Mandi Air Garam

in , , , by dorsett pink, September 27, 2021

Dah lama tak update blog ni - malas. 

Ada banyak jer cerita yang nak cerita kat blog tapi mood kelaut betul la.. Huhu. Langsung tak ada mood nak menulis. 

Tapi aku hari-hari update cerita aku kat Facebook. Korang follow jer FB page aku : @eyleentravel . Aku siap buat LIVE lagi kat situ. 

Kat BLOG ni, kena ada double kekuatan untuk update , kena makan vitamin rajinbanyak-banyak, baru kerajinan tu akan datang dengan mudah 😅.

To kick start, ni aku nak update pasal 'mandi air garam atau orang putih cakap - salt water bath'. Aku ada buat LIVE pasal salt water bath ni kat Facebook aku, korang boleh tengok kat @eyleentravel .

Sejak kita semua dah dibenarkan bercuti 16 September hari tu, aku dan family dah keluar dari kepompong dan menjalani rutin biasa kami  - pergi bercuti 😊.

Tak takut ke? Kami follow SOP betul-betul, pakai double mask dan jaga jarak sosial, serta tak bersentuhan dengan orang lain, pastu selalu sanitize tangan =)). 

Tapi kitaorang bercuti dalam Kuala Lumpur je lah dulu tak confident lagi nak keluar dari klang Valley ni.

So far, dah 2 tempat kitaorang pergi. Nanti aku share kat entri lain. Tapi dekat FB Page tu ada jer aku cerita, korang boleh tengok kat situ dulu. Kat Blog ni lambat sikit nak update. hihi.

OK, kalau bercuti kat hotel, aku suka ambil bilik yang ada bathtub. Sebabnya anak-anak aku suka main dalam bathtub (sebab rumah kitaorang tak ada bathtub) dan aku jugak suka berendam dalam bathtub ni mandi air garam =)). 

So, setiap kali pergi hotel aku wajibkan diri untuk mandi air garam. 


Inilah garam yang aku guna hari tu. Beli kat Guardian jer, harga RM 9.00 sekotak.


Anak-anak pun tumpang sekali berendam dengan mommy. Nak mandi air garam ni , letak air suam, baru rasa best.

Kenapa mandi air garam ? 

Mandi salt water ni dia kira macam terapi lah. Ini aku 'copy and paste' dari google : 

"The salt water treatment should especially be done when one experiences symptoms such as: 

  • Reduction in promptness
  • Inability to think
  • Excessive thoughts especially when they are negative in nature
  • Anger or any other extreme emotion
  • Stress
  • Any form of physical illness
  • Relieves achy muscles and stimulates circulation


Korang cubalha buat. Dia macam ala-ala terapi mandi ais. Lepas mandi, rasa lega dan feeling good =))

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. insyaallah ada peluang jumpa bath tub boleh saya cuba

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi mandi air garam ni
    Kalau mandi air laut selalulah

    ReplyDelete
  3. Ada beli garam Epsom ini tapi tidak guna. Hehe bersemangat guna semula apabila baca pos ini.

    ReplyDelete
  4. macam kita boleh buat rendaman kaki dengan garam, banyak manfaat jugak... epsom salt ni banyak kegunaan sebab ada jugak utk pertanian epsom salt ni

    ReplyDelete
  5. Belum pernah cuba lagi. Tapi memang pernah dengar sebab ada makcik PC dia cakap sesekali dia mandi air garam.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE