Label Buku Sekolah Anak Sekolah Rendah

by - Friday, March 05, 2021

Label Buku Sekolah Anak Sekolah Rendah.

Sekarang ni kan dah start sekolah, so sekarang Kakak FL banyak guna buku tulis. Buku Teks dan Buku Latihan beum guna lagi sebab sekarang ni masa belajar guna Modul Transisi. Modul Transisi tu ada buku khas yang Pihak Sekolah berikan pada setiap murid Tahun 1. 

Masa PdPR hari tu, Kakak FL bagitau dia susah nak cari buku. Nak kena belek satu-satu buku untuk mencari buku tulis bagi subjek tertentu. 

So, mommy pun terfikir untuk buat label bagi setiap subjek di bahagian atas buku tulis tu. Senang nak kenalpasti buku bai setiap subjek.

Bila aku 'Google', ada yang buat label guna 'colour coding' mengikut jadual kelas. Maksudnya, kalau hari Selasa guna code warna 'Merah', semua buku yang digunakan pada hari Selasa, akan ditampalpsticker warna merah. Aku tak prefer dengan cara tu, sebabnya nanti buku-buku nampak semak. Sebabnya 1 subjek tu bukan 1 hari je belajar. Ada banyak hari yang belajar subjek yang sama. Contohnya kalau subjek Bahasa Melayu, ada 3 hari dalam seminggu akan belajar BM. So, nanti buku-buku Kakak FL akan semak dengan pelbagai label warna pulak. 

So, aku rasa cara ni sangat praktikal untuk Kakak FL dan buku-buku pun nampak bersih. 

Aku ada juga nampak kat Google orang guna sistem fail. Contohnya 1 subjek kan ada 3 buku - buku teks, buku latihan dan buku tulis. So, lebih senang letak dalam fail. Nanti ambik je fail dan masukkan ke dalam beg sekolah. Tapi untuk Kakak FL, cara ni tak praktikal. Nanti aku dah etak cantik-cantik dalam fail, bila sampai sekolah, dia punggah semuanya letak je dalam beg πŸ˜…πŸ˜…. Aku dapat agak dah, nanti mesti dia kata 'susahlah nak cari mommy kalau dalam fail'πŸ˜…πŸ˜….

Seorang ibu, dah kenal sangat perangai anak-anak. So lebih baik aku buat cara macam ni. 


So far, bila buat label buku macam ni dia cakap OK, senang dia nak cari buku. Tengok jadual kelas, cari buku dan terus masukkan dalam beg.

Bila buat untuk buku tulis, aku buat sekali untuk buku teks dan buku latihan sekali.So, nanti Kakak FL cuma baca label subjek tu je kat tepi buku. Senang untuk dia kenalpasti.


Aku buat label ni guna kaedah konvensional. Buat kat Microsoft Word, then print atas kertas A4 biasa, pastu gunting , kemudian tampal kat atas buku. 


Alhamdulillah, sampai sekarang Kakak FL happy dengan cara macam ni. Nanti kalau rasa tak praktikal, kita ubah guna cara lain pula😊.

 

You May Also Like

7 comments

  1. Walaupun simple tapi memudahkan anak, senang kerja dia

    ReplyDelete
  2. rajinnya kakak bersemangat urus buku2nya

    ReplyDelete
  3. Senang nak cari buku bila ada label.

    ReplyDelete
  4. tentu mudah dan bersemangat nak uruskan buku2 dia

    ReplyDelete
  5. tq for sharing.
    tgh berkira-kira juga nak buat labelling untuk setiap subjek :)

    ReplyDelete
  6. Tu la, label ikut mana anak senang kan..

    ReplyDelete