Tuesday, 5 January 2016

Hotel Review :: Public Jam Hotel, Osaka

Sambungan dari entri INI..
Untuk lain-lain cerita pasal trip Kyoto- Osaka, boleh baca kat entri INI...

Kat Osaka hari tu, kami stay kat Hotel Public Jam. Rasanya hotel ni 2 star jer.. Tapi harga semalam kami bayar RM 500 semalam.. See, mahal kan... Dah namanya Jepun, semuanya mahal..


Yang best, hotel ni ada Wifi - itu MESTI !

Ada breakfast - Free of charge (breakfast included) tapi menu nye serve pork.. So, boleh makan roti jer.. Breakfast kat hotel ni dihantar terus ke bilik. Kul brapa nak hantar and menu apa yang kite nak makan, akan disahkan masa isi borang malam "menu breakfast" setiap malam.
 
Kami pilih hotel ni sebab dekat giler ngan subway station. Hanya jalan 500 meter jer, dah terpacak kat station tu - Station "Osaka - Hommachi". Ada 3 "subway line" yang stop kat station ni :

1. "Nanko Port Town Line" (Line warna Biru) - Stesen Y13
2. "Chuo Line" (Line warna Hijau) - Stesen C16
3. "Midosuji Line" (Line warna Merah) - Stesen M18


And plus, sekitar subway station ni banyak tempat shopping (ada kedai stationary jual washi tape & planner accesori - I like!, ada shopping mall, ada kedai gambar) & ada kedai runcit 'Lawson'. So, aklau nak beli apa- apa makanan or keperluan , boleh beli kat sini. Even kat dalam station subway ni pun ada shopping complex, so boleh jugak la mencuci mata buat window shopping sebelum naik subway..
 
 
 
Kat sekitar hotel ni pun, ada banyak lagi hotel-hotel 2 star lain yang setaraf dengan Hotel Public Jam ni jugak.. Sebab area ni memang area hotel budget & tempat penginapan. Tak salah aku, hostel pun ada jugak kat sini. Korang boleh google nanti..
 

Die lah orang yang paling sibung shopping itu ini..
Masuk kedai - ambik bakul - terus ambik barang
 

Bilik dia sangat fantastic.
Berbaloi la bayar RM 500 semalam..
 Katil king size..
 
This little pumpkin suka sangat tido atas kepala katil ni sebab kat umah mummy tak de bende alah ni. hahahaha
 
Bilik die besar sangat. Siap ada sofa & 2 bilik air..
Even hotel ni 2 star jer, tapi sabun, shampoo, hair dryer, towel semua disediakan..
Iron je tak de kat hotel ni, even house keeping pun tak de iron.

Ada bath tub and shower dalam bilik mandi

Siap ada karoke set lagi...

 
Receptionist

Kat hotel ni guna system cegini. Mana-mana bilik yang ada penghuni, akan menyala lampu kat "bilik" tu.. And mana-mana bilik yang tak ada penghuni, lampu tak menyala. So, sesape yang nak sewa bilik kat sini, kalau walk-in, just tengok jer mana bilik yang 'lampu tak menyala', and terus 'tekan' bilik tu kat skrin ni menandakan kita booking bilik tu and buat pembayaran di kaunter. Kat skrin ni ada tercatat harga semua bilik sama ada per hour atau per night.. 

 

Dari segi facility & dekat dengan subway station, aku recommend kalau sesape nak stay kat hotel ni.
Tapi kalau dari segi communication , NOT Recommended - communication out! Staff dieorang langsung tak reti cakap omputih.. Kami duk guna bahasa ayam itik je nak communicate or guna google translate kat hengphong...
 

 
Ok, that's all.. My honest review.. Till we meet again..

11 comments:

  1. tak reti omputih langsung ke...no wonder ada kekdah self-service booking bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza.. too bad kan langsung tak pandai english

      Delete
  2. nama lagi jepun kan. mana diorg nk pandang english. hehe. hotel yang saya stay pun tak paham omputih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada hotel yang tahu cakap English. even dalam train pun ramai dah Japanese yang dah pandai cakap omputih.. masa kami stay di kyoyo, dieorang fluent English...

      Delete
  3. *** Typo - Kyoto.. masa gi Tokyo dulu pun, staff hotel tahu cakap English... so for me, it is beyond my expectation when hotel staff in japan does not know how to communicate in English..

    ReplyDelete
  4. selesa sangat hotelnya tu tapi mahal juga..

    ReplyDelete
  5. Kemasan dan perabut dalamnya macam berbintang2... berbaloi dengan harganya...

    ReplyDelete
  6. Woah! Bilik dia macam bukan hostel 2 bintang pun :O

    ReplyDelete
  7. cantik bilik nyer.
    sgt selesa and mewah gitu.
    but tu la, communication plak teruk ekk :(

    ReplyDelete
  8. patut laa mahal ehehe.. cenggitu haaa biliknya kekeke..

    ReplyDelete
  9. Yelah...patut pun mahal, bilik punyalah mewah sampai ada bath tub gitu...

    Hihi...si kecik bukan main lagi kalau suruh soping ye!

    ReplyDelete