Tuesday, 30 January 2018

Travel Talk :: Perlu Ke Iron Baju Ketika Travel?

Salah satu benda yang sangat penting bila travel dan tak travel ialah BAJU atau PAKAIAN. Especially Kaum Hawa memang sangat-sangat-sangat kisah sangat pasal BAJU especially untuk kaum yang suka sangat ambik gambar #OOTD - from head to toe kena particular. So, soal pakaian tu adalah perkara MUSTAHAK yang perlu difikirkan masa nak packing barang.

Macam aku - aku seorang yang simple dan easy going. So, aku tak kisah sangat pasal outfit ni, janji selesa dan nampak kemas dah OK. So, pakai baju yang sama berulang-kali pun takper. Basuh apa, so confirm lah tak ada bau masham-masham.. Sebab tu, seboleh mungkin aku akan cari penginapan yang ada laundry. Kena bayar pun takper, janji baju-baju aku terbasuh!

Kalau cakap pasal PAKAIAN - bab IRON adalah benda yang wajib masuk dalam list sembang-sembang. Kan? Kan? Kan? 

Korang iron baju macam mana bila travel? 

Korang bawak travel iron ke atau bawak iron biasa? 

Tak semua hotel atau guest house ada disediakan iron tau! Especially kalau travel ke Jepun. Kalau ada, itu dikira bonus... Aku dah exprience banyak kali dah hotel-hotel kat Jepun ni. Aku pernah duduk hotel Sheraton Hotel masa honeymoon ke Tokyo dulu - kat hotel tu tak guna iron biasa macam kita pakai ni, dia guna iron canggih giler sampai aku tak pandai pun nak guna. kuang..kuang.kuang.. Bentuk dia pun aku tak pandai nak explain macam mana.. huhuhuhu.. Canggih sangat lah sampai memang tak ter-iron lah baju kitaorang.. 

https://images-na.ssl-images-amazon.com/images/I/715JaOHmxEL._SY679_.jpg

Iron kat Sheraton Hotel Tokyo tu lebih kurang macam ni lah - macam iron rambut tapi besar la , boleh muat sehelai baju.

 
Belajar dari pengalaman - aku dah tak guna iron masa travel. So, aku akan bawak baju/tudung/seluar yang tak perlu di gosok.. Renyuk-renyuk dalam beg pun takpe, sebba nanti bila pakai tak nampak pun renyuknya tu.. Nak bawak iron sendiri leceh lah - buat berat beg jer.

So, aku akan bawak pakaian yang dari jenis material washable. Biasanya kain cotton la. Tapi tak semua material cotton yang jenis tak perlu di iron. 

Nak cari baju seluar tak susah - sebab pakai je jeans. Sebelum packing masuk dalam luggage, iron kan dulu jeans siap-siap, pastu gulung-gulung. Kalau kedut pun, kedut sikit jer.

Baju pulak, senang cari kat H&M untuk material yangjenis tak renyuk ni.

Cuma tudung / skaf, aku masih belum jumpa yang sesuai. Sebelum ni, aku duk pakai Naelofar jer, tapi kalau dah selalu pakai tudung tu, bosan jugak. And bukan semua tudung keluaran Naelofar jenis ironless..
Tudung - Naelofar Hijab
Jumper & Pants - H&M

Ok Tak Travel Iron?

Ikutkan pengalaman aku dan kawan-kawan, travel iron ni tak best. Dia kecil jer, tapi bila menggosok tu tak sama macam iron biasa yang kita guna selalu tu. Maybe sebab saiz dia kecik, so watt dia kecik. errrmm. tak tahulah.. Tapi confirm, aku sekeluarga tak suka guna travel iron tu. Kalau ada yang rajin bawak iron masa travel, aku tumpang dia punya je lah. hihi.. Tapi jarang sangatlah aku nak guna iron ni. Nak jimatkan masa pun satu hal jugak.

2 comments:

  1. Mama bawa baju yg xyah gosok aje.. senang haha

    ReplyDelete
  2. depends on tempat nak pergi.. i still think an iron is a necessary bila jalan sebab CT pakai shawl chiffon i is kenoooot kedut2. nanti muncung tak jadi haha.. btw travel iron memang tak seronok tapi xkan nak usung iron betul kan jenuh.. okayla not bad i think depends on the brand. invest sikit beli a good one and ur good to go. kalo confirm tempat nk pegi ada sediakan iron tak perlu bawa. smpai waktu terdesak tu tudung komot pun tibai jela.. hehe..

    ReplyDelete