Wednesday, 1 November 2017

Meja Boleh Lipat

Aku pernah terbaca kat Blog Ben Ashaari pasal dia beli meja lipat. Lepas baca post tu, aku rasa macam aku pun perlukan jugak meja macam tu satu. Then, terus aku bukak website LAZADA, usha portable desk ni. 

Dan, hasilnya, aku terus beli yang ini.. 
Sebab tu aku suka shopping kat LAZADA. Sebab semua benda ada jual. Kereta pun ada. eh!

Meja ni nama dia - Portable and Folding Aluminium Desk. Harga dia masa aku beli hari tu cuma RM 50.00.. Ok la tu. tak mahal sangat.

Yang penting pasal meja ni ialah dia boleh lipat-lipat jadi kecik. Dan ringan pulak tu!..


Sebab apa aku nak meja lipat-lipat? Sebabnya aku kan buat kerja secara mobile office. Aku boleh buat kerja kat kedai kopi, kat masjid, kat taman kanak-kanak, tapi yang selalunya aku buat kerja kat library la. 

Kalau kat kedai makan atau kat library ada meja, so, senangla, tak sakit tulang belakang 4 kerat aku ni. Tapi kalau buat kerja kat masjid, terpaksa buat kerja atas karpet.. huhu.. Sakit tulang tengkuk aku. Jadinya, meja ini adalah solusinya!

Siap ada pemegang lagi.

Sebabkan saiznya yang ekcik dan ringan, so aku boleh je letak dalam bonet kereta. Tak makan space pun meja ni.

Boleh muat letak laptop, handphone ngan botol air pun boleh.. 

Memang selesa lah buat kerja kat laptop bila dah ada meja serbaguna ni.. 
Dah tak sakit tulang bahu, sendi-sendu semua..

7 comments:

  1. mcm elok ja meja ni. mcm perlu jugak je. padahal dah ade meja. tapi sebab yg ni portable sengn nak simpan

    ReplyDelete
  2. portable senang bawa sana sini. mudah nak siapkan kerja dimana2. ada sbijik kat rumah ni yang ade ABC tu hahah kan berat =P

    ReplyDelete
  3. Bagus gak ni kak DP. Supaya xde kes berebut meja (baru lepas baca entry bergaduh kt library)

    ReplyDelete
  4. Cantiklah....
    Tak payah dah nak meriba kan...

    ReplyDelete
  5. Tq for info. Terfikir rupanya mmg saya perlukan meja camni jugak ler

    ReplyDelete