Wednesday, 12 July 2017

PhD Talk : Bila Mood Tengah 'Swing'


Buat PhD ni macam naik roller coaster, ada ketika di atas, ada ketika di bawah. Ada hari mood baik, semuanya best jer, macam-macam boleh tulis. Ada hari mood down, satu apa pun tak boleh buat.

Semua PhD graduate atau PhD candidate yang aku jumpa, semua kata macam tu. Benda yang sama jer diaorang experience. Exactly the same with what I felt. Tak ada yang kata perjalanan PhD diaorang smooth jer. Pasti ada yang bengkok sana sini, walaupun orang tu GENIUS tahap Albert Eistein.

Air mata dah menjadi teman rapat. Sekuat mana pun individu tu, tetap juga merasakan 'sakitnya' itu. Cuma mungkin golongan Adam tak menangis la kot. Nanti tak macho pulak kalau menangis. Tapi kalau kaum Hawa - menangis tu perkara biasa. Sakitnya nak menghabiskan perjuangan ini hanya Allah je Yang Tahu.

So, apa yang aku buat bila mood tengah swing ni?

Mula-mula buat SOLAT TAUBAT macam yang aku cerita kat entri - "Mood 'Menulis' Datang Membuak-Buak Selepas Solat Taubat".

Dan juga, selalu buat solat-solat sunat yang lain macam Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Dhuha.

Bila dah buat solat-solat sunat, Alhamdulillah nampak la kesannya.

Tapi walaupun dah buat dah solat-solat tu, namun kita masih lagi diduga. Perjalanan phd ni tak smooth. Semua student merasakan apa yang aku rasa ni. Walaupun orang tu genius ke alim ke tetap akan diduga dengan kepayahan untuk settlekan pengajian phd ni.  Ya lah, mana ada kejayaan yang datang bergolek kan, pasti akan diduga dengan macam-macam masalah.

So, apa yang aku buat bila tiba saat itu (tak ada mood nak menulis)?

Salah satunya, aku pergi bercuti. Alhamdulillah berkesan jugak!

Lagi? Pergi swimming atau tengok wayang. Disebabkan aku bukan kaki wayang, so aku pilih swimming - Alhamdulillah berkesan!

Ok, selain tu?

1. Download journal paper banyak-banyak.
 Just download je. Tak yah baca. Yang ini best buat, sebab tak perlu nak perah otak. Hanya tekan mouse, klik-klik-klik jer. Senang! Download jer sebanyak mungkin artikel jurnal yang reate dengan research kita. Nanti-nanti baru baca.

 2. Baca journal paper banyak-banyak.
Ok, bila dah download banyak-banyak. Ambik, baca paper 1-2 artikel. Baca dalam keadaan santai. Chill jer. Macam baca majalah atau komik atau novel atau anggap je korang tengan stalk IG atau FB. Kalau rasa artikel bosan, ambik artikel lain pulak dan seterusnya. Baca je banyak-banyak. Nanti, sampai ke satu tahap, aku akan rasa dapat IDEA! Yess.. Rasa macam tak sabar-sabar nak tulis. Just tulis je cincai-cincai (free writing). Pastu, bila dah start menulis tu, dengan sendirinya idea datang dan datang sehingga kita rasa langsung tak nak berpisah dengan laptop.


Yesss!! Itulah apa yang aku buat. Alhamdulillah banyak jugaklah membantu.

Hopefully entry aku ni membantu mengembalikan keceriaan korang - bagi yang tengah berjuang macam aku ni. All the best ya.

Thank you for reading! 

13 comments:

  1. Ada kawan say apun tengah ambik PHD.. memang banyak dugaan.. Katanya nak berenti je. Tapi saya suruh kuatkan semangat sebab bukan semua orang mampu buat PHD.

    ReplyDelete
  2. wahhh.. akak sambung phd rupenye.. good luck ye.. :)

    ReplyDelete
  3. All the best DP ...
    Semoga berjaya habiskan PhD ni ...
    Lepas ni nak panggil Dr.DP dah....
    Cheers ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu.. Sakitnya mrs pip nak chill tu. Huhu

      Delete
  4. All the best DP ...
    Semoga berjaya habiskan PhD ni ...
    Lepas ni nak panggil Dr.DP dah....
    Cheers ya.

    ReplyDelete
  5. Kawan PC ada yang sedang ambil PhD...kadang tengok macam tak terurus...kesian pun ya...dia kata hari2 rasa giveup tu ada...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pc, itu bukan hari2 rasa nak give up, memang dah give up dah. Tapi bila give up je, ada semangat datang, pastu tak jadi give up, pastu dtg give up, pastu tak jadi. Macam itulah kitarannya PC. Saya pun sama rasa apa yg kawan PC tu rasa.. Sebab kitaorang ni sama je.. Hidup memang tak yah cakap la, memang langsung tak terurus dah, baju pun pakai je baju apa yg ada depan mata, colour matching semua tak kena, makan pun ikut dan je... Huwaaaaaa... Bilalah agaknya dapat hidup normal mcm orang lain. Huhu

      Delete
  6. Ooo Sambung PhD ye.. Tahniah bukan semua org mampu buat. Semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. Nasib baik saya baca. Tadi sata ingat entry dulu also about phd.

    Saya bukan kaki wayang tapi saya pun tak suka tengok wayang. Saya pergi swimming bila saya tak tengok wayang sebab saya bukan kaki wayang. Hihihi.

    ReplyDelete
  8. Nice sharing....solat taubat tu setuju...sangat membantu kan...rasa sangat tenang jer =)

    ReplyDelete
  9. Setuju solat and swimming semua tapi yang part baca journal secara santai tu rasanya akan buat saya jadi lagi stress adalahhh. all the best kak in your PhD!

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete