Kembara dari KL ke Genting Highland Bersama Anak-Anak Dengan Pengangkutan Awam

by - Tuesday, September 15, 2020

Kembara dari KL ke Genting Highland Bersama Anak-Anak Dengan Pengangkutan Awam | Weekend baru-baru ni kitaorang bercuti kat Genting Highland - weekend getaway. 

Kitaorang gerak dari Kuala Lumpur hari Khamis. Hari Ahad kembali semula pulang ke rumah. 

Yang menariknya, kitaorang pergi Genting Highland naik pengangkutan awam, start bertolak dari rumah hingglah sampai di Stesen Bas Genting Highland 😊. Aku sorang-sorang dengan 2 orang anak masa tu - Kakak Fl dan Leeya. En.suami dah ada kat Genting awal-awal lagi. Bertabahlah mommy kembara dengan dua orang anak. 

I was survived. Penant giler you all, duk melayan 2 orang anak yang sangat cheeky. Hari Jumaat tu aku qado tidur kat hotel 😁. 




 Kenapa tak ikut en.suami pergi Genting sama-sama?
sebenarnya en.suami ada meeting di Genting Highland sejak hari Rabu. Sebelum tu dia outstation ke Johor Bharu. So, nak dekat seminggu kitaorang tak jumpa dia. Balik jer dari Johor, dia terus drive ke Genting Highland. Aku tak boleh ikut ke Genting hari Rabu sebab Kakak FL ada kelas English hari Khamis petang. 

Kelas English tu tak boleh replace hari lain. Kalau tak datang, burnt la duit  yuran hari tu. Kelas english tu Seminggu 2 kali - Selasa dan Khamis. Yuran sebulan RM 470. Kalau tak datang, rugi la bayar duit yuran. 

So, nak tak nak terpaksalah kitaorang pergi Genting lepas Kakak FL habis kelas English. Kelasnya habis Jam 6.30 petang. 

Tiket bas En.uami dah beli siap-siap kat Online dengan easybook.com . Kitaorang terpaksa ambik bas yang paling last sebab takut tak boleh sampai awal. Kitaorang naik bas GoGenting.

Dari KL ada 3 stesen bas yang sediakan perkhidmatan ba ke Genting Highland :
1. Kat TBS - Terminal Bandar Tasik Selatan
2. Kat One Utama
3. Kat KL Sentral

Antara tiga-tiga tu cuma KL Sentral jer yang ada bas malam. Kalau kat TBS, bas paling last Jam 5.30 petang. Harga tiket bas ialah RM 19.00 seorang. Harga tu termasuk sekali dengan harga tiket cable car ke Genting Highland. 

Bas ni berhenti di Stesen Bas GPO - Genting Premium Outlet. 

Lepas Kakak FL habis kelas english, aku terus pecut drive pulang ke rumah. Sampai je rumah, aku terus solat Maghrib dulu. Then, terus book Grab Car. Grab pulak cepat giler sampai. Tak sempat aku nak minum air sekejap 😂. Punyalah rush nak naik grab, sampai aku terlupa nak pakai kasut. Last-last pakai jer lah selipar naik Genting Highland 😂. Aku naik grab untuk ke Stesen MRT.

Beg semua aku dah siap-siap letak kat luar rumah. Dari rumah ke Stesen MRT dalam 10 minit. Kebetulan hari tu hujan lebat, so lambat sikitlah trafik. 

Sampai je di Stesen MRT, cepat-cepat beli tiket dan naik ke Platfrom tunggu train. 

Ni tengah tunggu Train MRT

Dari Stesen MRT ke KL Sentral ialah 1 jam. Kitaorang kena tukar train kat Stesen Pasar Seni untuk ke KL Sentral. Sampai je di KL Sentral, cepat-cepat pergi toilet tukar diapers Leeya dan sesi menyah toxic dalam badan 😂. Pastu cepat-cepat beli makanan kat McDonald - hanya mampu tapau jer. McDonald jer yang paling cepat dapat makanan ketika itu, so aku mampu beli itu je la.  Masa tu aku rasa macam tak boleh nak tunggu walaupun hanya 5 minit 😂.

Pastu kitaorang berlari turun ke Platform Bas sebab masa tu jam dah 9.25 malam. huhu. Ikutkan jadual Bas jam 9.30 malam. 

Masa tu aku rasa penat sangat sebab kena dukung Leeya. Kalau biarkan dia berjalan sendiri, lambat sangat. 

Sambil dukung anak dan berlari, korang rasa apa??? Hahahahha. Bertabahlah mommy dengan bawak begpack yang agak berat.

Nasib baik Kakak FL sangat-sangat membantu dan memahami. Walaupun umur dia baru 6 tahun, tapi dia sangat understanding  dan behave je all the way. Cuma Leeya la yang selalu melayan perasaan dia sendiri, sebab dia belum mengerti. 



Dia buat train tu macam dia punya rumah jer 😞

Kat KL Sentral tu, platform tunggu bas kat bawah. Kat tempat bas ke LCCT dulu-dulu. Hari tu aku ke situ, betul-betul menggamit kenangan lama dulu yang selalu berkejar ke LCCT naik RedBus dari KL Sentral. Sekarang tempat kat bawah tu dah tak macam dulu lagi -lengang dan sunyi, dah tak happening macam dulu-dulu. Aku rasa agak-agak ada kot lebih dari 10 tahun dah aku tak turun bawah tu. 

Nasib baik bas tak sampai lagi. Bas kebetulan sampai lambat sebab terlekat dalam jem. Jem sebab KL banjir kilat hari tu. 

Sementara nak tunggu bas, makanlah dulu. Tempat duduk langsung tak ada. So, terpaksalah duduk atas lantai jer. (Backapcking style memang macam ni ye anak-anak 😂)


Perjalanan naik bas ke Genting Highland 45 minit jer. Driver bas tu bawak agak laju. 

Sampai di Genting - kat GPO, terus tunggu en.suami kat Lobby GPO. Dan kitaorang terus ke Hotel.

Ni gambar kat GPO, baru turun bas. Wajib ambik gambar sebagai kenangan terindah - menandakan kitaorang berjaya kembara dengan public transport dari KL ke Genting Highland 😂. 

Tengok rambut masing-masing pun dah serabai 😂. 

Tengok face mask mommy dah senget-benget dah. Bahu pun senget sakit dah masa tu 😂. Jenuh nak melayan toddler seorang. Kalau kena bawak anak kembar tak tahulah macam mana 😂. 


En.suami habis kerja di Genting tu hari Jumaat. So, kitaorang sambung cuti ke Terengganu sampai hari Ahad 😊.

Well, ini langkah pertama untuk mengajar anak-anak kembara backpacking 😊. Tapi aku rasa belum mampu untuk aku backpacking bawak Leeya keluar negara. Dalam negara ni pun dah semput 😂. Tunggu diaorang semua dah besar dulu baru boleh Travel Backpacking 😊.


You May Also Like

2 comments

  1. tabahnya sis! kalau saya, tak mampu rasanya hahaha

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dua beradik dgn uminya coti2 kat GH

    ReplyDelete