Monday, 20 November 2017

Warming Up

Salam Isnin U all. Monday blues?? No.. No.. NO.. Jom baca blog saya dulu untuk hilangkan blues tu. hihi
Sejak dari dulu lagi, dah menjadi kebiasaan aku kalau sebelum memulakan kerja/study (kat laptop), aku akan 'warming up' dulu. Aku akan panaskan enjin dulu samaada enjin laptop atau enjin otak aku. hihi.. Lepas enjin dah panas, baru akan start buat kerja. 

Aku boleh buat kerja 5- 6 jam straight tanpa henti tau kalau aku buat 'warming-up' dulu.. hehe.. Kadang tu, aku sampai tak makan sebab fokus nak siapka kerja. Sebab tu aku ada gastrik teruk sebab selalu sangat skip makan. Tapi sekarang, aku cuba lah untuk berdisplin bab makan ni. Nanti aku jugak yang susah - bila gastrik, langsung tak boleh buat kerja.. huhu

Macam mana kaedah warming up aku? haaa.. bunyinya macam kelakar, tapi korang jangan gelak tau sebab ini realiti, bukan cubaan...


Kalau dulu-dulu...Biasanya aku warming up dengan tengok music video atau main game. Biasanya aku peruntukan dalam 30-45 minit untuk panaskan enjin ni..

Masa zaman aku ambik Diploma dulu, aku akan tengok muzik video Britney Spears. Seblum buat assingment / project autoocad kat laptop, memang wajib layan dulu lagu Britney. Memang download video-videonya kat dalam lappy. Aku minat giler ngan Britney dulu.  and game tembak-tembak bola, aku lupa ntah apa nama game tu. Tapi game tu kira legend la sebab sekarang ni orang dah tak main dah game tu. hihi..

https://static.wonderfulunion.net/groundctrl/clients/britney_spears/timeline-assets/_large/albums/2011FemmeFatale.jpg

Pastu, masa zaman buat Degree, aku selalu tengok muzik video 'Pussycat Dolls' - lagu yang paling aku suka ialah lagu 'Beep'. And aku suka main game 'Bingo' kat laptop, kalau korang tau lah game tu....

Masa buat Master pulak, aku dah start blogging. Tapi blog yang lama la. Blog Dorsett Pink ni aku baru create masa 2014 hari tu. Aku buat Master tahun 2008. Masa blogging dulu, aku tak pandai apa-apa un tentang blog. Nak blogwalking pun tak pandai. So, apa yang aku tulis semuanya syok sendiri jer.. hihi.. Masa tu orang dah start ada Facebook. Tapi aku tak layan FB, aku cuma suka blog jer.. Entahlah, kenapa. Aku memang tak ada hati dengan FB sejak dulu lagi. 

Masa zaman aku kerja, aku suka tengok Shakira. Masa tu tengah fever Piala Dunia , so hari-hari duk layan lagu 'Waka-Waka'. Bagi aku, lagu tu memberi semangat la. Sampai sekarang aku duk tengok lagi video muzik 'Waka-Waka' tu.. Tengok kat Youtube. Bila dengar lagu ni jer, terus semangat nak buat kerja..

https://statics.sportskeeda.com/wp-content/uploads/2014/03/shakira-waka-waka-2143457.jpg

And sekarang masa buat phd ni, aku warming up dengan blog semula. Masa bukak laptop, first thing first, aku akan bukak blog dulu. Update la apa-apa sikit. kalau aku tak ada mood nak update, aku akan baca balik post-post aku yang lama-lama. hihi.. Bila baca balik, kadang tu tergelak sorang-sorang macam kerang busuk sebab tetiba teringat dengan memori lama. Kadang-kadang mood nak update memang kelaut, so aku akan blogwalking mana yang sempat. Kalau ada blog yang aku tak sempat singgah, maafkan aku ye...Sorry.. 

Aku cuba untuk BW blog kalian semua, InshaAllah. Then, lepas dah puas belek-belek blog, aku start la buat kerja sampai lah aku penat.. 



Alhamdulillah, so far, dah bertahun-tahun aku praktikkan rutin ni, aku nampak ia berkesan la dengan aku dan mampu meningkatkan hasil produktiviti aku. kalau aku tak 'warming-up' aku akan bluur sikit, tak tahu nak mulakan kerja dari mana.. huhu.. 

P/S : Kalau ada yang tanya aku - tak baca alquran ke instead of dengar lagu??? Jawapan aku - BACA. Biasanya aku baca masa waktu awal pagi sebelum / selepas waktu Subuh atau masa Solat Dhuha. Sebagai orang Islam, kita kena seimbangkan aktiviti kita seharian antara aktiviti dunia dan aktiviti untuk menambah saham untuk akhirat kelak. InshaAllah, kalau ada keseimbangan, hidup akan berkat dan tenang , dan Allah pun suka =)).

5 comments:

  1. sama! IQ pun suka warming up masa zaman study dulu, tapi selalunya waktu warming up ni terlebih dari waktu buat kerja. hahaha! Main game farm ville. hehehe...

    terima kasih DP sudi singgah blog dan komen2

    ReplyDelete
  2. Masalah saya bila dah warming up. Susah pulak nak berhenti. Haha bahaya betull. :P

    ReplyDelete
  3. MACAM2 CARA NK WARM UP OTAK BIAR SEGAR YA...KAK SUKA BACA KARYA ORG LAIN SBLUM BRKRYA

    ReplyDelete
  4. Mama Akan dengar music kalau tgh buat report yg rumit Dan perlulah focus yg lebih

    ReplyDelete
  5. Hehe, nak warming up kena buat benda2 kita suka kan. Saya biasa pagi2 tengok highlight bola dulu takpun layan lagu hindustan. Game tembak2 bola tu paintball kan?

    ReplyDelete