Thursday, 14 September 2017

Misi Mencari Tadika

Assalamualaikum. Selamat hari Merdeka dan Selamat Menyambut Bulan September. Sorry lambat wish.. Tak berapa sihat sikit lately, but cuba untuk update takut nanti blog ni bersawang plak... Untuk yang tinggalkan komen kat entri-entri lepas aku ucapkan ribuan terima kasih sangat-sangat, nanti aku reply k & balas kunjungan korang kat rumah korang pulak nanti...

*****************

Hari ni aku nak share pasal perbandingan tadika yang aku buat setakat ni. Next year, FL will turns 4. So we decide to send her to another preschool. Skrang FL enroll kat playschool sejakumur dia 1 tahun lagi. School FL yang sekarang ni ada preschool sampai umur 6 tahun tapi ada kriteria yang kitaorang suami isteri nak tak ada disitu. So jawabnya kena cari sekolah lain la.

Kriteria kitaorang - ialah guna english medium dan ada islamic studies. Islamic studies ni termasuklah ada ajar anak-anak bersolat, mengaji dan hafaz surah-surah penting dalam al-Quran. School FL skrang ni ada ajar solat tapi hanya solat jer, yang lain-lain tak ada & guna bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan. So, that's why la kitaorang nak cari kiddy lain yang lebih dekat dengan area rumah. Senang, tak yah redah jem nanti.

So, antara kiddies yang aku dah survey, antaranya ialah seperti berikut. Hopefully perkongsian ni dapat menyenangkan ibu-ibu yang lain jugak yang nak cari kiddy untuk anak-anak nanti.

1. Brainny Bunch
Brainny Bunch ni kan famous kan, so pasti semua orang tahu. BB menggunakan kaedah MONTESORRI sebagai method pembelajaran. Guna english medium. Ada educate kids untuk solat tapi tak ajar kids untuk hafaz surah-surah penting. Ada ajar kids membaca, mengira tapi menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Mesti budak-budak suka, sebab main je. Tak ada homework.BB menerima kids dari seawal umur 2 tahun. So, milk & diapers dibenarkan di kiddy ni. Nanti teacher-teacher akan potty train the kids.

Maklumat lanjut kat website BB - http://www.brainybunch.com/

Ni yuran BB :  http://www.brainybunch.com/images/Fees/Kindy%20Fees%20Schedule%202018.jpg


2. CIC (Children Islamic Centre)
CIC ni menggunakan kaedah pembelajaran konvensional seperti kat sekolah-sekolah. Kat CIC student diberikan homework setiap hari dan ada exam untuk menilai pencapaian student. So, ia sangatlah exam-oriented. Bhasa perantaraan yang digunakan ialah dwibahasa - english & malay. They do educate kids to pray, ada ajar mengaji dan hafaz surah-surah penting. Kat sini, kanak-kanak diterima dari seawal usia 3 tahun. But, no milk & diapers are allowed. So, parents dah kena ajar anak-anak untuk tak minum susu & pakai diapers masa kat sekolah (kalau diaorang diantar seawal umur 3 atau 4 tahun).  


Maklumat lanjut ada kat website CIC - http://www.cic.com.my/

Registration Fee : RM 1100 + RM 140 (Uniform Set A & Set B)

Monthly Fee : 
Pakej Mutiara (8.30 am - 12 pm ) - RM 280 / RM 330
Pakej Delima (8.30 am - 2.30 pm ) - RM 350 / RM 510
Pakej Zamrud (8.30 am - 5.30 pm) - RM 480 / RM 710
 
** Perbezaaan yuran bulanan tu tertaluk pada branch mana yang kita pilih sebab yuran berbeza mengikut lokasi. Tapi semua branch provide semua pakej tu.


3. KinderKaizen
Kinder Kaizen ni aku follow perkembangan dia sejak dari first branch mula-mula dulu di Kota Damansara. Masa tu aku tak ada anak lagi tapi dah pasang angan-angan nak antar anak ke sini nanti. Tapi bile dah ada anak ni, kena studi semula la berbaloi atau tak antar anak ke kiddy ni dan ia memenuhi tak kriteria yang aku & en.suami tetapkan.

Alhamdulillah, KinderKaizen berkembang dengan pesat dalam masa beberapa tahun je. Sekarang, Kiddy Kinder Kaizen ni ada di mana-mana di Lembah Klang ni. Tengok je website diaorang, ada tak kat area umah korang.

KinderKaizen ni guna method play-based-learning. Maksudnya belajar sambil bermain. Hari-hari student pergi sekolah hanya untuk bermain. Tapi bukan main tanpa faedah tau. Permainan tu sebenarnya merangsang minda diaorang untuk berfikir secara kreatif dan membantu pembentukan sel otak kiri dan otak kanan untuk berkembang dengan cepat.

Kat sini tak ada homework. Membaca dan mengira dan menulis diajar menggunakan kaedah bermain. Bahasa yang digunakan di kiddy ni ialah bahasa inggeris. Tapi kat sini tak diajar solat, mengaji dan hafaz surah-surah penting. So kiranya, anak-anak dari agama apa pun boleh diantar ke KinderKaizen ni.

More info - https://www.kinderkaizen.com/


Monthly Fee :
Half Day - RM 350
Full Day - RM 600 ++


4. Little Caliphs
Little Caliphs ni ialah islamic kiddy. Diaorang ada ajar anak-anak solat, membaca al-quran, dan hafaz surah-surah penting. Method pembelajaran kat sini ialah fun-learning tapi ada diajar membaca, menulis, mengira. Islamic studies kat sini emphasize on TAUHID to ALLAH dan diajar tentang akidah, ibadah dan akhlaq. Bahasa yang digunakan disini ialah bahasa inggeris. Kat sini tak ada homework. Ada workbook yang wajib dibeli, tapi semua aktiviti dibuat di sekolah saja dan tak dibenarkan bawak balik rumah. Untuk student umur 6 tahun, ada modul pre-tahfiz untuk melatih anak-anak menjadi tahfiz muda. Untuk kids umur 4 tahun dibenarkan bawak susu dan pakai diapers. Nanti teacher ajar untuk potty train.

For more info - http://littlecaliphs.com.my/

Registration Fee : 
RM 1615 - 1815 (4 tahun), 
RM 1635 - 1835 (5 tahun), 
RM 1765 - 1965 (6 tahun).

** Semua yuran registration termasuk dengan bayaran uniform + buku-buku + little scientist kit

Monthly Fee : 
Half Day (8.00 am - 12.00 pm ) - RM 260
CEP 1.45 pm (8.00 am - 1.45 pm ) - RM 400
CEP 5.30 pm (8.00 am - 5.30 pm) - RM 460
 http://4.bp.blogspot.com/-IxHr2A8ouh4/VjBpZyXqtKI/AAAAAAAAAgI/pGf_QZMCcAc/s1600/GOING-TO-LITTLE-CALIPHS-%2528front%2529-2.jpg

Itu je lah kot yang aku dapat share. Actually ada lagi 2-3 kiddies yang aku survey, tapi aku rasa tak semua tempat ada kot kiddies tu. So, ini aku share kiddies yang korang selalu dengar dan InshaAllah branchnya ada kat tempat korang.

Hopefully membantu..

Tapi ingat - kita sebagai parents jangan force anak-anak. Biarkan dia menikmati zaman kanak-kanak dia. Kalau dia belum bersedia nak membaca, jangan push, nanti sampai pada waktunya, dia sendiri yang nak membaca. Sam jugak dengan matematik, kalau anak-anak tak bersedia nak belajar math, jangan paksa, nanti sampai waktunya diaorang akan bersedia nak belajar.

Aku pun tak decide lagi nak pilih kiddy yang mana untuk FL nanti. Nanti-nantilah, difikirkan. Ada banyak masa lagi ni.hihi

5 comments:

  1. anak saya yang 1st LC. yang no 2 ni next year 4thn igt nak hantar LC jgk. sebab dah biasa kot. mak pemalas nak pk sekolah lain.

    ReplyDelete
  2. baru saya tau rupanya sekolah begini ada banyak pakej.
    tapi tentang elak jem tu saya setuju sangat.
    tak nak anak terlantar menunggu time balik.
    thanks.

    ReplyDelete
  3. betullll. yang penting jangan force anak-anak :)

    ReplyDelete