Thursday, 31 December 2015

ByeBye 2015 & Welcome 2016

Assalamualaikum..
Hari ni hari last tahun 2015... Kejap jer masa berlalu..
Wishlist aku tahun 2015 (baca kat ENTRI ni) banyak yang tak tercapai.. Sob.. Sob.. sedih...
Tapi aku happy sangat sebab sepanjang 2015 aku hidup dengan bahagia bersama Little Princess FL & en.suami yang sangat-sangat penyayang...

Overall, aku sum up ikut header kat bawah ni...

Study (PhD)
Kalau korang follow blog aku ni, korang tahu yang aku ada masalah ngan main supervisor aku (SV). Boleh baca kat ENTRI ni... Aku ada masa sebulan je lagi (January) untuk aku teruskan pengajian aku atau kene TERMINATE (gagal) sebab aku kena seat for the exam paling last Januari ni. Tapi sampai sekarang aku masih lagi belum ambik exam tu (soalan exam SV kene buat and bagi pada student). So, korang dapat bayangkan tak, dengan kerja keras aku selama ni, study hari-hari , end-up aku kene tendang dari university sebab masalah "orang lain", bukannya berpunca dari diri aku sendiri..
So, aku berhajat untuk tukar SV dan sekarang dalam proses untuk tukar SV sebab aku dah memang langsung tak boleh nak bekerja dengan SV aku tu & langsung tak boleh dah nak "mengadap" dia. Bile teringat kat dia, hati aku jadi sakit sangat-sangat..  
Kononnya, tahun 2015 ni nak start analyse data.. hahaha.. Langsung ke laut.. Sebabkan SV aku buat hal tu.. Mana dapat nya aku nak concentrate dengan data dah kalau hari-hari Sv mintak write-up tesis yang PERFECT dengan langsung tak ada masalah GRAMMAR. (geraammm nya aku!)
Entri-entri pasal study aku , boleh baca kat SINI.

Sewing Project
Kalau baca wish list ni, aku target nak menjahit tahun 2015 ni. Tapi mesin jahit tak terbeli sebab en.suami tak bagi green light. Katanya, aku kena siapkan phd dulu (kene submit tesis dulu), baru die akan belikan aku mesin jahit. "Masa tu menjahit la aku puas-puas hatta tak tido pun takpe" , katanya...
Huhu... Pasrah je la si isteri ni.. Tapi ada baiknya juga, kalau tak nanti, study ke laut..
Tapi aku sempat la jugak buat nursing cover sendiri & buat instant shawl sendiri (ENTRI ni) , dua-dua aku jahit guna tangan.. hahahahha.. (gigih ko!)
Ni dia nursing cover yang aku buat sendiri
ni die instant shawl yang aku jahit sendiri


Travel
Tahun ni aku banyak bercuti dalam negara.. Cuti-cuti Malaysia. Tak ada sangat pergi oversea. Satu-satunya trip tahun ni pergi Osaka hari tu. Boleh baca kat ENTRI ni. Faktor utama sebab factor currency Ringgit Malaysia jatuh, so everything jadi mahal termasuk kos tiket kapal terbang.

Almost every month aku pi jalan-jalan pusing Semenanjung Malaysia. Sebab apa aku  pergi bercuti, boleh baca kat ENTRI ni..

Kenapa tak pergi Sabah  Sarawak?. Fyi, aku dah banyak kali ke Borneo tahun-tahun sebelum ni. So sebab tu tahun 2015 ni tak plan untuk ke sana.

Antara tempat (dalam Semenanjung) yang aku pergi tahun 2015 ni (dan siapkan entry publish kat blog, ada tempat yang aku tak sempat nak 'tulis'.. sorry) :

- Port Dickson
- Avani Sepang Gold Coast Resort
- Johor Bahru
- Banting, Selangor
- Langkawi
- Bentong, Pahang


Motherhood
Tahun ni FL genap 1 tahun masa Jun hari tu. Boleh baca kat ENTRI ni... How time flies too fast. Rasa macam baru je masuk labour room & penat "push" tak habis lagi.. hahhaha. (drama sangat ko!).. Sekarang umur FL dah 1 tahun 6 bulan. Dia exclusive breast feeding sampai umur 6 bulan (baca tentang My BF Journey kat ENTRI ni). And start umur die setahun, aku dah bagi die susu formula sebab demand die tinggi & supply aku kurang. Aku bagi die susu Pediasure sebab nak tambahkan kalori dalam badan die since die ni sangat-sangat kecik & kurus.. Berat die sekarang hanya 8.2 kg. Kecik kan?
However, die sangat-sangat aktif.. Dia start berjalan masa umur die setahun 3 bulan. Dia suka pergi hotel. Dia seorang yang observant, suka perhatikan orang (macam mummy die) and bagi aku die seorang fast learner sebab banyak benda yang dia belajar sendiri based on permerhatian die & bukan mummy or daddy yang ajarkan. Contoh macam solat, baca doa, lap air tumpah, assemble botol susu (sebab die pakai botol susu  MAM Anti-colic), jemur baju basah (baju dia je lah dia jemur), packing barang dalam beg kalau nak keluar, pakai baju sendiri, bukak nappy sendiri , letak baju kotor dalam basket, buang sampah dalam dustbin - semuanya die belajar sendiri based on pemerhatian die tengok mummy & daddy buat. Dia tengok sekali jer, terus die buat sendiri.

So much fun & the journey of mummyhood is really amazing. Although it is a little bit tiring but I enjoy every moment with her..


Finally, untuk 2016 pulak, aku tak tahu macam mana ngan life aku nanti. Maybe aku kurang update blog & blogwalking sebab nak concentrate kat study.. Almaklumlah dah 3rd year, target nya nak finish by September 2016 nanti tapi tak tahu la berjaya capai matlamat ke tak...

Or maybe aku kurangkan travel.. Tapi kalau tak travel, otak aku jadi 'cramp'...

So, entahla macam mana nanti. Tapi main focus tahun 2016 is STUDY, STUDY, STUDY and STUDY..
Happy New Year everyone !
Aku nak ucapkan terima kasih untuk semua yang baca blog aku, silet reader or my loyal follower.. Aku hargai korang sangat-sangat tapi kadang-kadang aku tak sempat nak blog walking menjengah korang.. Sooo sorry for that.. Tapi korang jangan la "merajuk" ngn aku. Nanti kalau akau ada masa lebih sikit, aku visit korang k..

6 comments:

  1. Takut sikit bila saya baca pasal problems akak dengan supervisor akak tu.

    p/s:Comelnya FL :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. 2015 penuh warna-warni buat Intan. Walaupun isu dengan SV tu memang buat stress. Nway, happy 2016! Moga tahun baru bakal menjanjikan 1001 momen lebih indah & bermakna :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. Sabar jelah dengan U tu.. semoga dipermudahkan segalanya. Kalau nak tempah busy book, whtsp sheila 0173863474. Insya Allah, mampu lagi nak buat sementara tak bersalin lagi hehehe. Tapi awak pandai menjahit. Kagum kita... bestkan tengok perkembangan anak ;)

    ReplyDelete
  4. semoga akak tabah mengharungi phd & dipermudahkan segalanya...g.luck!

    ReplyDelete
  5. aida wish good luck utk study ~ abiskan phd.
    moga semua berjalan lancar ye.
    aida ni this year baru la terasa nak apply further masters.
    in shaa Allah. nak pernah apply, tapi tak lulus. yes la, biasiswa jabatan kan.
    yg senior di utama kan :)

    ReplyDelete
  6. eee geram aih dgn si kecik tu.. posing kemain =)
    happy new year Kak DP.. murah rezeki selalu.. chaiyok2 siapkan PHD tu eeehehe..

    ReplyDelete