'Mommy, Baby Boy Nama Apa?'

by - Thursday, October 01, 2020

 Kakak FL teringin sangat nak dapat adik lelaki.  Kakak FL yang punya imaginasi tinggi. Dia sellau fikir tentang hari future instead hari sekarang. 

So, disebabkan dia nak sangat Adik Lelaki, dia selalu lukis gambar family 5 orang - Mommy, Abah, Kakak, Leeya dan Adik Boy. 

Dia siap bayangkan lagi bilik adik boy nanti macam mana, nak beli toys apa, nak beli bedsheet gambar apa, nak beli beg skolah yang macam mana. Aihh! Futuristik sangat tu kakak oi. 

Semalam aku dan en.suami terkejut monyet - dia tanya soalan yang betul-betul 'ou of the box' , soalan yang tak disangka-sangka. 

Dia tanya soalan ni masa tengah lepak tengok TV - 'Mommy, nanti baby boy kita nama apa?'

Fuhh! Terus aku tergelak dia tanya soalan tu. Ayah dia pun sama, terus tergelak. Addoooiii la, boleh pulak dia fikir soalan ni. Padahal mommy tak pregnant pun. Langsung tak ada embryo lagi dalam perut mommy ni. 

Pastu terus aku jawab : "Kakak, dalam perut mommy tak ada baby lagi la".

Kakak FL : "Yer, nanti-nantilah kalau kita ada adik boy, mommy nak letak nama apa?".

Mommy : "Awalnya la kakak fikir".

Kakak FL : " Takpelah fikir awal-awal, nanti senang tak payah nak fikir lagi nak letak nama apa".

Fuhh! Jawapan dia, macam mommy bercakap dengan teenager pulak rasanya. 

Kakak FL : Nur Farah apa mommy? (Sebab nama dia dan Leeya ada Nur Farah 😅).

Mommy : " Nanti mommy fikir" 😅. 

Kakak, kakak. Banyak kali jugak soalan-soalan dia berpeluh mommy nak menjawab 😅.


(Ini gambar masa PKP hari tu. Mommy bagi reward beli cupcake - reward sebab dapat keluar rumah setelah berbulan-bulan duk terperuk kat dalam rumah 😅).

You May Also Like

10 comments

  1. kalau lelaki tak bolehlah letak Nur Farah kat depan sayang...hahahah comel

    ReplyDelete
  2. Wau laju si kakak berfikir...kekekeke

    ReplyDelete
  3. gud girl kakak, teringin adk boy yer, aunty nak adik girl lak ni. hihi

    ReplyDelete
  4. Semoga tercapai impian FL nak dapat adik Boy ye.

    ReplyDelete
  5. mana2 pun boleh janji sihat yer keduanya baik mak dan anak ....

    ReplyDelete
  6. semoga impian kakak tercapai ...amin aminnn

    ReplyDelete
  7. kakak tak sabar yer.. hehe.. in syaa allah.. teruskan mintak yer

    ReplyDelete
  8. Bgus. Fariza pun takde tanya pasl adik.. Hahahaa.. Semoga tercapai.. Hehe

    ReplyDelete