Monday, 7 November 2016

Overview of Lombok's Culture - Sasak People and Sade Village

Kalau nak tahu, majoriti (85%) penduduk Lombok ialah etnik Sasak (Sasak People). Orang Sasak ni lebih kurang jer dengan orang Bali (Balinese), tapi bezanya orang Bali beragama Hindu manakala orang Sasak beragama Islam. Historically, Lombok ni diperintah oleh Kerajaan Majapahit , under the rule of Patih Gajah Mada. Korang dulu belajar kan subjek “Sejarah” kat sekolah menengah dulu-dulu kan? So pastinya korang tahu pasal Kerajaan Majapahit.

Budaya orang Sasak ni unik. So, kalau pergi Lombok, tak tengok perkampungan Orang Sasak ni rugi besar la. Perkampungan orang Sasak ni banyak kat Lombok, tapi yang di komersil kan dan di up sebagai destinasi pelancongan ialah “Sade Village”. Adat resam kaum etnik Sasak masih kuat lagi diamalkan di Sade Village ni.

Sadek Village ni spot pertama yang aku kunjungi masa aku sampai di Lombok hari tu.
 

 Ni pintu masuk ke Sade Village

Masuk dalam ni free jer, tak perlu bayar apa pun. 
Cuma kena bagi "tips" kat local guide kat dalam tu yang guide kita & bagi info tentang kaum etnik Sasak. Aku hari tu bagi 20,000 rupiah. (bayaran tu seikhlas hati kita)

 Ni dia local guide yang guide kiteorang. 
Dia ni penduduk kampung Sade ni.
Kerja dia hari-hari ialah melayan tourist yang datang ke Sade Village ni. 

 Ok, apa tu Sasak People? 

Kaum etnik Sasak ni terkenal dengan budaya "culik anak dara orang". Tapi jangan salah sangka ya. Diaorang cuma culik orang yang dia sayang ja, atau dalam bahasa budak muda sekarang - GIRLFRIEND. hehe. Diaorang cuma culik girlfriend diaorang jer untuk berkahwin.

Maksudnya, bila couple tu serious nak berkahwin, teman lelaki si wanita tu, akan bawak girlfriend dia lari mana-mana (even hanya lari ke kampung sebelah jer), untuk tempoh 1 malam sehingga berapa malam yang dieoranng nak.

So, bila ada anak dara kat dalam kampung tu hilang, maksudnya, anak dara tu nak menikah dengan seseorang. And secara automatik, ibu bapa gadis tersebut akan bersetuju untuk mengkahwinkan anak dieorang tu dengan boyfriendnya. Andai kata kalau si parents tak setuju, maka lama lagi lah si gadis tu akan pulang ke rumah atau mungkin tak pulang-pulang dah. So, nak tak nak, kalau sayangkan anak gadis, dieorang akan mengizinkan perkahwinan tersebut dan merestui nya.

Kenapa dieorang culik?
Sebabnya si lelaki yang menculik si gadis akan dianggap dan diangkat sebagai HERO. Kalau tak culik, maksudnya lelaki tersebut PENGECUT / PENAKUT. 

Sampai sekarang budaya ni masih lagi diamalkan di Sade Village ni. Kebiasaanya, Sasak People ni akan berkahwin sesama dieorang jer, maksudnya dari kalangan penduduk Kampung Sade tu sendiri. Jaranglah mereka berkahwin dengan orang luar (orang luar yang aku maksudkan ialah penduduk Lombok di luar Kampung Sade).

So, bagi anak-anak dara yang datang ke Lombok, jangan bimbang la takut-takut korang akan diculik. Sebabnya Orang Sasak tu hanya akan pilih Orang Sasak jer untuk berkahwin.

Bahasa pertuturan Orang Sasak ni ialah bahasa Bali - bukan bahasa Jawa k.

 Ni Rumah Penghulu Kampung ni

Kampung dia macam ni lah, kena lalu lorong-lorong kecik macam ni and berbukit-bukit.


  Sepanjang perjalanan , kiri kanan ada jual hasil tenunan dan kraftangan. Hasil tenunan tu ialah punca utama ekonomi dieorang.
 Kat sini dieorang beragama Islam. 
So dalam Kampung ni ada masjid.
Masa aku datang tu, kebetulan anak-anak kecik tengah belajar kelas mengaji 

Ni pintu masuk masjid.
Masjid dia bersih giler & cantik.

 Rumah-rumah kat kampung ni rapat-rapat. 
Dan rumah-rumah tu diperbuat dari alam semulajadi. Macam ala-ala rumah orang asli. 
Atap diperbuat dari lalang.
Simen rumah diperbuat dari tahi lembu.
And tourist dibenarkan masuk ke dalam rumah tu untuk tengok structure dalam rumah, 
dieorang tak marah.

 Makcik ni , warga tempatan Kampung Sade sedang menenun

 Ini dia Sasak People.
Pakaian diaorang hari- hari ialah kain sarung & t-shirt.

Setiap hasil tenunan akan dijual. 
Hasil tenunan tu macam tudung, kain pelikat, kain sarung, alas meja. 
Paling murah harga 50,000 rupiah. 

I think by visiting this kind of place, i could more appreciate the beauty of the world. 
Aku dapat banyak belajar tentang budaya masyarakat dunia
and also could learn something about "history" , even i hate history's subject during my school time.. khikhikhi...

So, this place is highly recommended and a-must-visit spot when you visiting Lombok ..

Last but not least, thank you for reading!

24 comments:

  1. makcik yg tenun kain tu pn kena culik jugak la agknye mase dia ank dara dlu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hisss,
      Makcik tu asal situ.

      Delete
    2. yupe betul ayunie. pompuan yang pakai bau biru dalam gambar kat atas tu sambil tunjuk kain batik ngn sorang lelaki sasak tu pun kene culik masa dia nak berkahwin dulu, sebab pompuan tu isteri local guide tu , so dia citer la yang dia bawak isteri (GF) dia lari dulu masa nak kawin

      Delete
  2. Nanti saya baca. Best juga pasal lombok.

    I am going out now for teh tarik. I will read yours later.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. wahhh tetiba rindu belajat sejarah hahahaha bestnya. Bagus juga baca2 kisah sejarah camni. Baru tahu lombok perkampungan org islam. Senang la cari makanan halal kan. Ohh ye org malaysia pun ada kena bawa lari ke lombok kan. Yg ni biasa dgar kalau kes anak dara malaysia lari dgn pakwe indonesia hahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang mlasia bukan kena lari tapi dia ikut ke lombok tanpa sedar.

      Delete
    2. sheila, kita dulu tak suka giler subjek sejarah sebab tak suka hafal fakta.

      Delete
    3. yang kes orang malaysia kene culik tu bukan sebab kene culik tapi pompuan tu ikut bf dia lari balik lombok, pastu claim cakap die kene culik

      Delete
    4. Yang peliknya wives pun ikut ke Lombok.
      Pink, jom kita gi lombok.

      Delete
    5. Pink,
      That's a joke. Pasal i said jom ke lombok. Dont take to the heart.

      Delete
  4. Teringin sangat nak ke Lombok..
    nak kena study lebih sikit lah gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom, awak larikan saya ke lombok.

      Delete
    2. pergi la kak yan. best giler sebab sangat cantik

      Delete
  5. Tak suka subjek sejarah tak sama dgn suka tempat bersejarah DP
    Sebab pergi tempat sejarah dpt tengok live..

    ReplyDelete
  6. best nye !!! teringin gak nak ke Lombok.. tapi belum berkesempatan.. hish.. busy tah pape..

    ReplyDelete
  7. macam2 adat orang di dunia ni kan. tapi itulah indahnya bila travel kita belajar tentang budaya bangsa lain

    ReplyDelete
  8. Waktu sis JMke lombok dulu tour guide ada share pasalorg sasak ni mmg budaya dia mcm tu..cilik means bukan culik betul2 like perfi or ikut terpaksa tetapi dgn rela..pegi menetap dlm beberapa hari di umah lelaki then kalau family lelaki tu setuju baru boleh kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yg dia bawa ke lombok tu ada yg isteri orang. Macam mna nak kawin. Problem jugak

      Delete
    2. Tapi yg dia bawa ke lombok tu ada yg isteri orang. Macam mna nak kawin. Problem jugak

      Delete
  9. Kira melamar cara 'angkut bawa lari' lah ye... :)

    ReplyDelete
  10. Seronoknya Intan berpeluang pergi tengok budaya dan cara hidup masyarakat di tempat lain. Menarik kan,..macam2 kita boleh belajar :)

    ReplyDelete