Hari Pertama Sekolah Darjah 1 Tahun 2021

 Hari Pertama Sekolah Darjah 1 Tahun 2021.

Tahun ni Kakak FL masuk Darjah 1 macam yang aku selalu update kat entri-entri sebelum ni. 

Memang excited mommy anak masuk Darjah 1. Dah berangan-angan hari first day nak antar kakak FL pergi sekolah , pastu nak tunggu sampai petang. 

Last-last terpaksa menghadap TAB sebab sekolah online jer. 

Takpelah, inilah dugaan. Apa yang dirancang tak selalu menjadi sebab perancangan Tuhan lagi Maha Hebat. 

So, inilah gambar hari pertama Kakak FL masuk sekolah hari tu (20 januari 2021). 

Hari first kita pakai uniform sekolah, barulah feel dah masuk big school. So, ada lah juga gambar kenangan untuk dimuat naik dalam album nanti =)). 

Minggu ni minggu orientasi jer. Cuma 2 jam kelas jer. 9 am - 11 am. Next week baru belajar ikut subjek. 

Ni gambar hari ketiga persekolahan. kakak FL belajar guna Microsoft Teams. 
Tab holder tu beli kat IKEA. Meja dan kerusi belajar tu Mommy punya masa buat PhD sebelum ni, pun sama beli kat IKEA. Dah 10 tahun usia perabot tu. Masih kekal cantik sampai sekarang. 


Ni kelas tambahan matematik sebelah petang. Kakak FL masuk kelas Mental Arithmetik sejak awal tahun 2020. Sekarang kelas semua ONLINE. 

Norma baru untuk Kakak FL sekarang - pagi belajar online sekolah rendah, petang pulak belajar online kelas matematik. Malam boleh rehat. Sabtu Ahad free, boleh rehat puas-puas. 

Kakak FL ada tambahan kelas art dan english, cuma masa PKP ni kelas dihentikan dulu. Ada jer kelas online, tapi aku tak prefer dia belajar ONLINE. Takut pack pulak nanti masa dia sebab jadual sekolah rendah pun banyak jugak kelas - pagi petang. So, bagi dia fokus dulu sekolah rendah dan kelas math. 

Alhamdulillah kami ada akses internet yang kuat dan gajet yang ckup yang membolehkan Kakak FL dapat belajar dengan tenang. Syukur sangat. Tapi aku kesian tengok parents yang tak berkemampuan. Memang kesian sangat-sangat. Baguslah usaha-usaha Ustaz Ebit Liew dan Ustazah Asma tolong berikan anak-anak asnaf TAB percuma. Semoga Allah merahmati manusia-manusia yang hebat ini supaya diaorang dapat bantu ramai orang-orang susah dan miskin. Amin. 

Comments

  1. semoga anak-anak akan kembali menikmati pengalaman kembali ke sekolah secara bersemuka seperti kelazimannya, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITu lah, kesian diaorang. harapnya dapat lah sekolah macam biasa semula nanti

      Delete
  2. belajar rajen rajen ye kak FL :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk doa itu nard. semoga Kakak FL berjaya dunia dan akhirat. Amin

      Delete

Post a Comment