Wednesday, 5 July 2017

Baru Tahu Kepentingan Google Analytics

Sejak aku join Kelab Blogger Ben Ashaari ni, macam-macam benda aku belajar pasal BLOG. Aku bersyukur sangat dapat tambah ilmu. Joining KBBA9 is not a waste. Semua blogger-blogger otai tak lokek ilmu dan sangat humble, tak memandang sebelah mata lah pada blogger picisan macam aku ni.

Dan salah satu benda wajib yang blogger perlu tahu ialah 'Google Analytics'. Sumpah, siyes! Selama ni aku tak pernah tahu pun pasal google analytics. Aku tahu Google Image, Google Map, Google Translate, Google Scholar je.. hahhahahaha.. Kuno sungguh ko ni DP!

https://developers.google.com/analytics/images/terms/logo_lockup_analytics_icon_vertical_black_2x.png

Dan sejak tu jugak, aku baru tahu pasal UV - Unique Visitor. Sebelum ni duk ambik tahu pasal PV jer. Rupanya blogger-blogger otai tak kisah pun pasal PV. UV lagi penting.



Apa beza UV dan PV? 


UV lagi detail compare to PV. Melalui UV, kita bole tahu ciri-ciri reader kita, berapa ramai first time reader kat blog kita, apa yang mereka suka baca, umur mereka, jantina mereka dan banyak lagi. Kalau untuk business pulak, Google Analytics ni memang tools WAJIB yang setiap company perlu ada. FREE je k. Walaupun blog aku ni bukan blog business , tapi in order to be a success blogger, tools ni memang wajib jugaklah untuk aku. 

Kalau korang nak pasang Google Analytics (GA) ni untuk blog korang, korang sign up jer kat website GA. Kalau nak tahu macam mana nak pasang GA untuk blog korang, korang boleh baca tutorial ni :
- Cara pasang GA kat blogspot dan wordpress, boleh baca kat blog CIK SEPET.  
- Cara pasang GA kat self-hosting blog , boleh baca kat blog HAFIZ RAHIM. 

Enjoy your reading k!

15 comments:

  1. Thanks a lot sharing entry ni...
    Lepas ni nak blajar GA ni pula...

    By the way, nak join segment mrs pip, boleh check entry kat sini..

    http://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/07/sedang-berlangsung-segmen-i-am.html

    syarat2 ada disertakan bersama ... mudah jer...cheers

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun nak kena study jugak pasal GA ni. *budak baru nak belajar.

      anyway, TQ mrs pip for the link, nanti saya jengah. Nak gak masuk contest yang Mrspip buat

      Delete
  2. IQ pun baru letak GA lepas KBBA bagitahu, baru nak masuk 2 bulan letak. baru tahu UV bulanan berapa. Tak der la gempak mana...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la IQ, sejak masuk KBBA ni lah saya tahu.. Kalau IQ tak gempak, saya lagilah sendu IQ.

      Delete
  3. GA ni mmg penting utk tgk view pv uv penuh yang tepat... Lea singgah sini n follow.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ LEA sebab sudi baca entry-budak-baru-nak-belajar ni. Terima kasih jugak sebab follow sini

      Delete
  4. INFO MENARIK NI DP BARU JUGA TAU

    ReplyDelete
  5. yeay..akak dah ada GA..lepas ni boleh la detect traffic blog. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah miera. Tu la akak baru tahu bila geng kkba bgtau. Huhhhuhu. Kalau tak, sampai sudah tak tahu

      Delete
  6. nice sharing kak.. share la lagi benda2 mcm ni.. boleh CT blaja skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ct for the comment. Komen awak buat saya bersemangat nak tulis lagi pasal tips2 blogging ni. Tq tq

      Delete
  7. aida tau lama dah kaitan GA dan blogging.
    but x pernah amik kisah.
    sebab? aida bukan blogging tegar.
    blogging kira nyer ada masa.
    but... bila difikirkan, once a blogger always a blogger kan.
    need readers.
    so, nanti free boleh la aida cari ilmu pasal GA dari link di atas tu.

    ReplyDelete
  8. Saya pon baru tahu..nampak sangat tak peka dengan benda benda ni..haha

    ReplyDelete