Wednesday, 14 December 2016

Lombok Trip : The 1st Day - Bukit Meresek

Sambungan dari ENTRI INI.

1st Day : 14 Oktober 2016

Memandangkan kitaorang stay sana 4 hari jer, so 4 hari tu kitaorang fully utilize masa yang ada. Kitaorang check-in hotel malam hari pertama tu selepas penat berjalan seharian. So, benda pertama yang kitaorang buat sesampai aja di Bumi Lombok ialah MAKAN.


Nasi Balap + Ayam Kampung + Nasi Babalung + Beberuk + Pelecing Kangkung + Tauhu + Es Kelapa Muda (Ais kelapa muda) + Es Jeruk (Ais limau) = 97,000 Rupiah. 
Kedai makan ni dekat jer dengan airport.

Kat Lombok ni majoriti penduduk dia Islam , so kat mana-mana ada jer jumpa masjid dan makanan halal. Korang tak yah risau la bab-bab makan kalau gi Lombok. Sebab confirm Halal dan murah giler dan sedap giler.

Lepas makan, kitaorang pergi Sade Village. Cerita pasal Sade Village dan Sasak People boleh baca kat SINI.

Pastu, kitaorang terus gerak pergi Pantai Kuta. Pantai Kuta ni MashaAllah cantik giler. Terpaku aku tengok. Gege cakap ni tak cantik sangat ni, ada lagi 10 kali ganda lagi cantik dari ni. So, haraplah bersabar hingga hari ke-4.

Kat sini jugaklah, kitaorang jumpa ngan Asriel beserta group dari Malaysia yang dia bawak tu. Group tu semua anak-anak dara. Diaorang datang berlima. So, since then, kitaorang jadi satu group la. Mana-mana pergi, kami pergi bertujuh. Selain Asriel yang jadi supir kat group tu, ada lagi sorang assistant supir yang kena handle that group, nama dia 'Pandu Agung'. Aku panggil dia "Pandu", bukan Pandu Puteri k. Kiranya Asriel ni ketua supir la.
Ni dia supir kitaorang - Asriel & Gege . 
MPV hitam tu kereta kitaorang kat sana.

Ni Pantai Kuta. 
Cantik sangat. 
Tapi ada lagi yang lebih cantik dari ni.
 

Kat Lombok ni, korang akan diserbu macam artis oleh rakyat tempatan especially kanak-kanak. Kesian tengok diaorang, sebab dieorang orang miskin terpaksa cari duit sendiri nak buat belanja sekolah (beli buku/makan/etc). Tapi kalau korang beli, kawan-kawan dia yang lain lagi ramai datang.




minum air kelapa . 15,000 rupiah 1 biji.

    Lepas dah puas bergambar kat Pantai Kuta, then kiteorang pergi solat kat area situ jugak. Alhamdulillah, masjid ada di mana-mana cumanya, korang silalah bawak telekung sendiri k pergi mana-mana. Jangan harapkan nak guna telekung surau atau masjid kat sini. Sebab telekung dia sangatlah kotor dan berbau. Kitaorang solat jamak zuhur + asar jer kat masjid. Jamak magrib + isyak solat kat hotel je.


    tempat wudhu'


    Usai solat, kitaorang semua (2 buah mpv) begerak ke Bukit Seqer yang terkenal dengan kisah sejarah Puteri Mandalika. Dikatakan Puteri ni sangatlah cantik dan menjadi kegilaan raja-raja dan pahlawan-pahlawan ketika itu. Sebabkan pressure dan tertekan, si puteri ni buat keputusan untuk bunuh diri kat sini dan kisahnya diabadikan di pantai ni. Perjalanan ke sini ambik masa dalam 15 minit jer.

     Bukit Seqer. Cantinya. 
    Yang naik motor tu tourist mat saleh
     
       

       Ni replika Puteri mandalika yang bunuh diri
       
       

      Dalam kereta kitaorang memang riuh jer setiap masa. 
      Dieorang ni memang awesome lah.
       
      Pastu kitaorang bergerak ke Bukit Meresek. Perjalanan ke bukit ni 10 minit jer. Nak ke Bukit Meresek, kena park kereta kat Tanjung AN sebab nak naik Bukit Meresek ni kena hiking dalam 5 minit. Tanjung AN cantik giler.. Kagum sangat aku tengok dengan Ciptaan Allah Taala.


      Tanjung An

      Ambil angin kat Tanjung An

      Bila kat Puncak Bukit Meresek tu lagi lah aku kagum. SubhanaAllah! Sungguh hebat kekuasaanMu Ya Allah!. Sumpah aku sangat puas hati pergi Lombok tu - worth every single penny.

       Ni trek ke Bukit Meresek

      Scenary dari Bukit Meresek

      Kalau sampai di Bukit Meresek ni tak sah kalau tak tengok sunset. Wajib tunggu sunset kat sini ok. Pasal Bukit Meresek tu, aku cerita kat entry lain la k. Tak puas cerita kat entry ni. Hehehhe

      Stay tune k for more amazing story.

      Thank you for reading.

      25 comments:

      1. wah!seronoknya tgk org pergi jenjalan....
        p/s: dont worry dear...x kisah pun if x sempat blogwalking...klu free nanti boleh je BW okay :)

        ReplyDelete
      2. sumpah pantai kuta tu paling cantik..view dy Subhanallah nak g jugak..one day..

        ReplyDelete
      3. Gambar-gambar scenery cantik-cantik boleh buat kalendar DP:)

        ReplyDelete
      4. Pantai yang cantik.. Best entri ni banyak gambar, tergoda. Nak kena simpan duit pergi sana gak ni.. hehe

        ReplyDelete
      5. Seronoknyaaa jalan jalan tengok tempat orang 😊

        ReplyDelete
      6. Seronoknyaaa jalan jalan tengok tempat orang 😊

        ReplyDelete
      7. Walaupun agak susah nak menyebut nama-nama makanan tu tapi nampak macam sedap 😊

        ReplyDelete
      8. Lombok cantikk! Nak pergi tapi ibu tak kasi :(

        ReplyDelete
      9. Kalau di sini pun kadang-kadang telekung yang disediakan berbau kan.. Ini masalah global la maknanya.. Tapi nampak dalam masjid tu cantik.

        ReplyDelete
      10. Cantiknya Tanjung An! View dari Bukit Meresek pun sangat cantik 😊😊😊

        ReplyDelete
      11. lombok ni mmg antara wishlish tpt yg nk pergi. tq share stori. seronok baca.

        ReplyDelete
      12. yang first tu nasi balap ke nasi babalung

        ReplyDelete
      13. Pelecing kangkung tu sis JM suka tapi agak pedas..x pasti yg Intan mkn ni pedas ke x

        ReplyDelete
      14. Betul..cakap bab sedap gile tu..sis JM compare dengan Bandung, Jakarta..makan kat Lombok serious sedap..mgkin pilih kedai jgk kot..pernah makan Soto..aduhai..sedap yak amat..kat Bandung tak sedap mcm tu

        ReplyDelete
      15. Pantai kat Lombok mmg sgt cantik..kalau ambik pic sunset..fuhh..mmg terpegun lah...kena repat lagi Lobok ni sbb dulu pergi semata-mata naik rinjani je x explore lagi Lombok ni

        ReplyDelete
      16. alaaa...baru nk tengok pic Pandu Agung..adakah seindah namanya..nama Gege tu kelakar

        ReplyDelete
      17. kesian tgk bebudak tu...itu semua nya jual barang2 kraftangan lah eh..ok lagi jenis menjual bukan jenis datang minta sedekah spt kat New Delhi tu..budak umur 10 tahun dukung adik umur 2 tahun jalan kaki ayam minta sedekah

        ReplyDelete
      18. air kepala 15,000 Rp? lebih kurang RM5 jgk tu kalau sejuta Rp = RM337..sbenarnya murah tetapi dek kerana Rate USD dah cecah RM4.475

        ReplyDelete
      19. kalau sis JM pun..travel mana2 pun mesti akan bawak telekung travel yg kecik tu..biar selesa..kadang kuar jln2 kat msia pun lebih selesa guna telekung sendiri

        ReplyDelete
      20. Sedih plak dgr kisah Puteri Mandalika ni..cantik sgt pun susah jugak

        ReplyDelete
        Replies
        1. Hehehe suka komen ni. Dah cantik sangat pun stress gak ;)

          Delete
      21. wah!!! menarik..nk buat trip ke Lombok plak lah pasni :-)

        ReplyDelete
      22. Indahnya! Boleh tenang fikiran tengok view cantik begini :)

        ReplyDelete
      23. Berangin tak kat tepi pantai tu, Intan? Ke terik je,..

        ReplyDelete