Friday, 21 July 2017

Travelogue New Zealand 2017 | Our Accommodation in Christchurch

Sambungan dari entri ini - "New Zealand 2017 | From Auckland to Christchurch".


Macam biasa, penginapan kitaorang di New Zealand book kat airbnb.com. Semuanya kitaorang ambik jenis 'guesthouse' tapi kalau kat Malaysia, orang panggil 'homestay'.

Sebenarnya salah istilah 'homestay' tu. 'Homestay' tu merujuk kepada penginapan kebudayaan yang mana owner stay sekali dengan guest dan menjamu guest dengan hidangan makanan tempatan dan menyediakn aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan tradisional , contoh macam main guli, main congkak, main gasing dan sebaginya.

Aku harap istilah 'homestay' tu ditukar la lepas ni. Bukan Kerajaan yang perlu tukar tapi owner penginapan tu sendiri. Jangan main ikut orang jer bila buat bisness yang berkait dengan tourism/travel ni, sebab sedikit sebanyak ia mencemarkan nama baik Malaysia.

Di Christchurch hari tu, kitaorang stay kat Birchdale.

  Terdapat 8 unit rumah kat sini.Semuanya untuk disewakan.

Sebuah rumah ni boleh muat 4 orang jer. So, kitaorang sewa 2 unit rumah. 

Ni halaman rumah. 
Alhamdulillah dapat rumah ground floor, so ada lah tanah skit. hehe. 
Boleh FL jogging pagi-pagi.

Setiap unit rumah disediakan 1 unit parking sahaja. 
Kat dalam email, dah dibagitau no.lot parking kita. 
So, tak boleh arking sesuka hati nanti guest lain marah.

Ni permandangan dari luar. Satu floor ada 2 unit rumah


Ni rumah kitaorang yang unit ground floor. 
Atas tu pun, rumah yang kitaorang sewa gak.
Cahaya matahari terik, tapi sejuk.

Setiap rumah yang kitaorang pergi sepnajang mengembara di NZ ni, tak ada owner tunggu. 
So, diaorang letakkan kunci dalam benda alah ni.  So senang. Tak menyusahkan owner nak hantar kunci bagai.

Untuk mengambil kunci yang diletakkan di dalam bekas ni, kita kena tekan 'kod rahsia'. 
Kod rahsia tu diantar melalui email sebaik saja booking dan bayaran dibuat. 
So, setiap guest akan mendapat kod yang berbeza.

Bila nak check-out, kunci rumah dan semua tingkap seperti macam kita sampai, pastu letak semula kunci rumah tu dalam bekas ni, and tekan kod rahsia tu semula.
 Nanti owner akan datang, ambik kunci.

Macam biasa, fasiliti yang wajib ada - DAPUR!

 
Hari tu masa tengah masak-masak kat sini, terlupa ada makanan atas dapur sampai jadi 'hangit' dah makanan tu. huhu. Pastu, sepantas kilat, 'alarm kebakaran' berbunyi. huhuhu. 
Panik jap kitaorang takut guest lain marah sebab bising.
Baguslah, Sistem keselamatan dia tip-top..

Mesin basuh ni salah satu fasiliti yang aku consider untuk book tempat tidur, 
sebab aku tak bawak baju banyak-banyak bila travel (baju FL je banyak), jadi basuh je baju yang dah dipakai - recycle.


Meja makan

Living room



Sofa tu boleh jadi bed


Toilet dia kecik je tapi ok lah. Bersih dan selesa.


Kat dalam rumah ni ada 2 bilik. 1 master bedroom, 1 bilik single bed ni. 
Kat living room boleh tidur ramai-ramai.


Ni master bedroom

Ni permandangan sekitar


Best la rumah ni. Kitaorang suka. Sebab lengkap kemudahan yang disediakan. Siap ada wifi percuma lagi.

Hari tu, kitaorang check-out dari rumah ni kul 10 pagi, terus pergi ke Christchurch City. 10 minit je drive. Jalan-jalan kat City sampai jam 12.30 tengahari, pastu kitaorang gerak pergi ke Lake Tekapo.

4 comments:

  1. SELESA TEMPAT INAPNYA MESTI SERONOK BERCUTI DI SANA

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok DP bercuti lebih2 lagi NZ memang tempat yang ingin LZ pergi..

    ReplyDelete
  3. wowww dp bestnya blog.. mcm ralit pula nak baca ni. omg keje keje...

    ReplyDelete