Tuesday, 10 October 2017

Bawa Anak Bercuti di Bukit Gambang Resort, Kuantan

Cuti panjang 16 September hari tu, kitaorang satu family (my big family) pergi bercuti kat Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang. Ni kali kedua kitaorang pergi sana. First time dulu my small family je pergi, sebabkan tempat tu best, tu cadang bawak my big family datang bercuti kat sini.

Pengalaman pertama kitaorang pergi ke Bukit Gambang Resort dulu, boleh baca kat sini - 

Kali ni kitaorang stay apartment kat Arabian Bay. Book kat booking.com je. Kitaorang book 2 unit apartment. 1 unit untuk boys, 1 unit untuk girls, anak-anak tidur ngan mak-mak.. Satu unit apartment ni ada 2 bilik tidur & 2 bilik air, so total ada 4 bilik tidur lah..

 
 Ini rupa apartment tu

Tempat ni best sebab sesuai untuk percutian keluarga kalau ada anak kecik sebab diaorang boleh enjoy tengok binatang kat Safari. Since FL is an animal lover, so tempat ni memang sangat in lah ngan jiwa dia. Boleh baca entry tentang Safari ni during my last visit kat sini - "Bestnye Tengok Binatang di Safari Bukit Gambang, Kuantan"

Pastu jugak, boleh bawak anak-anak main air kat Gambang Waterpark. FL pun hantu air jugak, so kiranya Gambang Resort ni memang kenalah ngan jiwa FL. 

Since aku dah cerita panjang lebar kat entri-entri yang lepas, jadi entri ni aku tak cerita detail sangatlah. Aktivitinya sama je macam ppercutian sebelum ni. Copy paste je itenerary sebelum ni. 

Safari Bukit Gambang ni tak sama macam kat Zoo Negara atau Zoo Taiping atau mana-mana zoo kat dalam Malaysia ni. Kat sini jauh lebih fun dari kat zoo. Sebabnya kat sini ada banyak show. Dan show-show tu pun tak bosan macam kat Zoo.

Pastu pulak nak tengok binatang kat sini kena naik truck, masuk dalam hutan. Tengok real life binatang tu kat habitat sebenar dia - dalam hutan.

 During bird show kat dalam Safari tu. 

 
 Excited dapat tengok animal show..

 Boleh bagi makan kat haiwan-haiwan kat sini

 Ni cheetah. 
Dari dalam truck, dapat tengok binatang-binatang ni semua.. 
 Singa

 Dubok

 Harimau


Burung merpati. makanan haiwan ni semua ada dijual kat sana. Sediakan duit jer.

Banyak lagilah binatang-binatang lain kat Safari ni... Boleh baca kat entry aku yang lepas kat SINI.  

Melalui pemerhatian aku, komen-komen aku tentang Bukit Gambang Safari Park ni pada entry yang lepas, semuanya telah di perbaiki oleh pihak pengurusan Safari Park ni. Banyak info dan signboard telah tersedia kat dalam Safari ni, so memang sangat membantu memberi maklumat pada visitors yang datang ke sini. Well Done Safari's Crew  (thumbs up). 

Gambang Waterpark tu pun best.. FL memang enjoy habis.. Same goes to other kids.. Sorry tak ada gambar, tak sempat nak pegang handphone masa kat dalam waterpark tu. 

Pendek kata, tempat ni sangat-sangat berbaloi untuk bawak anak-anak bercuti... I highly recommed it.. 

Seapa nak info lanjut pasal tempat ni, boleh surf je website diaorang - http://bgrc.com.my/water-park/

P/S : Makanan tak dibenarkan masuk ke dalam dua-dua park ni kecuali air mineral & makanan untuk baby sahaja yang dibenarkan. Sebelum masuk tu, diaorang check beg, tengok apa isi kandungan beg kita tu.. hehe..  

9 comments:

  1. WAH MENARIK TEMPAT NI UTK PERCUTIAN KELUARGA

    ReplyDelete
  2. Wah.. teringin nak tengok dubuk in live..

    ReplyDelete
  3. plan nak pergi next year >,< macam best je tengok

    ReplyDelete
  4. tempat ada banyak binatang ni sesuai sangat bawak budak2. tak la dorang bosan kan. ada rezeki nak ke sana jugak insyaaAllah.

    ReplyDelete
  5. bestnya !!! tak pernah sampai lagi kat sana.. huu~ nanti share la tempat makan best kat kuantan tu..

    ReplyDelete
  6. Makcik saya ada mention pasal tempat ni. Nanti ada rezeki boleh lah suggest tempat ni kat kawan2 saya skali.

    ReplyDelete
  7. best jugak. tp mek kena tunggu anak mek besar dlu, biar tahu kenal binatang dlu sbb kang skang pegi dia cm blur :) nice info DP

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa dapat jalan2.. dapat tengok binatang2..

    ReplyDelete