Benda Wajib Yang Perlu Ada Dalam Diapers Bag - Nursing Cover

by - Friday, January 26, 2018

Dalam perjalanan untuk menjayakan penyusuan susu ibu, selain dari Pentingnya Nursing Bra, aku rasa benda lain yang penting jugak ialah nursing cover. Nursing cover ni memang wajib ada dalam handbag / diapers bag dan bawak kemana-mana. 

Walaupun kita dah pakai pakaian yang nursing friendly - selak jer, tapi nursing cover ni tetap jugak kena ada. Sebab bukan semua tempat ada disediakan nursing room dan kalau ada nursing room pun, ada kalanya penuh. Dan baby ni kalau lapar, dia tak kira tempat, kadang tu sambil tengah main-main kat playground pun, boleh menangis mintak susu. So, ibu-ibu kena sentiasa bersedia all the time.

Kalau pergi travel, memang wajib bawak nursing cover ni masuk dalam hendbeg.

 Nursing cover ni aku buat sendiri jer. Sekarang ada banyak kat pasaran - pilih & beli jer. Tapi kalau buat sendiri pun tak susah sangat, senang jer. Tengok tutorial kat Youtube.

 Boleh jadikan selimut untuk baby

 Atau boleh jadikan nursing cover ni sebagai stroller cover. 
Multifunction gitu. Tak perlu nak bawak banyak barang sangat bila travel.

Masa ni kat Melbourne. So, bila baby nak minum susu, kat mana-mana jer boleh nursing - anywhere, anytime


Walaupun sekarang tak susah dah nak cari pakaian yang nursing-friendly, tapi bagi aku, sebagai umat Islam, kena jaga aurat dan sensitiviti masyarakat. Walaupun aurat kita tak terdedah masa menyusu tu, tapi orang yang melihatnya nampak macam 'satu-kepelikan' atau nampak orang tu tak selesa lah 'terpandang' kita sedang menyusukan anak. Walaupun menyusukan anak tu satu amalan mulia dan dituntut oleh syarak, tapi why not kita menjaga sensitiviti masyarakat.

Kalau tak, tak kan lah Amran Fans duk marah golongan ibu-ibu ni satu masa dulu. Sebab salah ibu jugak, main selak jer kat mana-mana. Memang betul, anak kita menangis, kita kena dahulukan anak kita, sebab tu sentiasa bawak nursing cover kemana-mana supaya senang kita nak bagi anak kita susu badan. Cover-cover gitu. 

You May Also Like

5 comments

  1. setuju lah tu
    kena jaga sensitiviti masyarakat yang kadang2 sensitif nih :)

    ReplyDelete
  2. nursing cover memang perlu bg ibu yg menyusu badan.. tak semua tempat ada bilik nursing. betul

    ReplyDelete
  3. Teringat zaman menyusukan anak dulu, nursing cover memang salah satu benda wajib bawa setiap kali nak ke mana-mana :)

    ReplyDelete
  4. heheh mase dulu tak pakai ni pon.. sbb seboleh mmg cr tpt yang ade nursing room

    ReplyDelete
  5. This may sound contrary to popular belief, but the best way to reduce odor is to drink enough fluids unless otherwise prescribed. Incontinent people tend to drink less fluids, leading to their urine emitting a foul smells.cute adult diapers

    ReplyDelete