Friday, 26 February 2016

My life nowdays

Assalamualaikum..
Salam Jumaat
 
Aku dah lama tak update blog... Ni pun aku nak buat quick update , takut nanti blog ni bersarang ngan anai-anai pulak..
 
Aku sekarang di tahun 3 pengajian Ph.D aku. Kalau ikutkan biasiswa aku, ia akan tamat September tahun ni.. So, it means that, I only have 7 months to go..
 
7 bulan tu masa yang agak singkat , pejam-celik, pejam-celik dah 7 bulan.. So, in order untuk aku dapat hantar tesis aku pada September tu, aku kene la pulun habis-habis untuk siapkan research ni.. A struggle phase for me right now..
 
So, sekarang life aku ngan tesis jer. Pagi-petang-siang-malam asyik menghadap laptop jer buat kerje-kerja research.. Sampai aku tido malam pun termimpi-mimpi tesis. Drama sangat kan!
 
Ini jam 3 pagi - bila semua orang dah lena tido, aku pun buat la kerja sambil baring-baring..

 
Aku dah dapat tukar supervisor, Alhamdulillah. Story pasal supervisor lama, aku cerita kat ENTRY INI. And aku baru habis exam - Compulsory Exam. Kalau fail exam tu, aku akan diberi peluang ke2 untuk reseat, andai kata fail jugak, alamatnya TERMINATE la a.k.a KENE TENDANG KELUAR.
 
Hopefully, result aku ok lah.. Tak nak lah reseat exam..
 
Masa ni jam 2 pagi. Buat kerja dalam bilik sebelah iron board.
 
Kalau dulu, aku hari-hari masak untuk en.suami & anak. Tapi sekarang ni, aku dah tak sempat dah nak masak untuk dieorang. Bukan tak sempat sebab tak ada masa, tapi tak sempat sebab penat. Masa yang ada terluang sikit, aku guna untuk rehat, rehatkan otak. Almaklumlah, lepas masak, nak kene cuci segala bende kat dapur tu.. So, kat situ dah takes time dah.
 
Aku pulak tak ada maid, so semuanya buat sendiri. So, hal-hal makan ni, aku tapau je beli kat kedai atau masa weekend, kami keluar makan kat luar. Aku skrang cuma masak 2 kali seminggu jer. But, aku bersyukur sangat sebab sebelum ni aku dah well-utilize masa aku sebelum2 ni masak hari-hari untuk keluarga sendiri dengan air tangan sendiri. Alhamdulillah. But, right now the time is really kicking & I cant do it all day long..
 
Basuh baju, jemur baju, lipat baju semuanya aku buat sendiri. Mujur lah en.suami sangat-sangat ringan tulang membantu buat kerja-kerja umah juga mcm basuh baju, basuh pinggan, lipat baju & lain-lain. So, kurang sikit la beban aku. Untuk uruskan FL pun, en.suami yang banyak uruskan bila die balik kerja. Cuma, pagi-pagi & bila en.suami tak ada kat umah, aku la yang uruskan princess sorang tu...
 
Masa 1st year dulu, aku pergi workshop "Time Management untuk PhD Student", dalam workshop tu ada diberitahu suruh outsources apa-apa yang boleh diout-source atau orang lain boleh buatkan.
 
Masa aku skrang banyak habis untuk buat tesis jer, kalau masak pun tak sempat, apatah lagi nak kemas umah, nak sapu-sapu umah, nak cuci bilik air.. So memang tak sempat la nak buat semua house chores tu.. Jadinya, aku pun panggil la maid secara sambilan (part time maid). Maid tu datang bila hari Ahad jer, itupun sebulan sekali, sebab umah aku kecik jer, by time cukup tempoh sebulan tu dah memang macam tongkang pecah dah & memang dah cukup haul nak kene kemaskan..
 
Part time maid ni aku cari kat internet jer. Cari punya cari, terjumpa lah  Adam Ikhlas Maid & Cleaning Services kat website ni - http://www.adamikhlasmaid.com/. Sebab die punya office kat area Kajang, so dekatlah dengan umah aku.. Harga die offer RM 100 untuk 2 orang maid bagi tempoh 4 jam. So far, aku sangat berpuas hati dengan kerja-kerja yang maid die buat.. Kalau tak puas hati, kite boleh jer komplen kat bos die.. But aku tak pernah komplen la lagi sebab aku sangat berpuas hati setakat ni..
 
 
Nak pergi mana-mana , sekarang ni aku pikir 10x dulu, patut tak aku pergi... Even kawan-kawan ajak jumpa pun, aku terpaksa tolak.. Tapi someday aku kene jugak pergi bercuti mana-mana untuk recharge & refresh balik energy & minda aku ni supaya sentiasa produktif..
 
Skarang ni, aku tido jam 10 malam, aku bangun jam 3 atau 4 pagi, terus buat kerja depan laptop, sampailah subuh. Pastu, terus siap-siap untuk pergi university. Lepas hantar FL ke playschool (school die dalam univerisiti juga), aku terus ke library buat kerja sampai lah jam 5 ptg, then balik ambik FL. Sampai umah makan-makan, mandi-manda, solat & laundry & jam 10 dah tido.. Pastu, sambung balik rutin ni untuk hari-hari esok nya..
 
Begitula rutin aku hari-hari. Kecuali hari Ahad, aku rest tak buat apa-apa kerja research..
 
 
My formal workstation at home..
So messy bile tengah kusyuk buat kerja..
 
 
Itulah life aku sekarang... Sorry kawan-kawan kalau aku tak jenguk blog korang, aku harap korang faham.. And untuk sesiapa yang ada request postcard Puffin. Sabar ye.. Nnati bila aku free skit, aku pergi pejabat pos, poskan poskad tu untuk korang k.. Harap bersabaaaaaarrrrr. hehe
 
neway, thank you for reading..

14 comments:

  1. SS pernah melalui semua ni dulu... Kadang cukup memeritkan...

    ReplyDelete
  2. Betul minda tu sangat letih, Alhamdulillah ada solusi..

    ReplyDelete
  3. fuhh, the hard time of being a PhD student-mother. 7 bulan je lagi sis! bertahan!

    buah kesabaran selalunya manis2 :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  4. chayok sis!u can do it!may allah smooth your journey:):)

    ReplyDelete
  5. Let us try our best! My scholarship will also end by September 2016. Pastu kena angkut barang balik Malaysia pula. Nak set up life balik dari bawah memang amik banyak masa dan tenaga. Apa2 pun kita cuba yang terbaik. Who knows? Dapat keajaiban dapat siap sebelum September ke? ;) Good luck!

    ReplyDelete
  6. Hectic sungguh life Intan nak siapkan thesis. Wishing you all the best!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. huh, baca cerita ni pun dah terasa penat...
    Good luck intan, inshaAllah awak boleh!

    ReplyDelete
  9. gud luck akak. InshaaAllah kejayaan milik akak.. Susahkan jadi student+suri rumah.. penat.. baik suami akak suka menolong.. :D

    ReplyDelete
  10. good luck DP... harap kuat ya...

    ReplyDelete
  11. adusss...yg baca ni pun dh rasa letih..inikan pula yg melaluinya..in shaa Allah..u can do it

    ReplyDelete
  12. Good luck! InsyaAllah all the hard work will be worth it

    ReplyDelete
  13. akak boleh buat punyeee.. dont worry u ken doit..

    ReplyDelete