Dah Setahun Dia ke Rahmahtullah

by - Monday, June 01, 2020



28 Mei 2020 hari tu dah genap setahun sahabtku, Arwah Kak Zaleha kembali ke Rahmatullah. 

Boleh baca kat entri ni - 'DAMAILAH KAMU 'DISANA' WAHAI SAHABAT'.

Arwah ni merupakan colleague masa kat tempat kerja dulu. Sebelum tu, aku dah mengenali Arwah masa kat universiti - kat UiTM Sri Iskandar, masa buat Diploma dulu-dulu. Arwah merupakan senior aku. 

Bidang kitaorang ni tertutup. So, boleh katakan hampir semua kawan-kawan kat universiti, akan bekerja kat Department ni. Kiranya, kitaorang memang rapat lah. Sebab perkenalan yang terjalin dah bermula dari kampus lagi, pastu sambung masa kerja pulak. Best tapi boring jugak, sebab balik-balik jumpa orang yang sama jer. 

Sebab tu, ramai antara kitaorang yang berkahwin sesama sendiri, samada dah couple sejak dari kampus lagi, atau baru bercinta masa kerja. Tapi ada jugak yang tak kahwin-kahwin sampai pencen sebab kerja tu hectic sangat sampai takde masa nak bersosial (aku pun macam tu dulu - tak de masa nak pergi dating).

Aku sangat rapat dengan Arwah Kak Leha. Dia meninggal sebab Kanser Esofogus. Sebelum dia meninggal, sempat juga aku melawat dia kat HKL, masa tu result darah tak keluar lagi. Tup-tup bila keluar result darah, terus dia masuk ke Institut Kanser Negara kat Putrajaya, tak lama lepas tu meninggal. Allahu, sekejap sangat... 



Hari terakhir Arwah di IKN. Sempat juga aku memberi penghormatan terakhir untuk Arwah 😢..

Lagipun Arwah duduk kat Putrajaya - kat Presint 9. Aku pulak duk kat Kuarters Presint 15 dulu. So, di luar waktu kerja, aku selalulah lepak ngan Arwah. Masa tu aku bujang. Arwah tak de anak. Husband dia sangat busy selalu outstation, sebab husband dia bekerja sebagai Bodyguard KSN (masa tu). So, memang kitaorang selalu lepak sama. Outstation (sebab kerja) pun selalu bersama. 

Kini, kenangan tu hanya tinggal kenangan. Memori yang indah untuk dikenang. Sepanjang setahun ni, ada juga beberapa kali aku bermimpi Arwah. Sedihh nya.. 

Bila ternampak barang-barang yang Arwah pernah bagi aku dulu, memang sedih sangat rasa. 

Ini tudung yang Arwah bagi masa birthday aku dulu. Rasanya dah 10 tahun usia tudung ni. Tapi sampai sekarang masih elok lagi. setiap kali tengok tudung ni, aku teringat kat Arwah. Sedihnya 😢.


Semoga Arwah tenang Di sana.

Arwah dikebumikan di Bentong, Pahang.

Al-Fatihah. 

You May Also Like

25 comments

  1. Semoga tenang di sana bersama orang beriman dan diredhai Allah, aaaamin

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainna ilaihirajiun

    ReplyDelete
  3. Moga roh Arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT sentiasa. Amiin. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya. terima kasih sebab sudi follow saya

      Delete
  5. Al fatihah buat arwah dan salam takziah

    ReplyDelete
  6. Semoga berjumpa sahabat di alam yang kekal abadi nanti.

    ReplyDelete
  7. semoga rohnya dicucuri rahmat.Al fatihah.

    ReplyDelete
  8. AlFatihah dibaca untuk arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

    ReplyDelete
  9. rindu yang tidak berpenghujung, banyak2 doa buat arwah ye DP

    ReplyDelete
  10. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh arwah. Amin yra.

    ReplyDelete
  11. Semoga arwah tennag disana ye..

    ReplyDelete
  12. Al fatihah. Semoga tenang arwah di sana

    ReplyDelete
  13. kawan rapat susah untuk kita lupakan segala kenangan dengan dia.... alfatihah buat arwah kawan tu

    ReplyDelete
  14. Alfatehah buat arwah. Allahu... Sememangnya bila rindu yang tiada lagi orangnya memang paling perit. Stay strong!

    ReplyDelete
  15. semoga rohnya dicucuri rahmat.. dan doa/sedekah org yg mengenali arwah sampai manfaatnya pada arwah.

    ReplyDelete
  16. Semoga roh arwah dicucuri rahmat amin. Innalillah.

    ReplyDelete