Lunch and Dinner Using Bento Set at Hilton Hotel, Kuala Lumpur

 Lunch and Dinner Using Bento Set at Hilton Hotel, Kuala Lumpur.

Masa aku stay kat Hotel Hilton hari tu, aku makan kat dalam hotel sebab tak keluar. Ada keluar pergi Bird Park kat Taman Botani Kuala Lumpur, tapi kejap jer, lepas habis pusing terus balik makan kat hotel. 

So, aku makan lunch dan dinner kat hotel.

Sekarang ni makan buffet kat hotel, dah tak macam conventional buffet yang selalu kita tengok tu. Sekarang hotel serve makanan dalam Bento set. So, pilihan makanan cuma apa yang diberi jer lah. Dan terpulang nak makan kat restoren atau buat balik bilik. 

So, kitaorang makan kat bilik. Senang nak bersilat dengan anak-anak. 

Kalau breakfast, masih ada buffet macam biasa cumanya staff hotel yang serve untuk kita. 


Inilah bento nya. Ini makanan masa lunch. 


Setiap bento box, ada tertera menu makanan dalam box tu.



Packaging yang sangat indah. I suka... Masa makan tu, teras pulak macam makan makanan Air Asia kat atas flight AA dulu-dulu (rindu nak naik flight...huhu). 



Ini makanan untuk dinner hari tu. Indian food.


Sebabkan kari tu pedas, so, anak-anak aku makan nasi dengan serunding ni. Nasib baik bawak Serunding Royal Floss ni sekali. Ada jugak back-up. 


Ni makan serunding dengan roti bila lapar. 

Serunding ni sedap giler. Kakak FL suka sangat. Aku memang selalu banyak serunding ni kalau bercuti dalam negara atau keluar negara. Kiranya ni makanan wajib untuk aku sekeluarga bila travel. Dah lama dah aku makan serunding ni. Sebab rasa dia sedap, tak masin tak manis sangat, sebab tu aku setia dengan SERUNDING ROYAL FLOSS ni.

Kalau korang nak beli serunding ni boleh beli kat website - www.serundingdelivery.com



Walaupun gambar ni tak cantik, tetap jugak aku nak letak sini. Sebagai kenangan abadi kelak. Tu muka teruja Kakak FL bila nampak ada surprise box kat atas meja. Dia masuk bilik jer, terus nampak ada BOX BIRU BESAR ni atas meja. Manalah tak terkejut. Aku pun teruja. Rupanya en.suami yang belikan.


Lepas habis makan, letak kat luar bilik. Nanti housekeeping datang ambik. 


Makanan sedap. Staff Hilton pun semua friendly. Walaupun bercuti, tapi SOP tetap terjaga. Terbaiklah Hilton. InshaAllah boleh repeat lagi stay kat sini lagi nanti. 

Comments

  1. Suka tengok Benton sebab dalam kuantiti yang comelnya semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka tengok dan suka makan Bento. Sebab comel . hihi

      Delete
  2. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  3. Hilton best...!!
    Slalu buat promo best-best....

    food tu tetiba fefeling makan dalam flight plak hahaha

    ReplyDelete
  4. One of the things that make us happy to stay at this kind of hotel is their hospitality. How they treat us make us feel special right?

    ReplyDelete
  5. Bagus dia hntr maknn dengan box mcm tu..sedap tengok lauk tu

    ReplyDelete
  6. Kalau ada pilihan makan kat bilik baik makan kat bilik. Tak rushing.

    ReplyDelete

Post a Comment