Jeruk Timun - Sayur Wajib Bila DP Travel ke Luar Negara

by - Monday, July 13, 2020

Jeruk Timun - pertama kali aku makan jeruk ni masa aku ke Vienna, Austria dulu. Masa tu pergi sana dengan en.suami. Itulah first trip aku ke Eropah bersama en.suami. Sebelum-sebelum ni aku ke sana dengan family aku. Tapi bila dah berkahwin ni, dapatlah bercuti ke sana dengan en.suami.

En.suami ajar aku makan jeruk timun ni. Dia kata setiap kali kalau dia pergi oversea, jeruk timun ni lah benda pertama dia akan beli kat supermarket.

Aku mula-mula was-was jugak nak makan sebab takut rasa dia tak ngam dengan lidah aku. Tapi lepas dah sekali cuba, nak cuba berkali-kali pulak. Dapat makan dengan nasih, fuhh! berseleranya. Tambah pulak dengan cuaca sejuk kat sana, memang sangat ngam lah makan ni dengan nasi panas-panas. 


Senang jer nak cari jeruk timun ni kat oversea. Kat mana-mana kedai groceries atau supermarket ada jual ni. Biasanya diaorang import dari negara Arab. So, make ure beli yang ada logo Halal. Kalau tak ada logo Halal, kena pandai baca ingredients dia. Pastikan tiada unsur-unsur haiwan.


Bila kat Malaysia, aku dan en.suamitry beli jeruk ni kat kedai Arab. Banyak je kedai Arab kat area KL ni.

Tapi kan, rasa dia masam sangat lah. Tak kena dengan lidah melayu kitaorang ni. Rasa dia tak sama macam yang kitaorang beli kat Vienna tu atau kat mana-mana tempat. 

Then sejak tu, aku dah tak nak beli lagi dah jeruk timun ni kat Malaysia. Kitaorang hanya akan beli bila travel ke luar negara jer. 

Tapi baru-baru ni en.suami aku try beli jeruk ni kat Kedai Arab Berkat Madina. Katanya sebab rindu dah lama sangat tak makan jeruk timun. Almaklumlah, dah lama tak travel sebab PKP. Kesian 😨.

Kalau ikutkan bulan April hari tu kitaorang ke Cairo, Mesir. Tapi terpaksa cancel flight dan hotel (duit hotel burnt, tapi tiket flight dapat refund), dan Bulan Jun sepatutnya plan nak pergi Australia. Tapi sama jugak terpaksa cancel. 

Entah bila lah dapat travel lagi. Sebab tu lah, en.suami beli jugak jeruk timun tu, nak ubat kerinduan dia nak travel. Kalau nak tahu, en.suami lagi kuat berjalan dari aku. Dia dah biasa pergi mana-mana sorang-sorang. Even pergi Umrah dan Haji sorang-sorang pun dia pernah. Aku jer yang tak merasa lagi nak ke sana.. 

Hopefully, jeruk timun yang dibeli kali ni OK lah dan sedap =)).

You May Also Like

12 comments

  1. tak pernah rasa lagi..nampak mcm crunchy..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan lagi jeruk timun.Direndam dengan cuka kan.

    ReplyDelete
  3. bila nampak jeruk timun ni teringat burger mcd hehehhe...

    ReplyDelete
  4. Ngences plak tgk jeruk timun tu. Nak try lah kot ada jual dekat2 sini kab.

    ReplyDelete
  5. Nanti dah beli share tau sdap ke x...dan nak tahu macam mana makan jeruk timun tu dgn nasi

    ReplyDelete
  6. Kat malaysia ni dia punya cuka makan memang masam.Rasanya diaorang guna cuka makan made in Malaysia kot. Tu pasal masam semacam.

    Kalau buat jeruk cili pun akak biasa tambah air sikit.kalau tidak masam ya amat.

    ReplyDelete
  7. Rasa dia sama macam yang dalam burger mekdi tu ke?

    ReplyDelete
  8. macam pernah try sekali, ke lain ek dengan jeruk yang ni.. nanti share la review pasal jeruk ni ye

    ReplyDelete
  9. Tak pernh rasa pulak jeruk timun ni.. Kene cari kat berkat madina ni

    ReplyDelete
  10. Tak pernah try. timun dalam burger mcd tu jeruk timun kan? Yg rasa masam tu

    ReplyDelete
  11. Tak pernah serasi dengan rasa mr pickles ni.

    ReplyDelete