Berpantang Anak Ke2 : Confinement Lady dari Fazrina Postnatal Care

by - Friday, April 27, 2018

Sama macam bersalin anak sulung 4 tahun dulu, aku berpantang sendiri dan ambik servis Confinement Lady untuk jaga aku masa dalam pantang. Aku ada cerita kat entry ni - "My Confinement Story:: My experience with 2 Malay Confinement Lady".

So masa berpantang anak kedua ni, sama jugak aku ambik servis Confinement Lady untuk jaga aku masa dalam pantang. 

Kalau anak pertama dulu aku ambik servis ni dengan 'Mom Retreat Home' , untuk anak no.2 ni, aku ambik dengan Fazrina Postnatal Care.  

Actually aku nak ambik servis berpantang dengan Mom Retreat Home jugak, tapi  kali ni Mom retreat tak lagi buat servis yang ada Pakej Stay In (Tinggal di rumah pesakit), diaorang cuma buat servis day care jer. So, sebab tu aku ambik dengan Fazrina Postnatal Care, sebab Fazrina Postnatal ni ada offer servis 'Stay In' yang tinggal di rumah pesakit.

Kenapa  Fazrina Postnatal Care?

Aku ada buat blog entry pasal Senarai Cofinement Lady 2018 yang terkini. Setelah buat study, baca review customer dan etc etc. Jadinya, Fazrina Postnatal Care yang menjadi pilihan hati.

Aku dijaga oleh 2 orang CL. Kak Santi & Yanti. Dua-dua bagus dan baik. Diaorang urut pun sedap. Diaorang ada pengalaman banyak dalam menjaga ibu dalam pangtang ni. 
 -


 Ni Kak Santi
             CL Yanti

Antara rawatan yang dibuat ialah urut, tangas, sauna, lulur badan, pakaikan pilis, tungku, pakaikan bengkung & yang paling penting CL masakan makanan untuk aku sepanjang diaorang ada kat umah aku.



Salah satu meal dalam pantang yang CL masak. Semuanya sedap. Alhamdulillah.

Buat sauna. Sauna ni macam jogging rasanya dia.. Penat wooo walaupun hanya duduk jer, sebab banyak peluh keluar. So sebelum buat sauna, kena minum air banyak-banyak supaya tak dehydrated.

Buat tangas. Rice cooker tu memang khas untuk buat tangas, CL bawak sendiri. Kerusi tu pun diaorang bawak.

Tempat Berurut & Lulur. Aku guna yoga mat jer, pastu alas ngan kain batik.

 Ni lulur atau scrub yang digunakan. Yang ni perisa kopi. Ada perisa green tea gak.



Dan yang lagi best, CL tu turut bantu aku jaga Kakak FL, masakan makanan untuk FL, tolog basuh baju kitaorang dan tolong jugak kemas rumah yang basic-basic. OK lah tu. Dah seribu rahmat untuk aku yang tak de pembantu rumah ni.

Nan ti kalau ada rezeki bersalin no.3, aku nak repeat ngan Fazrina Postnatal ni jugak, Inshaallah.

You May Also Like

7 comments

  1. Bestnyaaa ada CL. Kite pantang xde CL semua sendiri huhuhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah DP dpt brpntang denga sempurna dibantu mrk yg brtanggungjwb

    ReplyDelete
  3. Kalau selesa dan puas hati...teruskan untuk next baby...

    ReplyDelete
  4. bestnya ada CL. Bila jumpa blog ni dapat good tip juga. mana tau nanti-nanti saya ada rezeki.

    ReplyDelete
  5. Slm Pink Dorsett,

    Bagaimana nak minta tolong CL buat keje basic kemas rmh dan masak utk anak2 kcl jika ada ya

    ReplyDelete
  6. Nak taye.. Fazrina postnatal ni guna produk apa ek?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete