Pregnancy Diary : Shopping Galore

by - Tuesday, February 20, 2018

Skrang ni aku dah 8 bulan (35 weeks). Next week dah masuk 9 bulan. Kalau boleh aku nak settlekan cepat-cepat barang-barang untuk baby dan aku nanti. Malas nak shopping last minute sebab takut ada barang yang missing. Lagipun kalau shopping last minute takut penat terlampau sangat.

So, last week aku sempat la aku dan en.suami cari barang-barang baby. Tak banyak sangat pun yang kitaorang nak beli sebab  barang FL masih elok lagi tapi perlu jugak membeli apa yang tak ada. Apa yang masih elok, kita pakai jer..

Antara yang dibeli ialah playpen, bathtub, keperluan breastfeeding, baju-baju (sikit jer), siapers, wipes, dan ada lah benda-benda lain lagi.

Dulu masa FL tak ada baby cot, cadangnya nak beli lepas pantang, tapi lepas aje habs pantang langsung tak terbeli sampailah skrang. hahahaha. Aku prefer beli baby cot sebab boleh tahan lama, nanti anak no.3 sampai anak no.10 (eh!!) masih boleh guna, tapi en.suami nak beli yang senang dibuat travel katanya. Kalau cot, tak boleh bawak gi travel. So dia belilah playpen siap dengan beg bagai, boleh lipat-lipat bawak travel.

Almaklumlah kitaorang kan suka travel. Dulu masa FL, lepas je aku habis pantang, terus kitaorang gi Cherating (the first destination in FL's life). Gatal kaki lah duduk umah lama-lama. hihi..

So, kali ni memang banyak beli barang yang boleh dibuat travel. Senang 2-in-1. Boleh guna kat umah, and boleh dibawa kemana-mana.

Bathtub untuk 2nd baby ni aku beli yang jenis foldable. Senang nak angkut kemana-mana, sebab experience sebelum ni, bila pergi hotel susah aku nak mandikan baby. Kalau duduk hotel 4-5star, ada disediakan bathtub, tapi kalau hotel biasa or airbnb tak disediakan. So, sebab tu aku nak bawak bathtub ni kalau pergi travel - senang nak mandikan baby. Dulu masa FL ada jugak beli bathtub, tapi bathtub yang besar gedabak tu and dia masih guna sampai sekarang. Yang ini beli kat Mothercare, jenama Stokke.


Sapu tangan atau towel kecik - buat lap muka, lap air liur, lap mulut. Dulu masa FL tak terfikir nak beli towel kecik, so lepas pantang baru duk mengigih nak mencari. Sekarang nak siapkan siap-siap sebelum bersalin.

 
Ini antara yang aku sempat snap gambar. Botol susu tu aku beli jenama NUK, sebagai NUK ada teat kuning tu yang sesuai untuk newborn. Awal-awal kelahiran tak boleh bagi lagi baby minum susu dalam botol, takut nanti 'nipple confusion'. Bila dah umur baby masuk 3-4 minggu, baru boleh introduce botol kat dia. So, awal-awal tu, boleh bagi baby minum susu (susu ibu) guna small cup. Jenama Medela ada cup tu.


Untuk kelengkapan breastfeeding pulak, nanti aku crita kat post lain...Tak syok lah cerita semua kat dalam 1 post, barulah nanti ada cerita nak update blog. hihi

You May Also Like

6 comments

  1. wahh lebih kurang minggu dengan adik... dia 37 mguu tgu mase jugak tu
    semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke. semoga dipermudahkan urusan adik hidayu k

      Delete
  2. nampak rompers, gayanya macam girl lagi. hehe...next post please, sronok baca shopping brang baby ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya mesti seronok kan shopping barang2 baby...semoga dipermudahkan segala urusan ya dear :)

    ReplyDelete