Travel :: Tukar Gambar Passport

in , by dorsett pink, November 06, 2015
FL akan travel tak lama lagi.... So, kenalah update passport kalau tak , tak lepas imigresen nanti sebab muka dia dah berubah.. FL buat passport first time last year, masa nak ke Melbourne.. Dah setahun masa berlalu, for sure muka dah berubah. Sebab tu kena tukar gambar even passport masih lagi valid. Passport dia kami buat untuk 5 tahun. So masih ada lagi 4 tahun.

Proses tukar gambar passport ni FREE jer, tak yah bayar sesen pun.. Hanya perlu bawak dokumen ni:

1. Gambar passport terbaru (background putih) - 3 keping
2. Sijil lahir anak - Original & fotostat
3. IC mak / ayah / penjaga - Original & fotostat
4. Isi borang tukar gambar... Borang ni ambik kat Pejabat Imigresen Bahagian Passport tu la.... 

** JANGAN LUPA bawak anak sekali... Ada kes Hamba Allah tak bawak anak sekali, dah jenuh nak kena balik umah pulak ambik anak...

Aku buat proses ni kat Pejabat Imigresen Putrajaya, located at Menara Ikhlas (depan Perbadanan Putrajaya). Masa pergi tu, aku tak bawak gambar passport sebab aku tak jumpa kedai gambar kat Putrajaya ni... Aku rasa sekarang ni, it's very hard to find photo shop. Sebab sekarang, orang dah tak tangkap gambar kat kedai dah, orang cuma hantar kedai untuk cuci gambar jer...

Dulu aku selalu pergi kedai gambar kat Presint 15 tapi sekarang kedai tu dah tutup. Dah lingkup agaknya... So, aku dah tahu kat mana lagi nak cari kedai gambar. Then, aku redah jer Pejabat Imigresen, Bahagian Passport tu. Dia cakap kena ambik gambar dulu. Then aku cakap la terus terang, aku tak jumpa kedai gambar... Pastu, dia cakap, ada kat bangunan sebelah (Bangunan Jabatan Imigresen), kat Tingkat 2... 

So, aku pun pergi lah ke Tingkat 2 bangunan sebelah tu , ambik gambar. RM15 utk 4 keping. Even kat situ pun, ada perkhidmatan fotostat & print surat.. So senang la kalau nak buat urusan visa (Malaysia) and permit kerja (bagi pekerja asing).

Aku tak perlu tunggu lama pun. Sebab tukar gambar ni kejap jer. Lagi satu sebab baby / kanak-kanak buat urusan di Kaunter Khas.. Khas untuk kanak-kanak.. So, cepat la... Tunggu 30 minit, passport dah siap.. Alhamdulillah...
Ini gambar yang paling latest... Masam je muka - muka mengantuk..

wefie kat Pejabat Imigresen

Taadddaaaa..... ni rupanya.. So, Sekarang dah dapat green light untuk fly... Lepas ni boleh lah gi travel lagi ngan mummy & daddy..




SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Baby memang cepat berubah jgn kata setahun 5-6 bulan pun dah lain.
    Cuma cute tetap cute kan... kakak suka tengok gambar budak-budak:)

    Nak terbang manalah pulak kali ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak terbang kemana? ahhahaha.. tunggu entry seterusnya

      Delete
  2. Dah email sekali lagi
    Wait and see whether you will receive it not..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zzakie.. dah dapat dah emel akak.. tahnk you.. and sorry sebab terpaksa bersusah-payah.. hehe

      Delete
  3. Travel lg dia Cikna ni smpi ke tua la xde passport,huhuu... Skunk ni mmg ssh nk jmpa kdi gmbr ritu wat gmbr passport rm12 utk 4pcs tanpa cd

    ReplyDelete
  4. WAH DH BESAR BABY DP MAKIN COMEL..NANTI KAK EMEL ALAMAT KAK YA...TQ DP.

    ReplyDelete
  5. wahhhh nak ke mana tu adik kecik comel..?

    ReplyDelete
  6. Intan..biasa kalau kita pegi buat passport mean kalau tukar passport baru yg dh tamat x perlu bawak gambar kan sbb terus ambil gambar semasa di kaunter BUT kalau nk tukar gambar..masih guna passport lama cuma perlu bring together gambar baru tu eh...pastu gambar baru tu dorang just lekat je atas passport lama tu

    ReplyDelete
  7. lagi satu berkenaan tempoh sah passport antarabangsa tu kan 6 bulan...6 bulan means kira dari tempoh berangkat or dari tempoh berangkat sehingga tempoh kita balik..

    mcm ni...katakan passport sis JM tamat 28 Jun 2017 then sis JM ada trip on 17 Dis - 26 Dis 2016...jadi tempoh valid passport 6bln tu di kira dari date pergi o date balik ..ke perlu tanya imigresen ;p

    ReplyDelete
  8. oooo...kat tkt 2 yg ada kafetaria tu ehhhhh....selalu g beli makanan jer kat situ...xpasan lak ada kedai gbr....sebelah kedai mamak tu eh DP....heheheh

    ReplyDelete
  9. Seronoknya FL nak travel lagi,..monyok muka tu sebab mengantuk ye :)

    ReplyDelete
  10. anak2 aida ada passport :)
    tapi x pernah travel oversea lagi hu hu hu...

    ReplyDelete
  11. hehe...comel aje muka dia dalam passport
    wah syok nya nak p travel adik cute =)

    ReplyDelete
  12. Hai, Intan! Hai, FL! Masih dalam mood cuti2 Jepun lagi ke :)

    ReplyDelete
  13. Salam hi nak tanya, ambil nombor dulu kat menara ikhlas ke better pergi ambil gambar siap2 baru ambil nombor ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam Melor,skrang ni dah tak perlu bawak gambar sendiri. Nanti masa apply buat passport, dia ambikkan gambar kita sekaligus masuk dalam sistem kat jabatan imigresen tu.

      But in case kalau untuk infant or baby kene bawak gambar sendiri, u pergi dulu ke kaunter ambik nombor dulu, sebab biasanya lama nak menunggu giliran tu

      Delete
    2. Melor, better bawak gambar pasport siap-siap dari rumah. I means pergi ambik gmbar hari lain, and pergi ke pejabat nak buat passport hari lain. Tak lah kelam bkabut nanti

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE