PKP Lagi?

by - Tuesday, January 12, 2021

 Semalam YAB Tan Sri Perdana Menteri dah umumkan yang Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan PKP - Perintah Kawalan Pergerakan, sama macam Mac tahun lepas. 

Errrmm..

Takpe. 

Hal ni telah dijangka kan. 

So, keep calm dan terima keadaan ni dengan redho. 


Masa PKP ni, bolehlah aku ganti puasa sampai habis. Dan bolehlah solat jemaah dengan en.suami 5 waktu sehari macam tahun lepas. Boleh lah khatam Quran (InshaALLAH). 

1. Mula-mula , PLAN dulu apa yang nak dibuat sepanjang 2 minggu PKP ni (Ye ke 2 minggu, rasanya extend sampai 3 bulan kot 😅). 

2. Lepas tu, buat jadual untuk seisi keluarga. 

Tahun ni first year Kakak FL masuk sekolah rendah. 20hb ni start belajar online?? Online apakah?? Bisakah Kakak FL belajar Online?? Errrmm... Kita tunggu dan saksikan jer macam mana nanti 😅.

Kelengkapan sekolah semua dah beli, buku-buku dan alat tulis dan uniform dah habis beli semua, tapi last-last tak sekolah. Errmm.. Takpelah, kita redho. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Stay positive OK.

Hari Sabtu hari tu pergi IKEA beli barang .


Semalam pergi IKEA lagi sebab ada barang yang terlupa nak beli. 

So, bolehlah buat projek decor dan susunatur rumah masa PKP ni 😊.

Last but not least, banyakkan baca surah al-Kahfi dan amalkan baca Surah al-Mathurat setiap hari. Amalkan, and you will see the miracle. 

Hopefully, cepatlah virus covid ni hilang. Stay safe everyone. Jangan lupa pakai face mask, sanitize tangan selalu dan kekalkan jarak sosial.

You May Also Like

8 comments