Thursday, 13 October 2016

Hadiah Hari Jadi untuk Si Isteri




Aku pernah cerite pasal hadiah yang aku bagi kat en.suami aku masa hari jadi dia (tahun ni) kat ENTRY NI. 

Kali ni aku nak cite apa pulak yang en.suami aku beri kat aku masa hari jadi aku tahun ni.
Actually, hari jadi aku dah lepas - 18 Jun hari tu
Tapi delay, punya delay, baru hari ni nak update pasal tu.. 
(Banyak lagi entri yang tak dicerite kat blog ni, tersimpan kat dalam draft jer, 
hopefully dapat la habiskan semua draft tu)..




 Inilah hadiah hari jadi aku tahun ni - Bokitta Hijab..

Walaupun hadiah tak mewah, bukan emas berlian permata, tapi aku bersyukur sangat sebab en.suami masih lagi ingat hari jadi aku & tak lupa nak belikan hadiah. Aku happy sangat.. Kalau nak beli guna duit sendiri, confirm aku tak beli. hehehe..

Mahal atau murah bukan ukuran, yang penting dia bertanggungjawab memberi nafkah yang cukup buat kami sekeluarga & sangat bertanggungjawab - bertanggungjawab menjadi Khalifah yang terbaik di dunia & akhirat ....

Alhamdulillah..

2 comments:

  1. Saya pun tumpang happy. Cantik2 hadiah Intan :)

    ReplyDelete