Petua Ustazah Asma Harun Menjadi!

 Petua Ustazah Asma Harun Menjadi!

Kakak FL dah umur 6 tahun . Tahun ni genaplah dia berusia 7 tahun Jun nanti. Dah besar kan? 

Kejap jer rasa , macam baru semalam mengandungkan dia. Tup-tup dah masuk darjah 1.

Tahun-tahun lepas, aku geram dengan Kakak FL ni. 

Kalau mommy suruh apa-apa, lambat betul nak buat, atau tak buat langsung. Ayat dia - 'Kejap mommy, jap-jap'. Jap-jap tu last-last tak buat. Last-last mommy yang kena buat. HUH!.

Bila tak ada maid, memang kita mak-mak kena buat banyak kerja rumah kan. Kalau anak-anak tolong rasa ringan sikit. En.suami aku selalu tolong , Alhamdulillah!. Tapi kalau dia sibuk, jam 12 malam baru balik rumah. So, tak kan nak suruh dia tolong jugak kan? Kesian la dia penat-penat cari rezeki, balik rumah mestilah nak rehat.

Pastu Kakak FL ni, kekadang melawan juga. Bila mommy cakap apa-apa, ada lah jawapan dia 'itu-ini'.

Aku boleh bersabar, tapi kadang-kadang tak boleh bersabar juga. Tapi tak kan nak biarkan peranagi dia tu macam tu sampai dia besar. Tak Boleh!. Dari sekaranglah kena didik dia betul-betul, contohi akhlas Rasulullah saw. 

Itulah benda yang merisaukan aku pasal Kakak FL ni - pasal akhlak dan adab.


Tahun lepas ALLAH makbulkan doa aku -dengan cara Allah gerakkan hati aku untuk follow Ustazah Asma Harun kat sosial media. 

Dan salah satu petua Ustazah Asma share kan untuk anak-anak kita menjadi anak soleh dan anak solehah ialah dengan - 'Amalkan baca Surah Al-Saffat, Ayat 100". Jadikan Ayat itu sebagai zikir harian kita dan bacakan pada anak-anak. 

Selepas beberapa bulan aku amalkan baca doa tu, Alhamdulillah! Kakak FL sekarang sangat-sangat ikut cakap mommy. Dah tak melawan, dan terus je buat apa yang mommy suruh. Memang miracle!


Baca post ni nak tahu doa tu -  'DOA SUPAYA ANAK-ANAK MENJADI SOLEH SOLEHAH'.


Comments

Post a Comment