Tuesday, 28 March 2017

Travelog New Zealand 2017 | Geyser

 
Frankly speaking, masa aku sampai di New Zealand hari tu baru aku tahu apa itu GEYSER. Selama ni aku cuma tahu pasal GLACIER jer.. Ingatkan sama jer dua perkara tu, just sebutan je lain tapi sebenarnya tak sama. Totally Different. Al-maklumlah, kat Malaysia tak ada benda alah tu, so tak pernah nak ambik tahu secara detail.

Kat New Zealand memang terkenal dengan geyser & glacier. Cuma hari tu aku tak sempat nak pergi ke spot glacier, hanya sempat pergi tengok geyser jer, mungkin waktu lain jika diberi kesempatan lagi oleh Yang Maha Esa akan pergi tengok glacier.

Ok, geyser ni ialah geothermal spot on earth. Ada lebih dari 1000 spot geyser yang wujud atas muka bumi ni, salah satu nya di NZ sebab kat NZ ada gunung berapi. Sebab geyser ni hanya wujud di kawasan gunung berapi.

Geyser ni ialah feature geology - dia berbentuk seperti wap air yang sangat panas (such like boiling water), keluar dari perut bumi. Ia biasanya wujud di kawasan gunung berapi. So geyser ni adalah anak-beranak gunung berapi gak lah. Kalau gunung berapi, kita nampak bentuk gunung tu, tapi geyser ni tak berbentuk seperti gunung, ia terbentuk di atas permukaan bumi (earth's surface) seperti kolam air panas. 

Sebabkan suhu kat dalam perut bumi panas (sebab dekat ngan gunung berapi), jadinya pressure dari dalam tanah tu dah force air dalam tanah untuk keluar ke atas permukaan bumi  menjadi wap air yang panas yang dipanggil sebagai GEYSER, seangkatan dengan 'hydrothermal explosion'.

Memang siyes panas bila duduk situ. Temperature wap air tu dalam 50 darjah celsius hingga mencecah 110 darjah celcius. 

Masa ni aku menahan kepanasan dek kerna sekeping gambar.

Geyser ni banyak wujud kat North Island of New Zealand manakala glacier pulak terkenal di South Island. Geyser yang kitaorang pergi tu ialah kat Whakarewarewa Thermal Village - teletak kat dalam Whakarewarewa Maori Cultural Village, Rotorua. Wilayah Rotorua memang terkenal dengan Geyser spot. Bayaran masuk sini ialah NZD 35 seorang.  

 Dalam Whakarewarewa Thermal Village ni ada banyak lokasi Geyser, ada macam-macam bentuk, ini salah satunya.

 Wap tu dah panas, air tu lagi lah panas, kalau rebus telur confirm masak. Kalau di Malaysia, ibaratkan macam Hot Spring la, kaya dengan sulfur.


 Ini salah satu lokasi geyser kat dalam kampung ni - nama dia 'Parekohuru'. Tempat ni geyser yang paling panas. Diletak pagar, takut terjatuh dalam kolam air panas ni.

Aku pun tak tahu ada berapa banyak lokasi geyser kat dalam kampung ni. 

 Sambil-sambil berjalan, boleh nampak asap keluar dari tanah



 Ini air tadahan untuk mandi - air panas dari geyser yang dialirkan dengan plumbing system.Macam hotspring di Malaysia la konsepnya. Tapi hari tu tak ada pun orang mandi, maybe penduduk tempatan kampung tu je kot a.k.a orang Maori yang mandi sini. 

 Disebabkan bawah tanah di kawasan geyser ni terlampau panas, sampai boleh masak-masak lah (secara semulajadi tanpa guna bahan api) kat dalam tanah ni. So jadinya penduduk kat sini masak guna cara macam ni lah..   Kalau korang nak rasa makanan tradisi yang dimasak dengan cara macam ni, boleh menjamu selera di kafe yang ada disitu (kena bayar of course). Masa kitaorang datang hari tu, kafe tu tutup.

 Ini pulak Pohutu Geyser yang terkenal di Rotorua, terletak dalam Daerah Whakarewarewa jugak (ambik gambar dari jauh jer), tapi nak pergi ke sana kene bayar lain.



** So, kalau korang ke Rotoura atau tempat lain kat North Island, jangan lepaskan peluang untuk pergi tengok ke lokasi geyser. 

Till then, thank you for reading this entry!

24 comments:

  1. SUBHANALLAH KEJADIAN ALLAH MAHA INDAH N DP MAMPU MNIKMATINYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak PI, Tuhan bagi rezeki untuk saya kali ni tengok ciptaanNYa.

      Delete
  2. ingatkan apa tadi geyser ni. kolam air panas rupanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebiih kurang macam kolam air panas la nadhie, tapi dia bukan kolam air panas, dia wap air

      Delete
  3. Geyser yang saya pergi tempatya di Waiotapu, Rotorua juga tapi tak dalam kampung macam di Whakarewarewa tu... kolam air panasnya berwarna-warni lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo. kat Rotorua memang banyak spot geyser kan en.Mie.. ada macam-macam bentuk..

      Delete
  4. I knew something today. Thank u for telling us about geyser. Well, may be i'll go to nz instead of korea as planned. NZ bersih. Lembu2 dia pun bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. u are welcome en.adam... thank you for reading this entry also... from my experience, NZ is more exciting than korea.. hehhe...

      Delete
  5. tringt kat jepun ade geyser yg pancut ikut exact timing., ;p

    ReplyDelete
  6. teringin nak ke NZ. boleh saya tahu berapa kos kerugian semuanya? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak.. saya tak tahu berapa exact kos ke sana , hehe, tapi maybe anggaran kasar dalam RM6000 seorang la (maybe)..

      Delete
  7. cantik tempat ni...beruntung dapat jejakkan kaki ke NZ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah wahida, Allah yang bagi rezeki

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah dapat tengok ciptaan yang maha esa

      Delete
  9. Geyser. Samalah macam yang siqah pernah tengok rancangan tv kat Iceland. Air keluar daripada permukaan bumi. Kolam air panas lah senang faham eh. Hii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah siqah. nak bagi senang faham macam kolam air panas la... tapi dia bukan exactly kolam air panas...

      Delete
  10. Memang diorang guna utk masak betul2 ke bawah tanah tu?

    ReplyDelete
  11. menakutkan plak geyser yg sngt panas tu, nasib baik berpagar ��

    ReplyDelete
  12. hehe cantik gambar-gambarnya.. suka suka tengok =)

    ReplyDelete
  13. NZ tak pernah tak cantik tempat2 dia. Lagi2 gunung ganang dia. 😍😍

    ReplyDelete
  14. tangkap gambar pun berwap je..hehe.keje lap lens memanjang. tapi pengalaman menarik since takde kat sini kan.Saya pun baru tahu pasal geyser pas baca entry ni.huhu

    ReplyDelete