Her First Acrylic Painting

by - Friday, June 19, 2020

Sejak awal tahun 2002, Kakak FL masuk kelas seni kat Global Art. Dari last year lagi dia nak masuk, tapi baru tahun ni ada masa lapang sikit untuk pergi kelas tu. 



Dia suka sangat dengan art class, sebab dia memang minat dengan art and craft. Sejak dari kecil lagi minat. Masa umur dia 2 tahun, aku hantar dia masuk art class kat Gymboree Malaysia. Mungkin dari situlah dia punya minat yang mendalam dalam bidang seni ni. 

Sejak PKP, kelas tu dibuat secara online jer. Kakak FL suka, tapi dia tetap jugak nak pergi kelas betul-betul. Rindu sangat dia nak jumpa Teacher dan kawan-kawan kat art class.

Dan sejak PKPP di umumkan hari tu, art class Kakak FL resume again as usual tapi dengan follow SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM. So, sekarang ni dia pergi kelas art macam biasa. Dan kelas-kelas yang tak dapat buat sepanjang PKP ada replacement. 




Dan last week kat art class, Kakak FL warnakan kanvas using arcylic paint. Wow sangat! Sebab mommy pun tak pernah buat colouring guna warna acrylic. Even sampai mommy masuk univerisiti, duduk at studio hari-hari dari pagi sampai ke pagi esokkannnya, pun tak pernah guna acrylic paint ni 😂. 

Bila anak mommy dapat colour macam ni (walaupun tak perfect sangat), dah cukup buat Mommy bangga dan kagum. Hopefully 1 hari nanti, Kakak dapat buat lukisan acrylic macam professional artist =)) 

You May Also Like

3 comments