ni last minute, so dapat la rumah tingkat atas. Yang lain smeua dah fully book. 



 Ini view dari rumah aku.

Dalam 1 rumah ni ada 2 bilik tidur, dan  2 bilik air. Ada TV (tapi tak de siaran 😂), ada meja makan, cuma tak de kitchenette.

Bilik tidur 1

 Bilik tidur 2

 Ada 2 bathroom


 Living room

 Swimming pool ditutup


 Resort ni berbukit-bukit. Banyak tangga. So, untuk yang warga emas, yang uzur, yang pregnant dan yang ada anak kecik yang menggunakan stroller atau insan istimewa yang menggunakan wheel chair tak sesuai datang ke resort ni.


 Entrance. Hotel fully book. Penuh!

 Rumah lebah           
                                                           
 Ini lobby. Reception counter kat sini - rumah tradisional

 Datang hotel ni, aku teringat kat rumah pusaka Arwah Tok Wan - tempat aku membesar





 Ini kali pertama Kakak FL mandi sungai. Baru dia tahu betapa sejuk  nya air sungai sampai tak berani dia nak swimming kat dalam tu. Takut dengan kesejukkan 😂.

 Duduk je lah Kakak FL tercegat atas batu tu sampai habis 😂.


Yang sorang ni langsung tak berani masuk sungai. Dengan rambut Afro bangun tido nya... errmmm.. Layankan ajer 😂.


Balik dari hotel tu, Kakak FL tak habis-habis cakap - 'Mommy, kakak dah tak nak mandi sungai, sejuk!' 😂😂😂. Kakak, kakak.. Jangan jadi orang bandar sangat lah kakak ooooii. 

Entri berkaitan sebelum ni : 


P/S : Kat Janda Baik ni pokok durian tak berbuah. Dusun durian semua tutup. So, kalau korang brehajat nak makan durian sekarang, bukan di Janda Baik atau Raub jawabnya.  

You May Also Like

4 comments

  1. MashaAllah cantiknya suasana. Saya belum penah sampai. Hehe

    ReplyDelete
  2. Wahbdah bercuti ala kg gitu.. dapat feel sejuk air tu mcmna.hehehe best tu

    ReplyDelete
  3. Boleh bayangkan sejuk air sungai dekat sana. Tp Tenang je kan.

    ReplyDelete
  4. Huwaaa...lamanya tak ke Janda Baik. Seronok kan sesekali tukar angin concrete jungle ke real jungle. Air sungai memang sejukkkksss...auntie pun kadang ngelat. Buat-buat mandi walhal, rendam kaki jer.

    ReplyDelete