Monday, 28 November 2016

Seronoknya Tengok Didi di Mini Karnival Didi and Friends

Hari Sabtu hari tu, aku bawak anak kesayangan aku , Princess FL pergi Karnival Didi & Friends kat Alamanda, Putrajaya. Nasib baik dia buat event ni kat dalam Wilayah Putrajaya, so confirm lah aku datang. Kalau dia buat kat lain-lain kawasan jajahan Selangor ni aku tak datang kot. Tak sanggup nak redah jem. 

Sebabkan FL ni peminat tegar Didi & Friends, maka event ni menjadi aktiviti WAJIB untuk pergi. 
Aku rasa first time aku pergi Alamanda tak dapat parking. Ramai giler orang. Parking full. Dari P1 sampai P7 full!, Pusing punya pusing, akhirnya dapatla 1 parking, kebetulan ada orang nak keluar and orang tu confirm tak tengok Didi 😆😆😆😆😆.

Nasib baik aku tak datang hari Jumaat, confirm lagi sesak. Sebab Hari Jumaat hari tu Lara Alana pun ada datang.

 Didi tak keluar lagi pun , dah penuh centre court ni

 Aku duduk belakang-belakang sebab depan-depan semua dah penuh

Alhamdulillah nampak jelas la jugak DIDI dan kawan-kawan dia tu.

 Bila Didi keluar jer, segala sudut ruang semua penuh.
Atas bawah semua penuh 

Tapi kesian kat FL la, dapat tengok dari jauh jer.
Walaupun dapat tengok dari jauh jer, dia paling seronok, semua lagu Didi semua nyanyi & menari. Semua lagu dia tahu. Mana tak nya, hari-hari duk tengok video Didi & friends kat rumah. 
Sampaikan orang sekeliling dia cakap 'seronok betul dia'.

Lepas habis slot Muzikal Didi tu, banyaklah tempat kosong kat depan tu, kiteprang pun move ke depan, nak tengok slot pelakon dibelakang tabir a.k.a suara latar  Didi dan kawan-kawan pulak. Tapi FL tak suka. Dia nak tengok Didi jer. Dia ajak mummy pergi back stage nak jumpa Didi. Sebab dia ternampak Didi kat back stage. Mummy pun layankan jer but hampa.. Didi dah tido.

 Ruang ni budak-budak berebut nak masuk sebab nak berposing sakan ambik gambar dalam ni. 

 Termasuklah FL, tak sabar-sabar nak masuk. 
Tengok adik kecik tu pun tak sabar.

 Tengok panjang giler que nak masuk dalam ruang ni.

 Bertabahlah mak-pak yang ada anak-anak kecik yang duk beratur nak masuk dalam ni. 
Budak kecik kan macam-macam ragam. 
Termasuk lah aku ni antara mak-mak yang tabah 
(dua-dua tangan atas bahu sambil mata jeling siling).

' Mummy, saya datang sini nak main bot ni jer sebab saya tak pernah naik bot'

 
 
Naik bas Pak Atan bawak

Aku rasa semua budak-budak yang sukakan Didi mesti happy dapat datang sini hari tu. Nanti next time kalau Astro buat lagi event Didi ni, aku nak pergi lagi bawak FL. Bila anak happy, mak pun tumpang happy jugak..

Terima ksih sebab sudi baca 😊😍

17 comments:

  1. Kalau dah exited sangat mesti lupa nak tidur FL masa tu
    Balik dari sini baru letih dan lenalah sebab puas hati.

    ReplyDelete
  2. waahh..sy pi hari ahad...tp takde dah ruang utk amek gbr tu...nk beratur amek gbr dgn didi ats pentas pun x kose...haha just masuk kat karok box tu je..bg can laa ank karok lagu didi n friends..pastu belikan beg nana...mahal ya ampun! pandai dorang ni buat duit...iskk

    next time klu ada lg kena pi office hour..kurang sesak...hihi

    ReplyDelete
  3. Oh inilah event yang kata ada Lara Alana datang tu... Seorang student kitorang sibuk-sibuk kata nak jumpa Lara Alana, tapi tak tahu event apa. I pun tak pernah gi Alamanda tak ada parking.. hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Panjang betul beratur! Seriously, DP, i tabik spring betul la sanggup bawa FL.. Hoi.. Bagus betul. Yang adult yela nak tengok dibelakang tabir, budak-budak nak jumpa Didi je.

    ReplyDelete
  5. Ramai nyerrrr serius mak mak pak pak yang gigih semata sebab kegembiraan anak! :)

    ReplyDelete
  6. "orang tu confirm tak tengok Didi"... Dia sibuk kumpul lidi agaknya... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  7. Adoilahhh... Untung FL ada Mak Pak yang gigih... He He He...

    ReplyDelete
  8. Ini FL yang excited ke Mak dia yang over? He He He...

    ReplyDelete
  9. DP, about the top commentor thingy, ataupun tambah je dua-dua nama i tu sekali. Totalkan dia.. hahaha (kemaruk sangat nak menang agaknya ni)

    ReplyDelete
  10. I think the top commentors app dah okay kut. Tiba-tiba je dah bertambah pula my total comments.

    ReplyDelete
  11. hari sabtu berapa HB eh..x tahu pun..kalau tahu pun mesti tak pergi sbb x kenal siapa DIDI tu keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih nape tak kenal Didi? Didi pandai nyanyi pandai joget :)

      Delete
  12. ahakss..FL suka sgt DIDI ni..mesti suka tgk kartun kat umah ni

    ReplyDelete
  13. yang mana satu DIDI nye nampak x jelas

    ReplyDelete
  14. mek pn suka jugak dgn didi ni wlaupun ank mek hny layan lgu je. dia tk tgk screen tv pn. hahaha. spesen layan radio je ni

    ReplyDelete
  15. Lagu2 Didi pun boleh layannnn :)

    ReplyDelete