Monday bluesss...
Baru jer balik dari bercuti panjang.. Jalan maha Jem.. Tapi Alhamdulillah, aku plan balik ke KL hari Sabtu, so tak tempoh jem ngan orang lain... Cuti xmas panjang baru ni kami bercuti ke Hot Spring, Bentong kat Negeri Pahang tu.. dekat jer dari KL. Tak nak gi jauh-jauh sebab ta nak redah jem yang maha dashyat.. Best giler hotel tu  & kami pun pergi gak ke Kuala Gandah Eelephant Sanctuary, lawatan sambil belajar untuk princess FL... Tapi nanti-nantilah aku cerita  pasal percutian kiteorang tu..
 
****************************************************************************
 
Hari ni nak cerita pasal percutian ke Port Dickson, nak review pasal hotel yang aku menginap kat sana tempoh hari. Waktu kejadian : weekend sebelum weekend Xmas & Maulidur Rasul..
 
Hotel Thistle , Port Dickson. Actually, dah 2 kali aku stay kat hotel ni.. Tapi sebelum ni aku tak pernah lagi buat review pasal hotel kat PD ni, so kali ni nak up lah story pasal ni.. Sebelum ni, aku ada review Hotel Thistle kat JB, boleh baca kat LINK NI...
 
Sebab apa aku suka sangat stay kat Thisle? entah la, En.suami yang book kan, aku follow jer. Tapi maybe sebab layanan staff Thistle yang sangat-sangat friendly & sangat membantu.. Langsung tak sombong atau buat muka kelat kat customer.. And sebab facility kat Hotel Thistle ni best.. Gym die besar gedabak & sangat-sangat selesa untuk sape-sape nak 'kuruskan badan'.. And die punya swimming pool pun besar gedabak, selesa la nak swim bile crowd ramai. Tak ade lah crowded giler macam Hotel Avani Gold  Coast, Sepang (Tapi Avani pun best giler tau, boleh baca Review pasal Avani Gold Coast kat SINI).
 
Thistle PD ni tepi laut, so sape-sape yang nak main air laut, nak bersantai kat beach, boleh la jalan kaki ke pantai. Aktiviti sukan laut pun ada macam kayak, speed boat, banana boat.  
 
Ni main pool Thistle PD. Besar gerdabak. Kat hotel ni ada 2 pool. Satu main pool ni, and satu lagi pool kat tepi beach, yang tu kecik. But selesa untuk sape-sape yang nak kan privacy, jauh dari orang & boleh layan makan-minum kat café kat pool tu..
 
Setiap bilik ada balkoni...
 
 
 
Ni bilik aku..
Masa tu aku duduk kat ground floor. Punyalah banyak nyamuk, tapi staff hotel bagi 'ridsect' and die tolong 'spray' kan sekali + ada ubat nyamuk elektrik dalam bilik ni. So, bile malam tido tak terasa sangat la nyamuk menyanyi & gigit..

Kat dalam bilik ni, ada living room & 1 bed room (with king size bed).
Kat living room, ada 2 sofa.. memang selesa giler...

Ni bed room ngan 'make-up' room.
Ada 2 sink dalam bilik ni, so, tak ada lah nak berebut..

"Tak sabar nak gi mandi pool ni"...
Bilik kiteorang ni depan swimming pool,
so, keluar bilik je terus terpacak kat swimming pool

Sink ni kat dalam 'Make-up" room...
And pintu restroom room ni ada 2 entrance.
Satu belah sink ni & satu lagi kat main entrance bilik ni..
See, Nampak kan, dari 'sini' terus nampak pintu ke main door tu..
 
Ni restroom. Ada 2 pintu macam aku cakap tadi.
Pastu dalam shower room ni, ada 1 bath tub,
and ada 1 shower room (ada pintu gak), and 1 toilet (ada pintu gak)

 
Ni kids room...

Asyik die main bola. Tapi lebih asyik kalau dapat tengok orang 'coz she is an observer

 
  
Ni kids room - tempat mainan budak-budak

Die paling suka main air-air ni..
 
Pool for kids ade 2. Dua-dua ada 'slide' atau gelongsor..

OOTD..
Swim suit : From Schwarzenbach
Body Warmer : From Mothercare
Float : From Swim Trainer
 
 
FL with her swim coach..
hahhahahaha

Ni posing depan bilik...
Keluar jer pintu bilik terus terpacak kat depan pool.
I was wearing 'Ogival Muslimah Swimsuit'

Ni lah GYM die yang aku cakap besar gedabak tadi...
plus, gym ni sangat cool ngn music die & sangat Wangi.
Banyak giler treadmill die

Nak ber-yoga pun boleh kat sini. Siap ade gym ball lagi

Sape yang nak "buat badan", nak jadi abang sado,
boleh la guna semua bende alah ni

Ni lobi die. Besar

ni portable drying rack yang aku selalu bwak bile travel.
Sebab senang aku nak keringkan pingan-mangkuk yang basah-basah tu.
Dyring rack ni sangat ringan & travel friendly (memang dicipta untuk travel pun),
die jimat space sebab boleh muat dalam handbeg jer..
 
 
Ok, overall, bercuti kat Thistle PD ni sangat-sangat best.
Macam-macam facility die ada.
And ada padang golf jugak.
Golfer-golfer, this is a place for u as well.
And ada court tenis & boleh sewa basikal jugak..
Playground untuk kids pun ada..
Kalau sape-sape nak buat team building kat sini, pun ada jugak fasiliti untuk team building..
Pendek kata, lengkap la semuanya from top to toe...
 
** Very recommended..
 
Ok, that's all,
nanti aku sambung cerita pasal Jepun lak atau cerite percutian aku ke Bentong, Pahang recently..
Thank you for reading guys !
 
SHARE 12 comments

Add your comment

  1. ah bln 10 aritu stay kt sini..memang best..orang pon tak ramai..memang heaven la mandi tak berlaga-laga....
    tp xsempat nk bw anak2 main kt kids room..

    kite pon very recommended...

    ReplyDelete
  2. Cantik tempat ni DP..
    Boleh jugak akak menyinggah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. waaa.....sudah berubah wajah kah ini rumah???? cantikkkk hehehhe

    ReplyDelete
  4. kalau pegi PD selalu lalu jer hotel nih...lom de pernah lg try duduk situ....mcm menarik jerrr nihhh hehhehe

    ReplyDelete
  5. kids kalau dpt main air memang semangat.. kalau boleh tak nak naik langsung kan.. tp akak jarang pulak nak cuti ke ahah pantai timur ni.. maybe one fine day.. INSYALLAH..

    ReplyDelete
  6. Saya selalu klu ke PD, stay kat Ancasa je. Nanti boleh try la Thistle Hotel :)

    ReplyDelete
  7. salam kenal=)) saya pon orang teganu jugak.

    ReplyDelete
  8. Haah lah lengkap facilities dia, macam macam ada!

    ReplyDelete
  9. ni antara hotel CT plan nak bawak mak pergi nanti.. she needs a vacation..
    shes been holding in banyak benda.. dalam plan nak ke PD or anywhere la..

    sronok.. janji ada pool sbb CT nak terjun skali gak..

    ReplyDelete
  10. Suka baca review DP on hotels sebab lengkap! Dengan gambar facilities semua cukup. Thanks for sharing 😊

    ReplyDelete
  11. Bab staff siap tolong spray kan tu memang terrrbaik... hahahah

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE