Friday, 25 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Selamat Hari Raya everyone.. Sekajap, muhasabah diri jap, jom kita bersyukur sebab kita selalu dapat makan daging lembu , daging kambing dan apa-apa spesis daging yang lain... Umat Islam yang kat Kemboja, Palestine , Hari Raya Haji ni lah dieorang baru dapat rasa makan daging.. Itupun sebab ada yang pemurah bagi sedekah daging.. Kalau tak, hanya mampu senyum tengok kemewahan orang Lain.. Huhu..

Kesian sangat... Aku terkesan sejak menjejakan kaki ke Kemboja tahun 2012 yang lalu.. Masa tu aku GI melawat Perkampungan Masyarakat Melayu Champa kat Phom Penh.. Naik tuk-tuk je pergi sana.. Driver tuk-tuk tu orang Islam , nama die Oya.. Die bawak kami pergi umah dia.. Ayah dia Imam kat kampung tu.. Tengok keadaan umah dieorang & sekolah dieorang... Aduuusss.. Tak dapat aku bayangkan betapa beruntungnya kita duduk di Bumi Malaysia ni... Masa tu aku berkenalan dengan semu ahli keluarga dia... Dieorang cerita la macam mana kehidupan Masyarakat Melayu Champa ni.. Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.. Baju-baju yang dieorang pakai, orang Malaysia yang sedekahkan..Tak mampu nak beli baju sendiri..Hari-hari makan ubi, Tempe, kalau ada rezeki lebih sikit dapat makan ikan atau ayam.. Setahun sekali baru dapat makan daging...

Since then.... Baru aku tahu, ramai lagi orang Islam atas dunia ni yang fakir & miskin... Kalau orang Malaysia cakap kat aku yang dia hidup Susah - aku terus katakan pada dia "sesusah-susah engkau pun, kau masih lagi dapat makan ikan hari -hari, makan daging berkali-kali dalam setahun, orang Kemboja tu dapat makan daging sekali setahun jer, tu pun sebab orang yang sedekahkan daging"...

Moral of the story, ibadat qurban ni sebenarnya nak menghargai jugak orang lain supaya turut sama menikmati nikmat Allah swt di atas muka bumi ni..

Jom kita muhasabah diri... Maaf zahir & batin u'oll...

5 comments:

  1. Selamat hari raya Aidil Adha :)

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut hari raya aidiladha :-)

    ReplyDelete
  3. ehehe ada lagi ke aidiladhanya ? ceq lambat lapor diri sini..

    ReplyDelete
  4. TQ semua for the wish.. sorry lambat datang reply

    ReplyDelete