Friday, 13 April 2018

Breastfeeding : Mommy Stress Sebab Susu Sedikit Selepas Bersalin

My Breastfeeding Journey : Mommy Stress Sebab Susu Sikit Lepas Bersalin. Aku ingat lagi masa aku bersalinkan kakak FL 4 tahun lepas, stress aku bila susu tak ada, pastu baby pulak duk menangis dan menangis dan menangis sebab LAPAR. Stress aku! Dah lah penat nak beranak tak habis lagi, pastu sakit pulak kat tempat jahitan episotomi, pastu sakit lagi dengan buasir. 

Walaupun sebelum bersalin tu aku dah siapkan diri baca itu ini pasal breastfeeding. Pergi kelas menyusu sana sini. Tapi bila anak dah ada depan mata, stress jugak!. 

Aku percaya ramai ibu-ibu yang stress masa awal-awal berpantang. Bukan aku sorang. Ye lah mana tak stress nya, kita masih penat, masih lagi tak kuat, pastu duk dengar pulak anak melalak. Ibu mana yang boleh duk diam kalau anak menangis. 

Pergi Kelas Penyusuan 

Masa aku gi kelas breastfeeding dulu, cikgu-cikgu tak de pulak cakap pasal susu tak ade masaawal-awal kelahiran. Cikgu-cikgu banyak duk cakap pasal 'milk supply', pasal macam mana nak pegang baby, pasal nursing positioning, pasal macam mana nak handle EBM dan banyak lagi lah. tapi at least OK lah jugak, at least ibu-ibu dapat jugak pengetahuan pasal breastfeeding dari langsung tak tahu apa.

http://www.dorsettpink.com/2018/04/breastfeeding-susu-sedikit-diawal.html
Macam-macam buku dan sumber internet aku study dulu . Tapi bila baby dah ada depan mata, panik jugak.

Aku ingatkan bila ada dah ilmu-ilmu BF ni, aku boleh menyusu anak aku dengan success nya. Tapi REALITINYA - TAK .Tapi nasib baiklah aku tak ambik tindakan drastik - bagi SUSU FORMULA. Sekurangnya aku bersyukur jugak dapat pergi ke kelas penyusuan sebelum tu, dapat jugak info pasal KOLOSTRUM, Kaunselor Laktasi, dan SUPPORT GROUP.

Kalau suami dapat pergi ke kelas penyusuan lagi bagus sebab suami-suami pun boleh belajar tentang breastfeeding dan tahu apa yang patut suami buat bila si isteri ada masalah dalam breastfeeding.

Skin-To-Skin & Kolostrum
Masa Kakak FL lahir (masa dalam labour room), doktor terus bagi baby kat dada aku untuk buat 'skin-to-skin. Skin-to-skin adalah langkah pertama untuk memastikan breastfeeding berjaya.

Lepas buat 'skin-to-skin', baby perlu disusukan dalam sejm pertama selepas bersalin. Akhamdulillah aku berjaya, dan Kakal FL pun nampak dah pandai latch-on dengan sendirinya. Natural gitew. Masa tu aku nampak susu aku warna kuning iaitu kolostrum.
Hasil carian imej untuk kolostrum 
Sumber imej - google image. NikoJulius.com

Susu Sikit Masa Hari-Hari Awal 
Then bila dah masuk ward, baby dah start menangis. Aku bagi susu tapu dia tetap menangis jugak. Susu aku tak keluar. padahal masa dalam labour room ok jer. En.suami tanya ada bawak pam susu tak, aku cakap tak ada. First time la katakan. mana tahu apa. Tension aku! Baby duk asyik menangis je, aku pulak tengah sakit yang teramat sangat.

Nasib baik en.suami pandai control emosi isteri dia ni. So dia cool je lah. Nasib baik dia tak suruh bagi formula milk kat anak. Pastu aku cakap nak panggil kaunselor lakstasi. Kalau kena bayar pun takpe, aku sanggup bayar dari bagi anak aku minum susu tepung. Pastu dia cakap kat nurse, then tak lama lepas tu, lactation hospital pun datang ke bilik.

Lepas dah habis sesi kaunseling tu, Alhamdulillah Kakak FL dah menyusu dengan tenang sampai dia umur 2 tahun.
Ini stok susu Kaka FL 4 tahun lepas sampai penuh peti ais. Lepas tu terpaksa beli deep freezer.

TIPS Untuk Banyakkan Susu Supaya Baby Tak Lapar

Yang sebenarnya masalah aku ialah - aku tak tahu macam mana nak stimulate nipple supaya susu keluar. 

Memang masa awal-awal kelahiran, susu tak keluar banyak. Susu keluar sikit jer. Dan jumlah susu yang sikit tu sebenarnya cukup untuk baby sebab perut baby kecik jer. Tapi susu ibu ni cepat hadam - baik untuk perut baby. Sebabkan susu tu terlalu cepat dihadam, jadinya baby cepat lapar. Padahal rasanya baru kejap tadi bagi susu, ni dah mintak balik.

Sememangnya macam tu lah, baby akan selalu mintak susu. So, mommy kena selalu susukan baby. banyakkan latch kan baby, kalau boleh setiap 15 minit, bukan setiap 2 jam ok.  

Lepas tu, urut / massage breast tu. Kalau boleh massage sendiri, buat lah sendiri. kalau tak boleh, minta tolong kat mak ke atau tukang urut. Cousin aku bersalin kat KPJ Shah Alam, dia cakap nurse kat hospital tu yang urutkan breast dia. Massage ni ialah untuk stimulate nipple dan stimulate breast  supaya lancarkan pengeluaran susu.

Then, kalau tak boleh massage, pam la. Sebab tu masa bersalin kali ni aku bawak pam susu ke hospital. Sebab aku tak pandai nak massage sendiri. Pam susu ni ialah untuk stimulate nipple supaya keluarkan susu. Awal-awal memang susu keluar sikit. So bila dah selalu sangat pam dan Lacth kan baby, InshaAllah susu akan bertambah banyak.

 Ini beg pam yang aku bawak pergi hospital hari tu.

Nanti bila dah masuk usia baby 2 minggu, InshaAllah breast kita dah start keluarkan banyak susu. Dan masa tu dah boleh jarakkan waktu breastfeeding, dah tak setiap 15 atau 30 minit. Tapi mungkin setiap 1 jam atau 2 jam sekali, depends pada kehendak baby sebab setiap baby tak sama kehendaknya.
Pengalaman Menyusu Baby FL Kali ni
Masa dengan Baby FL kali ni, Alhamdulillah smooth jer. Walaupun baby still menangis masa hari pertama kelahiran tu. Masa tu sebab aku masih penat lagi. Tapi bila dah belajar dari pengalaman dulu, aku dah banyak bersedia dari segi mental. So, kali ni aku susukan Baby FL setiap tempoh 15-30  minit. Memang tak buat kerja lain lah, cuma menyusu & makan & mandi jer. Kalau baby tidur, aku pun tidur sekali. 

Jadinya, kali ni tak ada lah stress pasal breastfeeding ni. Tapi stress kut lain pulak.. Banyak betul dugaan orang berpantang ni. Nasib baik tak meroyan.

Ini hari pertama aku pam susu masa lepas discharge (pam di hari kedua lepas discharge hospital). Masa awal-awal bersalin aku guna pam manual sebab tahu susu tak banyak dan aku pun tak lah lenguh tangan. Sekarang, dah guna pam elektrik sebab tangan dah lenguh-lenguh sebab pam lama-lama.


1 comment:

  1. TAHNIAAH DP DH SELAMAT LAHIRKN ADIK FL..JAGA DIRI N BABY BAIK2 USAH STRES.SELAMAT BERPANTANG

    ReplyDelete