Timeline Kehidupan

by - Thursday, January 25, 2018

Timeline Kehidupan
Aku ni suka sangat menulis sejak dari zaman sekolah lagi. Then, masa aku Form 5 – baru aku ada diary sendiri. So apa yang aku rasa nak tulis, aku tulis dalam diary tu, tapi bukanlah setip sudut kehidupan aku stated dalam diary tu. 

Just tulis macam aku tulis blog sekarang ni. Alangkah bahagianya kalau masa zaman tu dah wujud blog, segalanya boleh taip jer – very the fast and furious gitew… hahahha


So, salah satu benda yang aku tulis dalam diari aku tu ialah timeline kehidupan aku. Aku tulis cita-cita atau impian yang aku perlu gapai mengikut timeline tertentu. Aku dah siapkan timeline kehidupan aku start dari umur 17 tahun sampailah aku berumur 33 tahun. Stop kat 33 tahun je masa tu. Hahhaha. Contoh macam aku tulis :

Umur 17  – ambik SPM

Umur 18 – Masuk Universiti ambik Diploma (So, aku langsung tak isi borang masuk Matrik or apply Form 6).

Umur 21 – Grad Diploma

Umur 23 – Grad Degree, lepas grad kerja setahun.

Umur 24 – Sambung Master 

Umur 25-26 – Grad Master (Aku target buat Master setahun setengah jer). Lepas Grad, cari kerja.

Umur 27-28 – Kahwin

Umur 29 – Sambung PhD

Umur 30 – Dapat Anak sorang

Umur 33 – Grad PhD

Umur 33 – Pregnant anak No.2


++++++++++++++++++++++++++
Aku tulis list tu lengkap macam kat atas tu kat dalam diary aku. Tapi lepas aku ambik SPM, aku tutup diary tu dah tak bukak-bukak. Aku just follow the flow jer.  Lepas habis belajar – sambung lagi belajar. 

Kalau ada rezeki kahwin awal, aku kawen jer. Kalau dah takdir kawen lambat, aku terima jugak. Jodoh ajal maut kan Allah yang tetapkan.. Selain dari aku tulis timeline kehidupan aku tu, aku tulis gak benda lain macam kriteria mr.right, cita-cita dan lain-lain.


Sebelum aku kahwin 5 tahun lepas, aku terbukak balik diary tu. Aku sebenarnya dah lupa dah apa yang aku tulis dalam buku tu. Tapi bila bukak balik , surprisingly, kehidupan aku bergerak selari dengan apa yang aku tuliskan tu. Errmmm.. 

Termasuk lah jugak ciri-ciri yang ada kat en.suami aku, banyak persamaan dengan apa yang aku tulis masa aku umur 17 tahun dulu. Wow! Masa tu aku rasa Allah swt tu Sangat Maha Besar dan Maha Mendengar. Aku tak sangka apa yang aku tulis tu, betul-betul menjadi satu reality….

Cuma part Grad PhD umur 33 tahun tu tak mengikut timeline tu. Yang lain semua ikut. Well, aku sedar – tak semua benda yang kita nak kita akan dapat.

But at least banyak benda yang kita nak, kita dah dapat, so bersyukur jer dengan kehidupan, bersyukur dengan apa yang kita ada di depan mata kita kini dan selamanya, tapi jangan lupa untuk teruskan usaha.

Allah Maha Mendengar, Allah Maha Memakbulkan. Cuba korang tulis apa yang korang nak (samaada untuk diri sendiri, untuk pasangan mahupun untuk anak-anak) untuk satu tempoh masa tertentu, and u would see the result later – adakah sama atau tak. 


Ada kawan aku cakap, dia tulis yang dia nak suami dia berubah perangai , dan ajaibnya, suami dia memang betul-betul berubah mengikut apa yang dia tulis atas kertas tu.. errmm.. Kuasa Tuhan kan, sebenarnya Allah Maha Mendengar isi hati kita ni walaupun kita tak ucapkan dalam bentuk doa kerna setiap kata-kata dan bisikan hati tu ialah DOA.

P/S : Semua gambar adalah courtesy dari Google Image. 

You May Also Like

7 comments

  1. ALHAMDULILLAH APA YG DIENCANA TERCAPAI JUGA

    ReplyDelete
  2. Wah... Tak sangka, apa yg ditulis jadi kenyataan. Kalo sy kak, sy tulis list kehidupan yg sy target, tapi malangnya musim selalu berubah2. Tapi allahamdullilah, 2 tahun yg lepas sy semakin jumpa apa yg ingin. Dan inshaallah moga kehidupan sy dpt direalisikan.

    ReplyDelete
  3. dulu cita2 nak sambung master, tapi lepas dapat baby 1st niat tu tenggelam...hahahhaaa setakat rini, simpan jer dulu degree.. kadang betul gak kata mak, nak study sebelum ada anak..dah ada anak nanti banyak alasan lak nak sambung study kikii

    ReplyDelete
  4. Dulu saya juga suka tulis diari. Tapi banyak merepek dengan luahan perasaan sajalah. tapi nanti saya nak try tips yang awak tulis.

    ReplyDelete
  5. tahniah sebab ada impian dan berjaya tunaikan impian :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah ape yang kita rancang selari dgn ape yang diberikan
    tp biase la kadang kite manusia hanya mampu merancang je
    yang lain Allah yang tentukan
    dengan dia je kita mampu minta

    ReplyDelete
  7. Ini dinamakan law of attraction

    ReplyDelete