PhD Motivation

by - Monday, March 15, 2021

PhD Motivation .

Hari ni aku dapat berjumpa dengan kawan aku yang tengah buat PhD kat UPM dalam bidang Chemical Engineering. 

Dia buat Science Research, to be exact Quantitative Research , tentang DENGGI. Iaitu kajian tentang racun yang digunakan untuk membunuh nyamuk aedes. 

Memang sangat-sangat jauh beza dengan bidang kajian aku. Aku dulu buat pasal sains sosial - kajian tentang Perumahan Mampu Milik Untuk Golongan M40.

Dah lama plan nak jumpa dan discuss, tapi baru hari ni dapat 'waktu' untuk bersama. 

Dia jumpa aku bukan untuk discuss pasal kajian dia, sebab aku sendiri tak ada knowledge tentang chemical engineering, apatah lagi nak tahu pasal nyamuk dan denggi. 


Tapi aku dapat mendengar luahan perasaan dia. Macam mana dia struggle untuk siapkan tesis ni, dengan bermacam-macam cabaran yang sedang dia hadapi waktu pandemik PKP ni. Fuhh! Beratny dugaan dia. 

Buat PhD memang susah. Susah sangat. Macam-macam dugaan datang bertimpa-timpa. Lepas satu-satu. Yang mana kita semua pun tak expect semua tu akan berlaku masa mula-mula sambung belajar, kan? 

Sebab tu , orang yang belajar atau menuntut ilmu ni, Allah janjikan ganjaran mati syahid. Dapat pahala Syahid kalau meninggal dunia masa tengah menuntut ilmu ni. Sebab dia punya susah dan struggle tu, Allah je Yang Tahu dan yang pernah buat PhD jer yang faham. 

So, sebab tu, we need a great circle or a good companion to keep us motivated. So, we do need someone to remain persistent adn stay focus on our study. 

Bila buat PhD ni,bijak macam mana pun seseorang tu, tak menjamin dia boleh grad. Tapi preseverance is the key to success. 

Yess.. PRESEVERANCE. Dan 'determination' untuk terus berjuang sampai ke garisan penamat, bukan semua orang ada kekuatan tu. Apatah lagi untuk seorang ibu yang ada anak-anak yang masih kecil, at the same time nak siapkan tesis, pastu pulak terpaksa mencari side income sebab nak sara hidup. Bukan senang tau nak juggle semua tu dalam 1 masa. 


Syukur Alhamdulillah, Allah mempertemukan aku dan dia agar aku tidak lupa diri. Agar ilmu dan pengalaman yang aku ada dapat aku berkongsi dengan rakan-rakan yang lain untuk membantu insan lain yang memerlukan bantuan. Bantuan untuk keluar dari cabaran pengembaraan ilmu yang berliku-liku.

So, that's why, we need someone to talk to, someone yang boleh mendengar masalah kita, someone yang boleh motivate kita untuk teruskan perjuangan, someone yang boleh bagi kita kekuatan dan someone yang boleh guide kita untuk siapkan tesis ni. 

Sebaik-baiknya, Supervisor adalah sebaik-baik teman yang kita boleh share semuanya. Tapi realitinya tak semua supervisor yang sudi menjadi 'telinga dan mata' kita kan? Betul tak?  Macam- macam kisah SV-Student yang aku dengar. Ada yang positif, ada yang negatif. Tapi itulah asam-garam dunia akademik. 

Kita yang pilih jalan ni. Kita yang pilih untuk sambung belajar. Dan kita yang buat keputusan untuk mengabdikan diri kita pada ilmu. So, segala onak dan duri dan segala pahit maung perjalanan buat PhD ni, kita tempuh je.

Ganjaran dan kemanisannya ada tersedia nanti bila dah habis VIVA kelak😊😊. Masa tu tak payah cakap lah betapa leganya hati yang selama ni resah gelisah. Hanya air mata kegembiraan sahaja yang akan menjadi saksi kejayaan yang kita sendiri lakarkan 😊. 

Jadi, bersabarlah wahai sahabat sekalian. Memang sangat getir cabaran buat PhD ni. Carilah teman yang dapat menjadi pembakar semangat kita untuk teruskan perjuangan hingga ke titisan terakhir Usah give up. Jangan berputus asa. 

Tika ini tiada apa yang indah melainkan hanya yang suram belaka. Tapi percayalah, SINAR KEINDAHAN tu akan tamat jua nanti.


Untuk sahabatku. Aku tahu kamu kuat. Kamu mampu menghadapi segala cabaran pengembaraan ini. Cuma sedikit usaha dan tawakal yang diperlukan untuk mengharungi hari-hari yang berbaki ini. InshaAllah , ada cahaya terang yang berkilau nun di hujung terowong. Bersabar ya dan mohon pada Allah untuk membantumu hingga ke noktah terakhir 😍. 


If you are a MOM who coping with Phd or Master Degree right now and need someone to talk to, need a guidance or even need a companion to motivate you in this PhD struggles, come to me. 


Email me at dorsett.pink14@gmail.com . I'll be your listener 😊. 



Sesi coaching hari ni kat Caffe Chouettelate Premium Coffee, kat Seksyen 7, Bangi. 


Satu deret dengan MPWS. Kalau korang buat PhD atau Master, mesti tahu MPWS ni 😊.

You May Also Like

9 comments

  1. akak mmg tabik org yg sambung buat PHD ni..
    nak kena buat tesis, bukan calang2 pengorbanan...
    pape pun semoga yg baik2 aje k...

    ReplyDelete
  2. Wak salutelah orang2 yang boleh buat PHD ni.
    Wak dulu amek SPM pun tak lepas.

    ReplyDelete
  3. moga capai pengakhiran indah berkat gigih n tabah

    ReplyDelete
  4. Orang nampak masa belajar memang seronok tapi orang tak tau perit jerih orang yang melaluinya

    ReplyDelete
  5. Tabik spring to all mommies out there yg struggle utk complete their Phd. May Allah ease their journey.πŸ₯°

    ReplyDelete
  6. Kita yang amik degree ni pun rasa dah lelah, ni pulak phd..hehee..Semoga kawan dp dapat selesaikan phd denagn baik

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah ada support system yang baik :)

    ReplyDelete
  8. gudluck utk kawan phd tuuh.. aminn

    ReplyDelete
  9. teringin nak belajar tinggi2...

    ReplyDelete