Selepas Banjir - Proses Mencuci dan Mengemas

in , , by dorsett pink, July 28, 2020
 Dah seminggu kejadian banjir berlalu. Tapi sehingga hari ini aku masih belum habis kemas rumah sepenuhnya lagi. Hari tu lumpur tebal sangat. So, panggil part time cleaner tolong bersihkan lumpur. 

Dan proses nak mengemas rumah, aku buat sendiri dengan en.suami. En.suami pulak bekerja. So, tinggal aku dan anak-anak je kat rumah. Tu yang lambat tu. Tapi takperlah. Buat perlahan-lahan, dan jangan paksa diri nanti takut sakit pulak. Anak-anak pun perlukan kasih -sayang dan perhatian jugak. 



My best friend sejak dari Sekolah Menengah - AB, datang tolong hari tu dengan anak-anak sekali. Alhamdulillah! Tahnk you for coming dear. Bila aku susah, dia sentiasa ada dengan aku. AB sekarang tengah tunggu nak Konvokesyen Master kat UPM.


 Ini kedai runcit dan kedai Speedmart kat area rumah. Teruk diaorang, terpaksa tutup kedai kejap sebab nak bersihkan kedai.huhu.

 Minggu lepas, hari-hari truck towing datang area rumah ni angkut kereta jiran-jiran yang tak sempat selamatkan kereta. Kereta kitaorang Alhamdulillah selamat dialihkan. So, enjin OK.

 MPKJ datang ambik perabot yang rosak dan sampah-sarap yang sangat banyak.

Si kecik ni sangat suka tolong mommy mencuci dan mengemas rumah =)).

 Ini kawan baik sejak dari UiTM Sri Iskandar (Sejak Part 1 Diploma) - Moon. Moon datang dari jauh nun drive dari Alor Setar, datang KL melawat aku. Thank you so much!. Dia sekarang tengah buat Master kat UiTM Seri Iskandar. Kat Alor Setar tu bekerja. Bekerja dengan Kulim Airport (Under Malaysia Airport Berhad). 

YB Ahi Parlimen datang turun padang sampaikan bantuan berupa beras, makanan, toileteries dan tilam. Masa PKP hari tu pun, YB datang turun bagi bantuan. bagus betul YB Ong Kian Ming ni. 

Even sampai hari ni, masih ada lagi bantuan yang datang pada kami. Mostly NGO Cina la yang datang, sebab aku duduk kat dalam komuniti Cina. Jiran-jiran aku semua Orang Cina, orang Melayu ada 2,3 orang jer. Terima kasih sangat-sangat pada yang datang tolong, termasuk Kelab Blogger Ben Ashaari atas sumbangan yangdiberikan.

Orang yang tak pernah rasa, tak tahu rasa banjir ni macam mana, so bolehla nak bercakap macam-macam. Cuba yang bercakap tu tolong aku kemas cuci rumah ni, agaknya patah pinggang kot. 

Dalam hidup zaman sekarang ni ramai sangat makcik bawang. Penat nak melayan semua makcik-makcik bawang tu. So, cara yang paling berkesan, abaikan jer kata-kata tu. Sebab yang mengata tu pun tak menolong pun. 

Semoga Allah terus limpahkan aku, keluarga dan sahabat-sahabat yang membaca ini dengan limphan rahmat, keberkatan dan kekuatan serta kesabaran yang berterusan. Amiin. 
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. First of all alhamdulillah everyone was safe. Akk doakan agar dipermudahkan segala urusan DP.

    Alhamdulillah ada sahabat2 yang baik sudi membantu. Besar rahmat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih puan hazel. semoga Allah memberkati puan hazel dan makbulkan doa tersebut. Amin

      Delete
  2. alahai.. si kecik tu.. pandainya menolong.... bagusnya dia...

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan DP. Saya tidak merasa tidak boleh kata cuma boleh doakan moga setiap kesusahan DP diberi kebaikan. Amin.

    ReplyDelete
  4. Bila musibah datang macam ni
    banyak kerugian yang terpaksa ditanggung
    Mujur masih ada yang sanggup membantu.

    ReplyDelete
  5. Tabahnya awak, semoga baik baik aja ;)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE