Thursday, 13 October 2016

Bila rumah tak ada air....

Semua orang tahu penduduk kat Negeri Selangor terputus bekalan air sejak minggu lepas. Walaupun tak semua tempat effect, tapi rumah aku turut terkesan. Aku duduk kat apartment, biasanya ada jer air tangki besar kat apartment aku ni nak supply air kat semua rumah, tapi kali ni, air tangki pun habis..

Rumah aku tak ada air start hari Sabtu baru-baru ni, tapi since 4 Oktober 2016 (hari yang diputuskan bekalan air) air dah keruh macam air Teh-O, kalau letak ais, jadilah Teh-O Ais, sedap minum panas-panas..

So, apa yang kami buat, kami pergi check-in hotel. Hotel area umah aku ni (Bandar Baru Bangi), semua terjejas tak ada bekalan air jugak. Kami call hotel-hotel berdekatan semua kata tak ada air.  So terlajak sikit, pergi lah menapak ke Cyberjaya. Actually, Cyberjaya pun terjejas jugak, tapi tangki air tu masih lagi mampu menampung permintaan maybe sebab tak ramai guest kot..

Kami check-in Kat Tan'yaa Hotel by Ri-Yaz..
Aku suka giler hotel ni.
Nanti aku buat review pasal hotel ni kat entry lain k..


Terfikir jugak, kalau air tak ada seminggu, tak kan seminggu nak duduk hotel, mahu kering poket.
Kalau semalam RM 185 , times 6 nights , equal to RM  1110.
Perrrghh!!! RM1100 tu boleh lepas buat pergi bercuti kat Lombok tu...

So, after 2 nights staying in hotel, semalam kami balik umah with an idea inside our heads.
Kiteorang pergi beli tong air kat kedai. Actually pasal tong air ni dah lama terfikir, tapi sebab my hubby was not around since a month ago (went abroad for kerja, then singgah Mekah buat umrah), aku lupakan je lah hasrat nak beli tong air yang besar gedabak tu sebab tak larat aku nak bawak naik atas sorang-sorang dengan budak kecik yang super aktif tu..

Then, semalam (my hubby dah balik),
die pun pergi lah beli tong air besar gedabak ni kat kedai hardware.
RM 80 satu tong - Lebih besar dari tong sampah.
(kesian die, penat tak hilang lagi sebab jet-leg, dah kene pergi cari tong air)..
I was blessed i'm married with a responsible man..


Lepas tu nampak lori air MPKJ terpacak kat lobby, maybe sebab nak supply air kat apartment aku ni. Then imeediately lepas tu, air dah ada, Alhamdulillah...So, terus jer lah penuhkan tong air tu dengan air bersih...

Lepas ni, InshaAllah, dah tak perlu nak pergi cari hotel kalau ada masalah air ni..
btw, bangun pagi ni tengok air tak ada semula .. Macam chipsmore - kajap ada, kejap tak ada..

P/S: Sebenarnya bila ada masalah macam ni, buatkan kita berlajar sesuatu & buatkan kita kena selalu bersedia untuk sebarang kemungkinan. 

Assalamualaikum ! Thank you for reading.. Kalau suka, ce komen. hehehe

1 comment:

  1. Memang leceh tak ada air nih. Saya selalu kalau gi shopping memang akan beli 2 3 botol drinking water yg 5 liter tu untuk stok air takde mengejut :)

    ReplyDelete