Wednesday, 12 July 2017

Tidur Lambat. Bangun Lambat

Sejak Ramadhan hari tu, FL tidur lambat je malam-malam. Dia akan tidur antara jam 12pagi hingga jam 2 pagi. Kul 12 tu paling awal lah.. Huhhuhu.

Dia buat apa tidur lambat? Dia main jer. Main.Main.Main.Main.Main.Main.Main.Main. Main.

Aku tak tahu mana dia dapat tenaga. Kalau nak kata siang dia tidur banyak, TAK! Siang dia nap kat school sekejap jer antara 1-2 jam jer. 2 jam tu paling maksimum la. Lepas bangun dari nap, dia punya tenaga tu macam bateri eveready 48 jam tahan. Huh!

Balik rumah sambung main plak kat rumah. Mummy tak ngantuk ke? Siapa cakap tak oooo, dah lah masa bulan puasa penat dia tu lain macam jer, asyik fikir nak tidur je. Tapi selagi anak tak tidur, manalah boleh tidur.

FL ni jenis individu yang jenis interpersonal intelligence tinggi (people smart). Orang macam ni dia jenis suka bersosial, tak boleh main sorang-sorang dan suka bermain/bekerja dalam group. Dia beza dengan mummy dia. Aku ni jenis intrapersonal intelligence (self smart) - suka bersendiri, suka pergi kat tempat tak ramai orang dan tak suka sangat bersosial. Eh! FL ni ikut daddy dia - people smart.

So, sebabkan FL orang yang macam tu, dia sentiasa nak mummy dan daddy dia temakan dia main sampai dia tido. Huhuhu.. Harapkan mummy nak buat kerja rumah? Jangan haraplah. Dia akan suruh mummy tinggalkan kerja tu, dan main dengan dia. Kalau daddy dia tak outstation, so bolehlah layan dia tapi kalau daddy dia outstation, terpaksalah aku layankan dia. Huhu..



Semalam, kawan rapat aku cadangkan kaedah yang dia buat kat anak dia. Pukul 10 malam bawak anak-anak masuk bilik, tutup lampu! Kalau dia nak main pun, biarkan dia main dalam gelap.

Ok, aku ikut. Alhamdulillah berkesan! So, lepas dah tutup lampu tu, aku buat-buat tido, biarkan je dia main sorang-sorang. Mula-mula aku dengar la dia bercakap atau menyanyi,pastu diam. Oh Lega! FL dah tido! Yessss!

Rupa-rupanya dia duk korek-korek mulut dia sampai muntah, dia nak tarik perhatian mummy!. Errrggggh! Habis semua bedsheet ngan pillowcase. Addduh! Rasakan mummy, sape suruh mummy tak layan saya.

Dah satu hal pulak, nak kena bersihkan tilam. Nasib baik dia muntah atas bantal, so tak kena tilam ,cuma bedsheet kena tukarlah sebab berbau. Geraammmmnya mummy.. Tapi sabaaarrr je la.. Nasib baik baru 3 tahun.

Lepas drama tu, lepas dah bersihkan badan dia semua, ok dah boleh tido. FL ni manja ngan mummy. Malam-malam mesti nak tido peluk mummy. Penangan breastfeeding 2 tahun kot. Mummy lah bantal busuk dia..

Walapun semalam bersiaran Drama Episod 1, dia berjaya juga tido sebelum kul 12 am. Alhamdulillah. Semoga malam ni dapat tido lagi awal.

Anak oh! Anak. Layankan jer. Nanti dah masuk asrama esok-esok, dah tak boleh la nak drama-drama macam ni..

18 comments:

  1. karenah budak tu..

    kalau dah 3 orang ..

    haru biru rumah dibuatnya

    p/s : loading speed untuk blog laju la..ada pasang apa ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kalau 3 org tak yah ckp la, rumah jadi tongakng pecah je la. Hihi

      P/s :saya tak pasang apa2 pada blog. Normal je. Cuma saya tak letak iklan, tak letak gambar kat header dan tak letak gambar kat sidebar. Maybe sebab tu la laju kot. Tapi blog orang lain pun laju gak sy tgk

      Delete
  2. hahaha comel je..sian mummy dik..

    tape latih at least 21 ari lama2 biasa la tu dia tido awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.ok 21 hari k? Ok saya cuba

      Delete
  3. budak ni kadang ada faktor kenapa dia aktif malam2...macam anak IQ, kalau IQ bagi makanan manis malam2, mula la dia tak ley nak tidur awal, energy dia memang superb punya. IQ memang avoid bagi benda manis malam2..kalau x, payah dia nak tidur. masuk dalam bilik, tutup lampu pun satu cara berkesan. IQ selalu buat dekat anak IQ sampai sekarang. dia akan tidur jugak lepas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih iQ sebab share your story. At least saya boleh ambik pengajaran juga

      Delete
  4. FL maybe sama dgn ijat. jenis nak berteman main.
    aida la biasa nyer jadik mangsa main dgn ijat.
    kakak2 busy dgn keje skola.
    ayah busy dgn diri sendiri.
    hingga la ijat tutup mata...
    ijat waktu tido dia 11-12 mlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la aida, dia tak boleh main sorang2.. Huhu.. Skrang ni dia tak ada adik beradik lain lagu, so kittaorang la yang kena temankan dia main. Huhu

      Delete
  5. anak anak saya pun sama. ada masa sampai kena paksa tido. hr tu test start petang ke malam no air manis, sweet, chocolate apa apa yg manis la. senang mereka tido

    ReplyDelete
  6. bijak nya korek tekak utk muntah...haha serius bijak! wpn mak jd ijo pastu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Memang mak dia jadi hulk la lepas tu.. Addduuuhh!

      Delete
  7. Lambat tu FL tido. Anak kita pon kekadang tido lambat jugak. Tutup tv tutup lampau paksa soh tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lambat fiza. Ni nak train tido awal balik macam dulu2. Susah bila tido lambat ni, susah nak bangun pagi,bila pagi2 bersiaran la drama tu nak gi skolah. Huhu

      Delete
  8. anak pun jenis liat nak tidur awal..

    ReplyDelete
  9. sabarlah dp..nanti dia dah besar sikit, tu lah kenangan yang ada.semoga malam ni dan malam-malam sterusnya FL tido awal

    ReplyDelete
  10. hee~ nanti dah besar sikit lain plak pe'el dia.. sabar ye mama.. anak atie jenis tido lambat, bangun cepat.. nap tengahari kena paksa.. adoi !! darah tinggi mak..

    ReplyDelete