Monday, 30 October 2017

Ke Jepun dengan Malaysia Airlines Online Booking

2017 hampir melabuhkan tirai. Selamat datang 2018. Maknanya dah hujung tahun dah..Kejap je rasanya. Aku rasa baru semalam kot aku celebrate birthday FL, ni dah nak masuk tahun baru. huhu..

Apa-apa pun, hujung tahun means masa untuk bercuti - it is a HOLIDAY TIME! So, kemana agaknya destinasi percutian korang hujung tahun ni? Ce share mana tahu kot-kot aku boleh ciplak idea korang. hehe..

Aku pulak? Aku tak decide lagi nak kemana-mana, tapi ada la angan-angan ke beberapa destinasi pilihan. Tunggu everything settle dulu, then baru boleh fikir betul-betul mana nak pergi.

Tempat yang aku memang teruja nak pergi mestilah JEPUN! Dah 2 kali aku jejakkan kaki kat Jepun ni tapi masih tak puas lagi. Selagi seluruh bumi Jepun aku belum habis takluk lagi, selagi tulah semangat nak travel ke Jepun masih membara....hehe

#THROWBACK - TRIP TRAVEL KE JEPUN

First time dulu aku jejakkan kaki kat Jepun masa honeymoon dulu tahun 2013.. Masa tu honeymoon kat Tokyo.. Wow! bestnya rasa sebab nak sangat tengok bunga sakura masa tu. Alhamdulillah dapat gak tengok sakura untuk pertama kali dalam hidup. Trip honeymoon tu ditaja oleh pihak Jepun memandangkan masa tu en.suami ada bisness ngan orang sana. 

So, tu kira rezeki la untuk kitaorang berdua dapat honeymoon free. Semua ditaja oleh pihak sana termasuk penginapan dan makan kat Sheraton Hotel.. 

 Kalau pergi Jepun, tak bergambar ngan awek Jepun tak sah!

Kali ke-2 ke Jepun, masa tahun 2015 - travel ke Osaka-Kyoto, masa tu FL baru umur setahun setengah.. Suka FL dapat tengok bunga-bunga luruh. Mummy pun happy gak sebab dapat tengok kecantikan Jepun dikala musim Autumn. Seriously, memang cantik bangat musim luruh di Jepun. Pesan aku, kalau korang nak ke Jepun, pergilah masa Musim Autumn sebab autumn ni merupakan musim yang paling cantik kat Jepun. Serious tak tipu!

 Ni kat Hozugawa River Bridge, Kyoto masa musim autumn. 
Tourist spot yang wajib singgah kalau travel ke Kyoto

 Air kat Jepun sangat bersih dan jernih. Samaada air sungai ke, air laut ke, air tasik ke or even air longkang sekalipun, memang sangat-sangat clean! Aku tak takut kalau aku 'ter-minum' air ni..hehe




Wajib beli sourvenir Jepun ni

So, kali ketiga ke Jepun mungkinkah tahun ni?? errmm...

Apa-apa pun , aku kena usha tiket flight dulu. Kalau tiket murah, why not grab kan? Nanti menyesal. 

RASA NAK TERBANG DENGAN MALAYSIA AIRLINES

http://sta.nusatrip.net/cmsimg/15/15/malaysia-airlines-pesawat-a380.jpg

Mungkin aku boleh naik Malaysia Airlines kali ni. Sebab apa? Sebab Malaysia Airlines punya seat lebih selesa dan luas. Ok lah untuk flight 7 jam - tak lenguh-lenguh sendi sendu semua nanti. 

Untuk standard aku ni seat Economy Class je lah (Standard Seats). Malaysia Airline ada offers ‘Favourite Spot’ yang mana kita boleh book any seat yang kita nak masa penerbangan tu nanti. Tapi service ni applicable untuk online booking je. Ada 2 jenis seat untuk kelas ekonomi ni iaitu Premium Seat dan Standard Seats. Premium ni ialah seat beberapa baris hadapan dan dekat dengan emergency exit seats dan selebihnya adalah Standard Seats. Yang bestnya 30 kg checked baggange allowance. Yang syok lagi, masa flight nanti ada entertainment – boleh enjoy tengok movie atau main game. 

Kalau Business Class dan First Class pulak, seat dua-dua kelas ni lagi best. Seats ni boleh reclined sampai 180 darjah, fully flat position!! Seats dah macam katil  confirm selesa tahap maksima. Boleh akses secara percuma di Golden Lounge Malaysia Airlines. Haaa boleh la mandi ke, minum dan akses Wifi percuma sementara tunggu flight tu. Untuk First Class korang boleh akses ke  Malaysia Airlines’ new fronted check-in lounge dengan perkhidmatan serba mewah dan sangat selesa.

MACAM MANA NAK BOOKING TIKET DENGAN MALAYSIA ONLINE BOOKING?

Nak booking online? Senang je! Klik je link Malaysia Airlines Online Booking ini. Mudah, cepat and ada banyak promotion. Cara nak booking pun senang jer. 


Korang bukak dulu laman web.  Buat carian dengan mengisi butiran penerbangan seperti destinasi, tarikh dan bilangan passenger. Dah tekan button search flight tu, nanti keluarlah senarai syarikat penerbangan, jadual penerbangan dengan harga tiket sekali. Then pilih penerbangan yang sesuai dengan waktu yang korang nak. Seterusnya korang kena isi maklumat penumpang. Settle isi, korang kena pilih method payment sama ada nak bayar guna kad kredit atau kad debit, internet banking atau melalui 7 Eleven. Last skali, korang akan terima E-ticket melalui email selepas 60 minit bayaran disahkan.

Then, persiapan dan persedian terakhir of course kena buat itinerary untuk trip nanti. 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TOKYO

Ok, untuk sesiapa yang rasa nak ke Tokyo nanti, ni aku share antara tempat-tempat best yang korang boleh pergi:

Tokyo Sky Tree – Menara tertinggi di Jepun.

Tokyo Tower – Mercu tanda Bandar Tokyo sebelum adanya Tokyo Sky Tree. Amik gambar di sini persis berada di Eiffel Tower sebab warna merah.

Akihabara – Syurga bagi penggemar anime dan manga. Ada Maid Cafe, Gundam Cafe dan macam-macam lagi.

Odaiba - Pulau buatan . Banyak rekaan banggunan yang menarik dan canggih.

Shibuya - Kena pergi Shibuya Crossing untuk tengok suasana dan kesibukan orang lalu lalang kat situ. Terkenal dengan kawasan membeli-belah. Window shopping jela nanti. Huhu 

Tsukji Market – Makan sushi murah dan peluang tengok ikan yang bapak besar.

Yojogi park -  Taman terbesar di Tokyo. Lepak santai sambil nikmati pemandangan awesome.

Ueno- Tempat sesuai untuk tau sejarah, budaya dan kesenian rakyat Jepun.

Hakone/ Lake Kawaguchiko – Bersebelahan dan terdekat dengan Tokyo. Ni 2 kawasan yang popular untuk tourist lihat Mt. Fuji secara dekat.

P/S : Kalau korang nak tengok itinerary Trip Osaka-Kyoto, korang boleh je klik label "Osaka , Kyoto" kat sidebar tepi ni. 


 Kalau pergi Jepun, budak kecik ni asyik duk main ngan vending machine je lah.. 
                           So, mummy or daddy kena standby duit syiling bebanyak.

Ok Lah, itu je lah kot yang aku nak share hari ni. Have a nice day everybody!

15 comments:

  1. Mudah je boleh booking online , aaa bila dapat g Jupun ni

    ReplyDelete
  2. Teringin nak pi Jepun, moga ada rezeki suatu hari nanti....

    ReplyDelete
  3. Bestnya, memang teringin melancong ke sana. Moga ada rezeki bawak family ke Jepun nanti.

    ReplyDelete
  4. Jepunnn... Salah satu tempat yg echa nak pergi.. 😍

    ReplyDelete
  5. vending machine dia ada jual macam2 benda kann :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. WAH SUDAH MERACANG PERCUTIAN KE JEPUN LAGI SERONOK TU SLMT BERCUTI

    ReplyDelete
  7. Kerala juga ye ke jepun mesti best gile kat Sana Kan. Nak itott

    ReplyDelete
  8. Planning nak ke Jepun juga by next yar, InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. Cantiknya jepun. Best nya dpt g masa autumn dan spring. Semua pemandangan cantik sgt kan. Jepun ni dah ada dlm wishlist ana. InsyaAllah kalau ada rezeki nak juga ke sana. Nak naik Mas juga.

    ReplyDelete
  10. Ada rezeki lebih dapatlah ke sana.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. Besnye. Mudah2an ada rezeki ke sana nt. Amin

    ReplyDelete
  12. Teringin nak ke Jepun. InsyaAllah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  13. dop pernah sampai Jepun lagi.. soon insyallah =)

    ReplyDelete