PHD Talk :  Mood 'Menulis' Datang Membuak-Buak Selepas Buat Solat Taubat

Sambungan dari entry - 'Punca Doa Tak Termakbul'.

Lepas aku dah hilang arah, hilang kata-kata, hilang idea, langsung tak ada mood nak menulis tesis aku ni, seperti yang aku cerita kat entri - '3 Jam Berlalu Tanpa Kata'  tempoh hari, malam tu aku berkhalwat dengan Allah swt. Aku buat solat terawikh, sama macam orang lain, pastu aku qiam, dalam qiam, aku buat solat taubat... Aku rasa antara punca aku tak ada mood nak menulis tesis ni dan langsung tak ada idea datang, ialah maybe aku ada buat salah dengan Tuhan. 

Ye la, kita ni bukan perfect kan. Macam-macam dosa kita buat setiap hari tanpa kita sedar. So, mungkin kerana kecuaian aku tu, mood untuk menulis langsung tak ada.. 

Dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita menyerah, dan Dia juga pemberi rezeki. Wang itu REZEKI. Ilmu itu juga REZEKI. ILHAM itu pun REZEKI hatta IDEA pun merupakan satu REZEKI. 

Rezeki tersekat nak datang pada kita atas banyak faktor. Salah satu faktornya ialah Dosa kita yang belum terampun. So, solat taubat lah jalan penyelesaiannya. Walau sekecil mana pun dosa tu, ia TETAP DOSA. 

Aku nak cerita kat korang, lepas pada aku buat solat taubat tu, aku terus mendapat ilham untuk bukak buku karya Rowena Murray. Bukak je k. Hanya buka dan baca isi kandungan dia.




Buku ni adalah Motivation Bibble aku. Aku tak rujuk buku ni macam mana nak menulis tesis sebab aku rasa, belajar dari senior dan workshop lagi berkesan untuk aku. Aku cuma baca buku ni bilamana aku tengah 'down'. Biasalah, buat PhD ni umpama naik roller-coaster, sometime up, sometime down.

Bila mana aku buka buku ni dan baca 'Isi Kandungan' buku ni, mata aku terpacak pada tajuk 'Free Writing'. Terus aku belek halaman yang dimaksudkan tu. Aku baca setiap patah perkataan berkenaan dengan Free Writing.

Wah! Masa membaca tu, aku rasa macam tergerak pulak nak buat FREE WRITING. Free writing - menulis dengan santai diatas kertas tanpa tujuan yang jelas, tanpa mengambilkira fakta dan olahan ayat, penulis hanya menulis apa yang terlintas di fikiran. 

Sumber : Wikipedia

Lepas dah habis baca 'bab' tu sampai habis, aku terus ambik my note book (buku contengan), pastu terus tulis apa je yang terlintas kat dalam kepala aku sampailah aku tertidur atas buku tu. 

Dan hasilnya - bangun pagi tu, aku terus bersemangat untuk bukak laptop, mencari jurnal-jurnal terkini, dan start menulis semula tesis aku yang aku dah tinggalkan sejak beberapa hari. Aku terus menulis dan menulis sehingga ke saat ini.

Wah! Menakjubkan!.

Ini semua penangan SOLAT TAUBAT. Dan juga doa yang aku selitkan dalam solat tersebut.

So sejak dari tu, aku percaya lah yang Solat Taubat tu sebenarnya juga merupakan pembuka rezeki untuk kita semua.

Pinta aku, aku berharap aku beristiqomah untuk buat solat taubat ni dan terus istiqomah untuk buat solat-solat sunat lain. InshaAllah.

P/S : Solat Hajat dan solat Dhuha pun penting jugak tau.
SHARE 15 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah.. Semoga terus berjaya dalam bidang yg diceburi..

    ReplyDelete
  2. semoga terus berada dalam lindungan ALLAH. diberkahi dan dirahmati.
    All the best dear.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan untuk buat Phd! Azwar follow akak juga! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih azwar atas doa tu. Tq sebab follow saya

      Delete
  4. Betul! Pernah dengar ceramah dari Ustazah Nor Hafizah Musa. Kadang2 kita tak dapat apa yang kita nak. Kita rasa susah, kejap down kejap up, kejap lagi down balik. Banyakkan istighfar ...memohon ampun dan maaf dari ALLAH SWT. InshaALLAH..akan ada jalan nya nanti. Hati pun tenang ajer rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kan. Kan. Rezeki tersekat nak datang sebab kita tak minta maaf lagi kat Allah

      Delete
  5. alhamdulillah .. entry yg sangat menyedarkan saya juga nie ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully ia bermanfaat utk kita semua. Entry ni juga buat peringatan utk diri saya juga

      Delete
  6. Alhamdulillah..semoga Allah permudahkan urusan.memang kepadanya sebaik tempat kita berserah bila down kan.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.
    sesungguhnya setiap sesuatu tu kalau dah buntu, kita kembali kpd Allah.
    minta petunjukNya.
    nah... ni bukti nyer kan? :)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE