Kesan Sampingan Vaksin Astrazeneca 1st Dose

by - Thursday, May 27, 2021

 Kesan Sampingan Vaksin Astrazeneca 1st Dose .

Semalam kan orang semua duk battle berebut nak register untuk dapatkan vaksin Astrazeneca kan. Sampai down lah server tu. Ye lah, serentak sekali 33 juta orang rakyat Malaysia duk hadap website tu, manalah tak jammed. 

Mungkin lepas ni, pihak MOSTI boleh fikirkan cara yang lebih baik dan lebih bagus untuk permohonan vaksin ni. Alhamdulillah! Dah ramai rakyat Malaysia sedar akan kepentingan vaksin ni. 

En.suami aku dah dapat vaksin Astrazeneca ni first dose sebelum Hari Raya hari tu. Dia apply masa first batch hari tu. Ni tengah tunggu 2nd dose pulak, katanya lepas 3 bulan. So, ni aku nak cerita pasal kesan sampingan yang dia dapat lepas kena vaksin. Setiap orang punya kesan sampingan yang berbeza -  tak sama. So, jangan expect kita semua akan dapat kesan yang sama. 


*****************************************************

Masa hari dapat vaksin tu, dia cakap smooth jer. Tak lama pun tunggu, sebab datang on-time pada waktu temujanji yang ditetapkan. Tak ramai pun dia kata sebab masing-masing dah ada waktu khas yang ditetapkan. 

Lepas en.suami cucuk tu, (Hari pertama) dia OK jer. Siap boleh keluar shopping beli barang rumah lagi. Tapi kami dah beli siap-siap panadol untuk standby takut demam. 

Hari ke-2 : Dia mula rasa tak sedap badan. Badan dan sendi-sendi jadi lenguh. Badan pun tak bermaya. So dia mampu rehat jer sepanjang hari. Langsung tak boleh buat kerja - nak bagi badan rest betul-betul. So, dia baring dan tidur jer sepanjang hari. Makan pun tak selera. Tapi tak demam tau. 

Hari ke-3 : Dia dah kembali normal macam sedia kala. Dah tak sakit-sakit badan. Tapi tak keluar rumah, berehat jer dalam rumah , supaya badan dapat rehat sepenuhnya. 

Hari ke-4 sehingga hari ni : Semuanya OK macam biasa. Langsung tak demam dan tak selsema atau batuk. OK Sihat jer. 

ALHAMDULILLAH! Everything was OK. Nanti aku update pulak lepas dapat 2nd dose nanti. 

You May Also Like

11 comments

  1. Betul tu setiap orang kesan nya berbeza.
    . Mcm kita alhamdulilah xde kesan2 yg teruk.. Demam pun tak.. Sihat alhamdulilah cuma hari ke 3 je sakit kt tmpt cucuk tu.. Mcm kebas sket tangan...

    ReplyDelete
  2. Okay la kalau x demam mesti rasa cepat penat

    ReplyDelete
  3. Allhamdulillah... smg dilindungi selalu...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. lain orang lain kesannya pada tubuh.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. semoga baik2 je..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah kuat ketahanan tubuhnya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. dlm battle tu berjaya dapat slot. skrg nerves nak kena cucuk. bukan nerves sebab vacsin tapi nerves kne cucuk hehehe

    ReplyDelete
  8. aku belum cucuk lagi. Dah register kat mysejahtera. Tapi tak respond apa apa lagi...
    ......
    Jom layari filem10minit.blogspot.com filem seram pendek

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this, will take note on that.

    ReplyDelete
  10. Kesan dia berbeza ikut badan yang terima kan.. Bagus juga buat perkongsian macam ini..

    ReplyDelete